TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

12 Mar 2018

Melawat Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang Melaka

Assalam wbt and Hi

Sebut saja Sungai Udang, perkara pertama yang orang Melaka atau sekitar terfikir ialah Petronas Sungai Udang. Sebenarnya, ada tempat yang menarik tau.

Bertemakan lagu "Desa Tercinta" nyanyian Nora



Burung yang berkicauan
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan



Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang



( korus )
Ke kirilah (ahai) ke kananlah (ahai)
Inilah desa yang tercinta (ahai)
Menarilah (ahai) menyanyilah (ahai)
Riangnya suara mereka
Desa tercinta



Pada hari minggu yang lalu, kami sekeluarga telah melawat Melaka Tropical Fruit Farm yang terletak di Sungai Udang Melaka. Anda boleh lihat dari hadapan pintu masuk. Boleh waze, atau boleh merujuk kepada peta di bawah. Website  Konsep agro tourism yang diperkenalkan pada 15 Oktober 2003 ini adalah hasil idea Kerajaan Negeri Melaka. Alamat penuh ialah:

Melaka Tropical Fruit Farm Sdn Bhd, 
D/A Pusat Latihan Pertanian Sungai Udang, 
76300 Sungai Udang, Melaka.

Insha Allah tidak tersesat. 

Yuran masuk 
Ada dua cara nak masuk ke dalam Ladang ini. 
1. Naik kereta. RM7 untuk dewasa. RM5 untuk kanak-kanak berusia lebih 5 tahun
2. Naik trem. RM15.90 *termasuk GST untuk dewasa. RM10.90 untuk kanak-kanak berusia lebih 5 tahun  

Kalau naik kereta, kita pusing seberapa banyak kali pun boleh. kalau nak petik buah ke, sayur-sayuran ke, boleh saja. Cuma kami tak nak sebab rasa macam segan pulak (read: takut aka seriau). Jika datang ke sini semasa musim buah durian, boleh makan seberapa banyak yang anda mahu. Namun begitu, kami datang ketika tiada langsung musim buah. pokok-pokok sedang berbunga lagi. kalau naik trem, sekali pusing sahaja, tapi trem akan berhenti dari satu tempat ke satu tempat beramai-ramai, mungkin lebih meriah.


Konsep Percutian Back to Nature di Melaka boleh didapati di sini. Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti jungle tracking, obstacle, high rope, flying fox, rafting canoeing dll. Jika anda mahu melakukan percutian yg sebegini, boleh hubungi 06-3516916.  atau faks di 06-3510130. email sahaja di mtff_melaka@yahoo.com.my / liza_mtff@yahoo.com.my 

LETS GO TO MINI ZOO! vroom! vroom !!

Ada kandang arnab.

Betapa tenangnya Naqib membelai arnab, Nasuha dah nangis ketakutan di belakang Babah sampai tak boleh nak ambil gambar. 

Ada kandang lembu. Bolehlah fefeeling ada kandang lembu sendiri. 

Tengok macam Babah, excited bagi lembu makan rumput. Bila nak balik siap lembu-lembu ini panggil, "moo,,, moo... moo" maksud dia, "aku nak makan wey, apsal kau dah nak balik?" (aku assume dia nak lagi makan rumput tapi kami dah nak balik. hehehehe)



Sebelum bagi makan daun rumput yang segar, lembu-lembu ini diberi makan dedak. Dedak wey, mana nak kenyang kan? dedak ini jugalah dok pi bagi kat arnab, kambing, rusa semua makan dedak. bukan orang meleis je makan dedak. oppsss!  Oh ya, pada telinga lembu-lembu ini, tertanda usia lembu, ada yang sudah 18 bulan, 14 bulan dll. 

"you got the ponytail.. ponytail...po po po po ponytail!" okay, ini bukan poney tapi pony ejaan pada papan tandanya. pony ataupun kuda padi. kecil saiznya kalau nak dibandingkan dengan kuda biasa. 



last but not least ialah ostrich ataupun burung unta. soalan aku kepada mereka "betul ke korang ni kuat lari?" tapi diorang sampai hati takmo jawab soalan ini. isk isk isk

tengoklah Nasuha, berselindung di sebalik Babah. Kami sebenarnya tidak tahu jantina burung unta di sini. yang penting, jumlahnya tiga ekor sahaja. (oh ya, ditemani monyet tau)


APA LAGI AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI SINI?

Pakej-pakej yang ditawarkan di sini.
Team Building 2 hari 1 malam, duduk di Hostel RM95/seorang. Camping pun boleh (RM85/seorang). Boleh zoom kalau tak nampak ya. tertakluk kepada terma dan syarat.

dan lagi pakej-pakej yang ditawarkan. tertakluk kepada terma dan syarat.



"The Struggle Is Real"

Kalau Terengganu ada Pusat Kesenian Islam yang memperkenalkan Replika Masjid di dunia, maka di sini ialah Replika Kebun dan Ladang di Malaysia. Kita boleh lihat replika kebun anggur, kebun buluh, kebun rempah ratus, ladang lebah, kebun daun ulan, dll, banyak sangat tak ambil gambar. Tetapi kepada sesiapa yang tiada kampung dan nak tengok-tengok bagaimana rupa kebun dan ladang, bolehlah datang sini ya. 


Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Penduduk Sungai Udang.

No comments: