3 Aug 2022

Sarapan Nasi Lemak Sedap Gerai Di Hadapan Institut Uthmani Darul Hadis, TTDI Jaya Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Di mana TTDI Jaya? Di area Jalan Opera. Kalau dalam maps, area U2 Shah Alam. Aku pun tak pasti kenapa U2 sedangkan office aku di U8 tapi jaraknya sekangkang kera sahaja. Hehe... 

Okay ini nasi lemak sedap. Sorry gambar tak nampak menarik tapi rasanya boom kebabom! 


Nasi lemak ada ikan masin, rasanya memang sedap. Letak sambal banyak pun sedap. Bagi aku yang suka pedas, level kepedasan biasa tapi kalau yang tak suka pedas, dia rasa pedas sangat. Harganya aku tak pasti berapa dalam RM2-RM2.50 macam itulah. Lepastu nasi lemak cepat habis.

Di sebelah gerai ini ada gerai karipap panas, memang baru lepas goreng di situ, makan panas-panas memang sedap! Belilah sekali, harganya dalam RM0.80-RM1 sebiji, inti penuh! 

Makan time hujan-hujan pada waktu pagi memang indah!


Okay selamat makan!

2 Aug 2022

Makan ODEN Family Mart Denai Alam, Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Aku jujurnya baru pertama kali makan ODEN Family Mart, eh memang sedap sangat rupanya. Hehe... Memang MUST TRY! Cumanya, mungkin banyak sangat ajinomoto atau perisa tiruan, lepas waktu lunch, memang mengantuk gile tak boleh bawa bincang sampai aku pun terlupa apa yang aku kena tulis, teringat-ingat sampai waktu malam. 



Nak order pulak, semudah ABC! Hehe.. Pergi ke kaunter ODEN, lepastu pilihlah yang mana satu kau nak, nak itu nak ini, nak mihun ke, nak oden ke, nak megi ke, suka hati kau, customize sendiri, lepastu bayar kat kaunter itu juga. Kalau Family Mart Denai Alam tak ada kerusi meja, jadi kami makan dalam kereta. Kalau Family Mart Glenmarie ada kerusi meja, jadi boleh makan di situ.

1 cucuk fishball dalam RM0.90 - RM2. Kuah RM2. Oden RM4, Total aku makan RM12.90. Kalau aku pilih megi, harganya RM2.50 je... tapi saja lah pilih mi oden, rasa dia mcm mi tarik. Hehe. Alhamdulillah kena pada tekak dan memang nak repeat lagi bebila. yeahhhhh


Terima kasih

31 Jul 2022

Jalan-Jalan ke Pantai Redang Sekinchan untuk Menyaksikan Matahari Terbenam

Assalam wbt dan Hai,

Sudah datang ke kawasan Sekinchan, tidak sah kalau kita tidak pergi ke Pantai Redang Sekinchan. Pantai ini memang famous untuk menyaksikan matahari terbenam. Memang cantik sangat! Banyak tempat duduk di sini jadi bolehlah sambil rehat-rehat. Di sini tak boleh mandi tau, cuma boleh main pasir sahaja. Ada batu-batu yang ditambak di hujung (seperti dalam gambar), sangat cantik nak ambil gambar di situ, tapi ramai manusia jadi kena sabar juga. 

gambar ehsan google

Subhandallah cantik!!!!
gambar ehsan google


Sebelum matahari terbenam, boleh menyaksikan bagaimana kapal ikan pulang dari laut membawa muatan ikan. Kalau kapal terbang ada signal untuk mendarat, kapal tongkang ikan juga ada signal yang membantu mereka berlabuh dengan baik dan tidak berlanggar antara satu sama lain. Memang tersusun, beratur satu-satu dari jauh, memang kita boleh nampak. Best juga perhatikan hehe. Lepastu ada juga tempat duduk buaian dan rumah atas pokok yang kita boleh cuba-cuba naik kerana ada tangga di situ, percuma sahaja.

Kemudian, adalah hiburan seperti bas double decker hop on hop off, yang bahagian atas tidak berbumbung. Boleh naik dengan membayar RM5 sekepala. Ramai yang nak naik bas ini, jadi kena beratur panjang ya. 
gambar ehsan google

Ada juga tempat menjaja air dan makanan simple seperti buah dan fishball, ikan masin dan keropok. Makan-makan berat dan nasi tak ada pula di sini. Parkingnya banyak jangan risau. Oh ya, masuk percuma! Yeah!!! 

p/s: maafler gambar semua ehsan google 

Jemput datang!


Terima kasih. 

29 Jul 2022

Makan Lunch di Beriyani Awi @ TTDI Jaya Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,


Nasi beriyani Awi memang sedap. Juga terletak di TTDI Jaya, memang cepat habis lagi-lagi hari Jumaat sebab menjadi tumpuan kepada orang lelaki yang nak solat di Masjid TTDI Jaya. Kalau lambat sikit je tak dapat merasa daging lembu dan kambing. Lauk kari daging dan kari kambing memang lagilah umphhh...


Sepinggan nasi beriyani berharga RM12.90, utk lauk ayam masak merah atau ayam kari. Kalau kambing lembu dalam RM20 gitulah. Air pun masih mampu milik juga. Air teh tarik panas dia sedap! Tak sangka betul. Portion sangat banyak dan konyang betol! Kalau nak tambah nasi pun boleh. Kalau korang datang hari Jumaat, waktu lepas azan Zohor, dah tak boleh order sebab kaunter tutup. Itu jelah....Setiap hari buka kecuali hari Ahad. 

Okay selamat makan!!!!

20 Jul 2022

Melawat Petting Zoo, Saville Wonderland di Semenyih Selangor

Assalam wbt dan Hai,

Boleh check di FB Saville Wonderland

Alamat boleh google map di Saville Free Range Agro.

Masuk sini, dewasa bayar RM8 dan kanak-kanak bayar RM7. OKU Percuma. Tempat ini dibuka pada setiap hari dan cuti umum setiap jam 9 pagi hingga 6 petang. 

Apa aktiviti menarik di sini?
1. Petting Zoo (ada kucing, sesumpah, ayam, arnab, merak, burung kakak tua, rusa, burung unta, kambing, lembu, kerbau, kuda)
2. Memancing (bawa alat pancing sendiri)
3. Memanah (1 pax dapat 10 panah, iaitu RM10 sahaja)
4. Menunggang kuda (akan diberitahu kelak dalam FB)


Review:
Kambing yang memang sangat jinak! yang dia boleh jalan-jalan sebelah kita, tak pernah jumpa kambing sejinak itu. Memang betul-betul petting zoo. Yang free and easy ialah arnab, ayam biasa, ayam belanda, dan kambing. Arnab semuanya rehat-rehat sebab panas. Seronok bagi makanan pada haiwan. Guna tangan sendirilah wey.. Haha..

Semua binatang dalam kandang seperti rusa, lembu dan burung unta, ya hampun excited kalau ada pengunjung nak bagi makanan, pelahap masing-masing. 

Ada toilet, ada jual air boleh belilah. Ada juga aiskrim artisan iaitu yang mereka buat sendiri. Sedap weh cuma mahal yelah, artisan kan... RM6 semangkuk aiskrim. 





Jomlah datang sini... 


Terima kasih. 

19 Jul 2022

Review Sardin Kaksal Memang Sedap

Assalam wbt dan Hai,

Kami beli di Giant. Harganya RM7.80 untuk saiz 400 gram iaitu saiz yang paling besar. Sardin Kaksal memang sedap dan boleh dimakan tanpa dimasak. Ya terus dimakan begitu sahaja. Terdapat dalam perisa sos tomato. Isinya juga banyak! Untuk 400gram, ada 11 ekor ikan sardin, sesuai dimakan oleh ahli keluarga yang ramai. Saiz kecil seperti sardin dalam tin kecil 150gram. 




Apa lagi kita masak semua terus, makan ramai-ramai. Memang sedap!!! Jomlah beli.


Terima kasih. 

18 Jul 2022

Bread Maker Jenama Mugen Second Hand untuk Dijual

Salam dan Hai,

Saya ada menjual Bread Maker jenama Mugen second hand.
Preloved Mesin Buat Roti.
Masih berkeadaan baik. 9.5/10
Semua button masih boleh ditekan.
Kalau nak tengok video bread maker, boleh whatsapp.
Harga RM200 tak masuk penghantaran.
Boleh ambil sendiri di Subang Jaya.
Atau boleh jumpa di mana-mana tempat yang sesuai,yang ada plug 3 pin untuk tengok functionality.
Tak boleh pos sebab takut rosak. 
Second hand tau. 
Sudah beli tak boleh dikembalikan tau.

WASAP SAYA



Terima kasih. 

16 Jul 2022

Jual Preloved Basikal Merah Kanak-Kanak atau Dewasa RM200

Salam dan Hai,

Basikal second hand warna merah untuk dijual. 
Harga yang tertera tak termasuk penghantaran. 
Sudah boleh beli tidak boleh dikembalikan. 
Sesuai digunakan untuk kanak-kanak atau dewasa. 
Boleh adjust tempat duduk. 
Tinggi tempat duduk dalam 2 kaki. 
Tinggi handle dalam 2.8 kaki. 
Panjang basikal dalam 4 kaki. 
Ada sedikit karat tetapi memang boleh digunakan. 
Boleh datang ambil sendiri di Subang Jaya. 
Basikal boleh muat di bahagian belakang kereta saiz sedan. 
Harganya RM200 tidak termasuk penghantaran tau.

Jika berminat, boleh whatsapp 









Terima kasih.

11 Jul 2022

Ambil Kucing Angkat di PAWS Malaysia – Paws Animal Welfare Society

Assalam wbt dan Hai,

Jika korang teringin nak ambil kucing sebagai kucing angkat, bolehlah korang datang ke sini ya. Boleh juga cari anjing di sini juga. Banyak sangat kucing cantik-cantik. Ada yang sudah disunat dan ada yang juga belum disunatkan. Di pintu masuk ada ditulis, sudah ready utk di adopt atau belum ready. Ada yang kecil, ada yang sudah matang. Memang banyak sangat. Kalau yang sudah matang, maknanya tak payah nak ajar sangat macam mana nak kencing berak dalam pasir. 

Harganya bergantung kepada jenis, dalam range harga RM180 ke atas. Dan tak sampai RM500. Memang murah. Lepas korang dah confirm nak pilih kucing yang mana, korang pergilah bagitahu dengan staff office, nanti dia discuss harga semuanya. Boleh bayar cash atau online. 

Jalan PJU 1A/20, Ara Damansara, 47301 Subang, Selangor




Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, jam 9 pagi hingga 4 petang sahaja. Datanglah ke sini ya bila-bila. Ada tabung derma juga kalau korang nak derma semata-mata. Warning sikit, baunya agak busuk, jadi pakailah mask. hehe....


Terima kasih.