TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

13 May 2013

Rumpai Laut Tiada Kolagen Tapi Sangat Berkhasiat!

Assalam wbt



Aku membace panjang blog TSM, *the secret medicine* blog glemer yg suke bagi jawapan kepada pengguna2 pasal isu produk2 ni... tapi aku xtaw kredibiliti TSM tu ape.. aku bace komen2 orang kat bawah tu.. aku ase pengkomen tu bukan calang2.. siap bagi fakta2.. so aku conclude kan di sini.... 



mak mertua aku selalu dok promote sal rumpai laut n kolagen ni.. mak aku juge makan seaweed ni.. tapi aku x makan sebab aku x serasi. okeh badan aku pelik.. aku x serasi dengan sume bende supplement... daripada produk kuruskan badan,,, gemokkan badan,. produk kecantikan..sume fail... tapi aku sememangnya pelik.. tol ke rumpai laut ade kolagen? jawapannya takde... tapi still.. banyak khasiat! aku cuba tulis dalam bahasa semudah2 alam.. 

lebih kurang 1/3 daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dalam tulang badan. Semakin meningkat usia, semakin berkurang kolagen dalam badan. Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein(kita discuss di perenggan seterusnya) yang mengekalkan kolagen dalam kulit. Rumpai laut juga mengandungi vitamin C, vitamin A, fibre, zink, protein, magnesium, iron, calcium, potassium dan sodium. Ia juga mengandungi antioksidan yang bagus untuk kesihatan dan anti-aging factors. 

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan karagenan. Hydrocolloids ialah hydrophilic polymer atau bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin). 

Secara kimia, rumpai laut mengandungi sulphated polysaccharide means rantaian protein yang panjang iaitu karagenan dan fucoidan. Keduanya ada fungsi yang spesifik. Karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.  Karagenan terdapat pada hampir semua makanan cuma kandungan dia banyak atau sikit. Fucoidan pulak boleh promote fibroblast-populated collagen contraction by increasing the integrin alpha2beta1 expression on fibroblast surface. dalam bahasa yg mudah difahami karagenan dan fucoidan ni mmg boleh decrease skin thickness dan improve keanjalan (elasticity) kulit. bahan inilah yang diekstrak oleh tubuh kita untuk membantu menganjalkan kulit. 

Ia juga sumber 'hyaluronic acids' (HA). Ia dijumpai banyak di connective tissue body (tisu penghubung) seperti sendi (joint), kulit, mata dan salur darah. Unfortunately, bila bertambah tua, the body begins to produce less and less hyaluronic acid while the cumulative environmental impact of radiation, chemicals, poor nutrition and other hazards continue to take their toll. Fungsinya sama iaitu retain water, elak aging and joint disease, dan masalah kulit. 

So bagi sesetengah orang yg amalkan dan cakap kulit jadi licin, mungkin before tu die banyak toksin dalam badan. Since rumpai laut banyak fiber, jadi leh lawas dan senang buang air. Pastu menyihatkan usus, maka senang la nak serap air masuk dalam badan dan kurangkan sembelit.. yang jadi kurus pulak, sebab fiber ni mmbuatkn org rasa kenyang lebih lama, tu yang kurang makan nasi. hehe. Ia juga pencegah osteoporosis. Kalau nak dapat kolagen banyak, makan kaki ayam atau sirip ikan… tapi aku kurang arif sirip ikan apa… Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen" kerana ada ekstrak substance tertentu dalam rumpai laut yang boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. 

Kalau kite menggemari rumpai laut,,, x salah nak teruskan makan... ok.. selamat sume...




Sumber 1 Sumber 2 Sumber 3  Sumber 4 Sumber 5 Sumber 6 Sumber 7


Sekian, terima kasih.

2 comments:

Nora Karim said...

xpernah lagi try makan rumpai laut ni... teringin juga nak cuba... tapi belum berani lagi... hihihi

anakin faid said...

Pn Nora :)

Saya da try makan... ok la.. boleh la tahan.. tapi ase xde kesan.. hahaha... ikot tahap metabolisme sesorang kot..