TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

14 Jul 2015

Rasulullah Tidak Pernah Membunuh Sesiapa Kecuali Ubayy bin Khalaf

Assalam wbt

Rasulullah tidak pernah membunuh sesiapa pun menggunakan tangan baginda sendiri, kecuali seorang lelaki iaitu Ubayy bin Khalaf. Rasulullah akan mengelak untuk membunuh musuh menggunakan tangan baginda sendiri, sebaliknya menyuruh para sahabat untuk membunuh musuh bagi pihak baginda.

Hal ini disebabkan janji Allah bahawa balasan orang yang dibunuh nabi akan dilipat gandakan.

Betapa mercifulnya Rasulullah. Nak tahu siapa??


Siapa ubayy bin khalaf?

 Ubayy adalah pembesar Quraisy yg sgt memusuhi islam. Sebelum baginda berhijrah ke madinah, Ubayy selalu memberitahu nabi yg dia mempunyai seekor kuda yg selalu diberi makan agar sihat supaya dia dapat membunuh nabi ketika menungang kuda itu.
Nabi pernah menjawab sekali 'insha Allah, engkau yang akan mati di tangan aku".Sejak mendengar perkataan drpd nabi itu, Ubayy ketakutan.dan tak tenang kerana percaya nabi bercakap benar. Ketika perang Uhud, dia bertekad utk membunuh nabi tp tak berjaya.sebaliknya, Rasulullah telah mebaling lembing dan terkena sedikit leher Ubayy. Ubayy terjatuh daripada kuda dan menjerit "Matilah aku! Muhammad telah membunuh aku".

Abu Sufyan menenangkan Ubayy dengan mengatakan luka di leher itu terlalu sedikit dan takkan menyebabkan kematian. Jawab Ubayy "Demi Tuhan, Muhammad pernah berkata bahawa dia akan membunuh aku.dan aku yakin dia bercakap benar.dan sungguh, walaupun aku hanya diludah oleh Muhammad, aku akan mati."

Ubayy kemudiannya benar2 mati ketika dalam perjalanan mereka pulang ke Mekah. Allahuakbar.

 #‎throwbackkelassirah #‎1hari1cerita
Moral of story: Even orang musyrik pun percaye setiap yg diperkatakan Rasulullah.
Adakah kita org Muslim sendiri percaya apa yg diperkatakan Rasulullah? Kalau kita percaya, kenapa kita bole tinggalkan pesanan Nabi seolah-olah kita tak percayakan Nabi?

Kredit : Facebook Adibah Hashim



Sekian, Terima Kasih.

No comments: