Entri ni aku ambil drp facebook kawan aku. sebab aku rasa kita patut sama2 tahu pasal Rasulullah. selamat membaca...
More to come !!!
Kisah : Turunnya wahyu pertama dan kedua Rasulullah S.A.W
Rasulullah menerima wahyu pertama ketika baginda berumur 40 tahun ketika baginda bersendirian di Gua Hira'. Gua Hira' terletak di Jabal Nur. Keluasan Gua Hira' adalah kira2 4 hasta. Tinggi puncak Jabal Nur estimatedly 200m. Nabi mula beruzlah di Gua Hira', bertafakur dan mengasingkan diri dari keruntuhan moral masyarakat Arab Jahiliyah.
Pada 1 malam pd bulan Ramadhan, baginda melihat cahaya terang benderang menerangi gua. Tiba2 malaikat Jibril muncul menyampaikan wahyu Allah yg pertama yakni Surah Al Alaq ayat 1-5. Selama 6 bulan sebelum peristiwa itu, baginda telah bermimpi setiap hari tentang apa akan berlaku.
penulis bergambar di Gua Hira'
Ketika penangguhan wahyu itu, Rasulullah dilanda kebimbangan dan kehairanan, terlalu berdukacita hingga terdapat riwayat mengatakan Rasulullah berkali-kali berkejar ke puncak bukit utk menghumban dirinya. Ibnu Hajar menceritakan penangguhan wahyu tersebut bertujuan memberi masa dan melahirkan rasa yakin kepada Rasulullah bahawa baginda adalah utusan Allah dan menerbitkan rasa rindu pada turunnya wahyu daripada Allah.
Suatu hari ketika baginda sedang berjalan, terdapat suara yg memanggil baginda dari langit yakni Jibril. Baginda terus lari ke rumah dan berjumpa keluarganya dan meminta 'selimutkan aku, selimutkan aku, selimutkan aku' , maka disusuli turunnya wahyu kedua yakni
Surah Al muddatsir.
Wahai
orang yg berselimut (Muhammad)!. Bangunlah, lalu berilah peringatan.Dan
Tuhanmu, agungkanlah. Dan pakaianmu, bersihkanlah. Dan perbuatan yang keji,
tinggalkanlah.Credit to : Facebook Adibah Hashim
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment