TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

26 Mar 2018

Resepi Roti Mengguna Bread Maker Jenama Mugen

Assalam wbt

Hari ini aku ingin berkongsi resepi roti menggunakan bread maker jenama Mugen. Banyak resepi roti yang ada tetapi bukan semua menjadi. dengan adunan seperti gambar di bawah baru boleh rasa sedapnya roti buatan sendiri. ececewah.

oh ya, dalam manual bread maker mugen ada resepi macam-macam tapi satu hape pun tak boleh guna. hadoyai.

Menu yang ada pada Mugen Bread Maker


Resepi Roti seperti di bawah. boleh cuba. Menu yang aku pilih adalah no 1, Basic Bread. 3 Jam 11 minit. 

Cara dia, masukkan sahaja semua, tapi mulakan dengan telur, air suam baru yang lain-lain. okay, selamat mencuba !!

Saya beli yang biashe-biashe punya, boleh tengok kat link ini.

Tapi tapi yang ramai orang beli sekarang yang warna peach tu, cantik , harganya RM329 sahaja.. SHOPEE MUGEN BARU


Mugen berwajah baru. Hehe

Terima kasih. 

25 Mar 2018

Kedai Bundle Glenmarie, Shah Alam (JBR Bundle Shah Alam)

Assalam dan Hi


JBR Bundle memang sangat best!

bundle yang masih boleh dipakai. seluar jeans contohnya masih helok helok semuanya. RM5 sahaja satu helai. ada permainan budak-budak, ada pinggan mangkuk, baju budak-budak, kasut, tali pinggang... meh lah datang memeriahkan suasana. blazer atau baju coat lelaki dan perempuan juga ada. tak perlu tunggu kat pasar karat, boleh datang sini bila-bila masa. masa operasi sehingga 12 malam setiap hari katanya. kalau nak jual kat diorang pun boleh. diorang akan beli per kilo. (0172808651 - whatsapp)


Alamat : 
JBR Bundle, Jalan Penyelenggara U1/73, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Shah Alam, 40150 Shah Alam, Selangor. (dari traffic light apartment tepi MSU boleh nampak kedai color oren)


Kalau malas nak google atau waze, kedudukannya adalah di traffic light shah alam ke glenmarie ( yg kalau pagi-pagi jammed gila yakmat) atau juga boleh bayangkan melalui gambar di bawah. masa pacik google capture tempat ni, JBR bundle belum wujud lagi..




Sekian terima kasih. 

20 Mar 2018

Cara Mengurangkan Hutang Bulanan Rumah dengan KWSP

Assalam wbt

Aku rasa ramai sudah sedia maklum, kita boleh mengurangkan hutang bulanan rumah yang sudah kita beli dengan KWSP. Betul. cuma perlu sediakan dokumen yang diperlukan supaya kerja kita lebih mudah.

Isikan form "Permohonan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan" 

Salinan Sijil Nikah (utk pasangan yg sudah berkahwin)

Penyata Tahunan. Print out siap-siap kt office.

Statement daripada Bank Pinjaman Rumah, dimana boleh dilihat baki hutang. Mesti ada stamp / cop rasmi bank tau. (seperti yang aku bulatkan). WAJIB!!!! kalau tiada stamp / cop tu, depa  KWSP tak mahu terima. 

SATU LAGI : SALINAN IC


LIME HIGHLIGHTS

1) mudah. hari ini mohon, seminggu dah boleh lulus. ikut berapa bulan yang kita pohon. dalam setiap 27hb hingga 1hb bulan depan akan masuk dalam akaun kita.

2) untuk yg tidak tahu, KWSP akan tolong pindahkan duit kwsp kita ke dalam akaun bank yang kita isi di dalam borang di atas. kalau akaun pinjaman rumah sama dgn akaun yg kita isi dalam borang, so tiada apa perubahanlah. seolah-olah bayar RM1000 rumah sebulan, dapat balik RM1000.

3) duit kwsp yang diambil adalah drp akaun 1.

4) yg boleh memohon pengurangan ini adalah tertakluk kepada pemilik rumah sahaja. kalau wife nak tolong, boleh. tapi duit kwsp wife sekaligus masuk dalam bank pinjaman rumah. 

contoh, buat pengeluaran RM5000 drp kwsp. kwsp terus masukkan RM5000 ke dalam bank maybank. rugi saja aku rasa.  jadi pesanan aku, jangan nak berangan nak dapat awal duit kwsp kita. hehe

5) duit lebihan nanti boleh guna utk apa-apa yg patut. 



okay itu aje. sekian terima kasih.

17 Mar 2018

17 Nota Kaki Untuk Pendaki Bukit Denai Tiga Puteri, Kota Damansara Selangor

Assalam wbt

Hari ini kami mengambil peluang untuk mendaki Bukit Denai Tiga Puteri yang berada di Kota Damansara Selangor. Dekat sahaja dengan rumah dan office. Ambil exit Kota Damansara dan follow Waze, Taman Rimba Kota Damansara, Jalan Merbah, berhadapan dengan SMK Seksyen 10 Kota Damansara. oh ya, orang hipster panggil "Kota Dame"

Kalau nak cerita yang best-best, ramai blogger sudah share itu ini, terlalu tepu. Yang aku nak share ialah tips atau nota kaki sahaja. 17 nota sempena hari ini 17 mac.

1. Boleh ke pergi untuk orang yg first timer? yang tak pernah pergi langsung? Jawapannya boleh! Cuma....peringatan, sila ambil gambar peta trekking, atau peta bukit Denai Tiga Puteri. Trail atau laluan yang akan kita lalui ada nama-nama, ini untuk mengelakkan kesesatan yang nyata. Contoh nama "Temuan", "Sahabat", "Serenity", "Unity". Jadi apabila kita sampai satu-satu intersection, "Temuan" sampai ke hujungnya berjumpa "Sahabat", maknanya kita di trek yang betul.

bergambar sebelum naik bukit. ceria. tapi turun bukit lagi ceria macam nak jerit jerit. 



geng daki bukit. 

bergambar kenangan di sini.


2. Jangan rasa risau kalau jalan banyak intersection, banyak cabang-cabang sebab lalu nak ke puncak memang banyak sangat laluan. cuma sometimes kita perlu sangat ada instinct, ada rasa yang kuat nak lalu mana. Ada banyak juga cabang yang tiada petunjuk. Nak kiri atau ke kanan? Ikut kaki yang melangkah dan apabila jumpa orang yang melalui laluan bertentangan, rajin-rajin bertanya.

3. jangan terkejut apabila ke sini, nama pun denai, ada naik ada turun. jangan sangka apabila niat untuk mendaki, tapi laluan kita mencerun ke bawah. ada satu point, ada notes, kanan ke puncak, tapi kanan tu, curam ke bawah, kita boleh fikir "biar betik wey?" tapi yakin jelah.

4. rajin-rajin baca tulisan kat pokok. kadang-kadang ada tulis "puncak di sini" , "sekolah sebelah kiri" "puncak sebelah kanan" etc.

5. jangan percaya sangat bila jumpa orang baru turun bukit, "jauh lagi ke?" diorang jawab, "taklah, 500m je lagi" jadah gila lah. hahaha. pemberi semangat saja tuh... selagi tak nampak satu pokok yang besar gile gabak, selagi tak lalu jalan tanah2 oren yg curam 70 - 90 darjah, selagi tu belum sampai. lagi nak naik atas puncak, lagi susah laluan dia, macam rasa nak putus asa. haha. HAKIKAT ITU KEJAM

6. jauh ialah 5km pergi, 5km balik. sesiapa ada pacer, bolehlah agak-agak bila nak sampai kan? berapa kalori terbakar? 10km ini bersamaan 1300 kalori je wey...........gila betul! haha hadoi

ada juga orang sudi nak ambilkan gambar kita. hikhik

cabaran melompat yeah!


7. ada dua nama puncak. puncak "Denai Tiga Puteri" dan puncak "Denai Unity" tak payah gelabah. laluan memang ada dua tapi kita pergi ke tempat yang sama. satu dataran mendatar yang sama. cuma sini atau sana. dari puncak Denai Unity bila bergambar tak nampak highway NKVE sangat. kalau kat Denai Tiga Puteri bolehlah nampak. kat situ yang orang dok ambil gambar pun.

bawah itulah NKVE.


8. boleh picnic ke kat atas tu? ya jawapan boleh, tempat luas. cuma tempat hot, bahagian nak ambil gambar tu sempit sikit dan ambil turn. Ramai kot nak ambil gambar kat sana kan.

9. boleh bawak anak-anak? ya boleh. sebab ramai sangat orang bawak budak-budak. tadi, siap nampak ada bawak baby 9 bulan, ayah dia bawa guna baby carrier, ibu dia pulak bawak barang-barang nak picnic beg besar. kesian juga. ahaha. ada juga yang bawak stroller lipat tu, alah yg macam tempat duduk seketul tu, senang juga ringan.

10. parking kereta tak banyak. perlu datang awal. parking jauh sangat sampai kat area pusat golf. jauh jalan wey. tapi its okay.

11. pastikan stretching yang mudah-mudah before daki bukit

12. ada orang jual air 100 plus kat depan tempat ini. haha... yela, kot lah masa penat2 kat atas tu penat-penat asyik terbayang air 100 plus. tak perlu nak cari 7E terdekat. ada air milo. ada air buah sedap. ringan-ringan macam sosej, nugget pun ada. baru burn kalori lepastu tambah balik... nangis

13. toilet? ada toilet di kaki bukit. atas bukit tiada toilet. kalau teringin sangat nak membuang memang mintak izin sajalah dgn warga bukit...

14. ada air terjun? ya ada. mini air terjun. ada tasik kecil. tapi laluan mana boleh jumpa, yang ini kena try and error. haha. sebab kami pergi dan balik lalu di laluan berbeza. haha. entah tak tahu macam mana.

15. lecak / becak ke kalau hujan sehari sebelum? ya. lecak wey. tapi takdelah teruk sangat. still masihh boleh lalu.

16. basikal juga boleh melalui cabaran Denai Tiga Puteri ini ya. Tapi ada sesetengah track, basikal tak boleh lalu, means kena jalan kaki sahaja.

17. sentiasa jaga adab, jangan buang sampah. jumpa orang lain tegur, hi, morning, assalamualaikum, baru rasa bertenaga! yeah!


unity peak!


thanks kepada Asma' dan Linda kerana berjaya menjayakan misi daki Bukit Denai Tiga Puteri. Next target?

14 Mar 2018

Cari Gelang Silver Bawah RM75

Assalam dan Hi

edited pada 22/8/20. Murah sangat kalau korang beli gelang jenis silver daripada Zhulian. diperbuat daripada rhodium metal, yang sangat tahan karat. Ada sesetengah orang memang minat dengan barangan hiasan daripada silver kan? Jadi kalau ada sesiapa yang nak menambahkan koleksi, ha bolehlah beli daripada kakna eh... www.wasap.my/60176806258







Terima kasih ! 



13 Mar 2018

Nota - Semua Berkaitan Penswastaan di Malaysia

Assalam wbt dan Hi,

Sebenarnya dapat info daripada Wikipedia dan internet, jadi aku keluarkan isi-isi penting. Semoga bermanfaat ya.. 

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)

1. Proses Dasar Penswastaan Negara

2. Dibawah Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri

 

Langkah Kerajaan Untuk Memastikan Penswastaan Tidak Memberikan Kesan Buruk Kepada Pihak Yang Terlibat

1. Mengenakan kawalan terhadap bayaran perkhidmatan yang diberikan

2. Mengenakan syarat tiada pembuangan kerja untuk satu tempoh terhadap entity yang diswastakan

3. Memastikan pihak swasta membayar cukai yang tinggi

 

Kenapa Program Penswastaan Dijalankan?

1. Meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju

2. Meningkatkan sumber kewangan kerajaan

3. Syarikat gergasi menjadi penaung syarikat yang lebih kecil

4. Perkongsian pintar antara kerajaan dan pihak swasta

5. Meningkatkan persaingan sihat tentang ekonomi

6. Peluang pekerjaan bertambah

7. CEO dan staff akan lebih bertanggungjawab kerana syarikat itu milik mereka kerana masing-masing mempunyai saham istimewa

8. Bilangan usahawan bumiputera bertambah

9. Menambahkan teknologi dan kepakaran baru melalui penyertaan pemegang ekuiti asing, kontrak pengurusan atau penyediaan khidmat peruding

10. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti bagi bidang tertentu

 

Strategi Program Penswastaan

1. Mempercepatkan proses mengenal pasti dan menilai projek dan entiti yang akan diswastakan serta menyeragamkan pelaksanaannya.

2. Memperluas dan mempertingkatkan peranan entiti yang diswastakan bagi memenuhi matlamat sosioekonomi.

3. Memudahkan pemindahan teknologi dengan menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh syarikat besar yang diswastakan.

4. Memastikan penglibatan yang lebih meluas di kalangan syarikat tempatan khususnya bagi penswastaan projek infrastruktur.

5. Menggalakkan penggunaan bahan tempatan secara meluas bagi memastikan idustri dan perkhidmatan tempatan berkembang.

6. Memperluaskan penglibatan Bumiputera dalam pengurusan syarikat serta melaksanakan penyusunan rangkaian pemasaran dan program pembangunan vendor.

7. Mengenal pasti dan menggalakkan instrumen dan sumber pembiayaan baru bagi entiti yang diswastakan.

8. Memperbaiki rangka kerja badan kawal-selia untuk memastikan keberkesanannya.

9. Memperkukuhkan mekanisme pengesanan dan penilaian prestasi entiti yang diswastakan.

10. Menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan yang telah diswastakan mengambil bahagian dalam projek penswastaan di luar negara.

 

Sekian, terima kasih. 


12 Mar 2018

Melawat Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang Melaka

Assalam wbt and Hi

Sebut saja Sungai Udang, perkara pertama yang orang Melaka atau sekitar terfikir ialah Petronas Sungai Udang. Sebenarnya, ada tempat yang menarik tau.

Bertemakan lagu "Desa Tercinta" nyanyian Nora



Burung yang berkicauan
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan



Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang



( korus )
Ke kirilah (ahai) ke kananlah (ahai)
Inilah desa yang tercinta (ahai)
Menarilah (ahai) menyanyilah (ahai)
Riangnya suara mereka
Desa tercinta



Pada hari minggu yang lalu, kami sekeluarga telah melawat Melaka Tropical Fruit Farm yang terletak di Sungai Udang Melaka. Anda boleh lihat dari hadapan pintu masuk. Boleh waze, atau boleh merujuk kepada peta di bawah. Website  Konsep agro tourism yang diperkenalkan pada 15 Oktober 2003 ini adalah hasil idea Kerajaan Negeri Melaka. Alamat penuh ialah:

Melaka Tropical Fruit Farm Sdn Bhd, 
D/A Pusat Latihan Pertanian Sungai Udang, 
76300 Sungai Udang, Melaka.

Insha Allah tidak tersesat. 

Yuran masuk 
Ada dua cara nak masuk ke dalam Ladang ini. 
1. Naik kereta. RM7 untuk dewasa. RM5 untuk kanak-kanak berusia lebih 5 tahun
2. Naik trem. RM15.90 *termasuk GST untuk dewasa. RM10.90 untuk kanak-kanak berusia lebih 5 tahun  

Kalau naik kereta, kita pusing seberapa banyak kali pun boleh. kalau nak petik buah ke, sayur-sayuran ke, boleh saja. Cuma kami tak nak sebab rasa macam segan pulak (read: takut aka seriau). Jika datang ke sini semasa musim buah durian, boleh makan seberapa banyak yang anda mahu. Namun begitu, kami datang ketika tiada langsung musim buah. pokok-pokok sedang berbunga lagi. kalau naik trem, sekali pusing sahaja, tapi trem akan berhenti dari satu tempat ke satu tempat beramai-ramai, mungkin lebih meriah.


Konsep Percutian Back to Nature di Melaka boleh didapati di sini. Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti jungle tracking, obstacle, high rope, flying fox, rafting canoeing dll. Jika anda mahu melakukan percutian yg sebegini, boleh hubungi 06-3516916.  atau faks di 06-3510130. email sahaja di mtff_melaka@yahoo.com.my / liza_mtff@yahoo.com.my 

LETS GO TO MINI ZOO! vroom! vroom !!

Ada kandang arnab.

Betapa tenangnya Naqib membelai arnab, Nasuha dah nangis ketakutan di belakang Babah sampai tak boleh nak ambil gambar. 

Ada kandang lembu. Bolehlah fefeeling ada kandang lembu sendiri. 

Tengok macam Babah, excited bagi lembu makan rumput. Bila nak balik siap lembu-lembu ini panggil, "moo,,, moo... moo" maksud dia, "aku nak makan wey, apsal kau dah nak balik?" (aku assume dia nak lagi makan rumput tapi kami dah nak balik. hehehehe)



Sebelum bagi makan daun rumput yang segar, lembu-lembu ini diberi makan dedak. Dedak wey, mana nak kenyang kan? dedak ini jugalah dok pi bagi kat arnab, kambing, rusa semua makan dedak. bukan orang meleis je makan dedak. oppsss!  Oh ya, pada telinga lembu-lembu ini, tertanda usia lembu, ada yang sudah 18 bulan, 14 bulan dll. 

"you got the ponytail.. ponytail...po po po po ponytail!" okay, ini bukan poney tapi pony ejaan pada papan tandanya. pony ataupun kuda padi. kecil saiznya kalau nak dibandingkan dengan kuda biasa. 



last but not least ialah ostrich ataupun burung unta. soalan aku kepada mereka "betul ke korang ni kuat lari?" tapi diorang sampai hati takmo jawab soalan ini. isk isk isk

tengoklah Nasuha, berselindung di sebalik Babah. Kami sebenarnya tidak tahu jantina burung unta di sini. yang penting, jumlahnya tiga ekor sahaja. (oh ya, ditemani monyet tau)


APA LAGI AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI SINI?

Pakej-pakej yang ditawarkan di sini.
Team Building 2 hari 1 malam, duduk di Hostel RM95/seorang. Camping pun boleh (RM85/seorang). Boleh zoom kalau tak nampak ya. tertakluk kepada terma dan syarat.

dan lagi pakej-pakej yang ditawarkan. tertakluk kepada terma dan syarat.



"The Struggle Is Real"

Kalau Terengganu ada Pusat Kesenian Islam yang memperkenalkan Replika Masjid di dunia, maka di sini ialah Replika Kebun dan Ladang di Malaysia. Kita boleh lihat replika kebun anggur, kebun buluh, kebun rempah ratus, ladang lebah, kebun daun ulan, dll, banyak sangat tak ambil gambar. Tetapi kepada sesiapa yang tiada kampung dan nak tengok-tengok bagaimana rupa kebun dan ladang, bolehlah datang sini ya. 


Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Penduduk Sungai Udang.

2 Mar 2018

Kek Sedap Hasil Tangan Yatie Delights

Assalam wbt

Hari ini sis nak cerita kek yg kakak ni buat memang awesome super sedap ! Penghantaran ke area TTDI Jaya dan Bukit Jelutong boleh dibuat waktu hari berkerja. Hari-hari lain pun boleh. Mungkin cuma ada cas delivery. Boleh contact 0193172954, ig Yatie_delights 😁😁😁


Kalau 1 slice berharga RM12. Tapi kalau satu biji kek, kena minta quotation. Serius sedap tau. 



Nampak sedap tak uols? Apa lagi, belilah.