Aku rasa ramai sudah sedia maklum, kita boleh mengurangkan hutang bulanan rumah yang sudah kita beli dengan KWSP. Betul. cuma perlu sediakan dokumen yang diperlukan supaya kerja kita lebih mudah.
Isikan form "Permohonan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan"
Salinan Sijil Nikah (utk pasangan yg sudah berkahwin)
Penyata Tahunan. Print out siap-siap kt office.
Statement daripada Bank Pinjaman Rumah, dimana boleh dilihat baki hutang. Mesti ada stamp / cop rasmi bank tau. (seperti yang aku bulatkan). WAJIB!!!! kalau tiada stamp / cop tu, depa KWSP tak mahu terima.
SATU LAGI : SALINAN IC
LIME HIGHLIGHTS
1) mudah. hari ini mohon, seminggu dah boleh lulus. ikut berapa bulan yang kita pohon. dalam setiap 27hb hingga 1hb bulan depan akan masuk dalam akaun kita.
2) untuk yg tidak tahu, KWSP akan tolong pindahkan duit kwsp kita ke dalam akaun bank yang kita isi di dalam borang di atas. kalau akaun pinjaman rumah sama dgn akaun yg kita isi dalam borang, so tiada apa perubahanlah. seolah-olah bayar RM1000 rumah sebulan, dapat balik RM1000.
3) duit kwsp yang diambil adalah drp akaun 1.
4) yg boleh memohon pengurangan ini adalah tertakluk kepada pemilik rumah sahaja. kalau wife nak tolong, boleh. tapi duit kwsp wife sekaligus masuk dalam bank pinjaman rumah.
contoh, buat pengeluaran RM5000 drp kwsp. kwsp terus masukkan RM5000 ke dalam bank maybank. rugi saja aku rasa. jadi pesanan aku, jangan nak berangan nak dapat awal duit kwsp kita. hehe
5) duit lebihan nanti boleh guna utk apa-apa yg patut.
okay itu aje. sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment