11 Apr 2022

Cara Ambil Ukur Lilit Badan

Assalam wbt dan Hai,


Inilah cara nak ambil ukur lilit badan. Okay, ready dengan pita pengukur masing-masing ya.....




Terima kasih.


10 Apr 2022

3 Cemburu Yang Digalakkan Dalam Islam

Assalam wbt,

Apakah 3 cemburu yang digalakkan dalam Islam?


1. Cemburu kepada orang soleh iaitu membuatkan diri kita bersemangat menjadi lebih soleh daripadanya.

2. Cemburu kepada orang alim iaitu membuatkan kita bersemangat mahu menuntut ilmu supaya menjadi lebih alim daripadanya.

3. Cemburu kepada orang kaya mukmin iaitu mendidik kita menjadi seorang yang pemurah dan sentiasa bersedekah di jalan Allah.




Insya Allah semoga terus berjuang.


Aaamin.


Terima kasih. 

9 Apr 2022

Surat Rasmi Pembetulan Penamaan Program Daripada Sarjana Muda Sains Kepada Sarjana Muda Kepujian

Assalam wbt dan Hai,

CONTOH SAHAJA (NO SIRI ADALAH REKAAN) 


Sila sediakan surat rasmi bertajuk:

Surat Rasmi Pembetulan Penamaan Program Daripada Sarjana Muda Sains Kepada Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan. Sila print atas letter head organisasi penulis.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

          Ruj. Kami           : MBOT/TTAC/2021/08/0001

          Tarikh                 : 25 Ogos 2021

 

Bahagian Pendaftaran,

Universiti ABC,                                                                                             

Malaysia.

(U.P: En. Sufian bin Suhaimi)

 

Tuan,

 

PEMBETULAN PENAMAAN PROGRAM DARIPADA SARJANA MUDA KEPADA SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat tuan yang bertarikh 19 Ogos 2021, nombor rujukan ABC/2021/101 adalah berkaitan.  

2.         Untuk makluman pihak tuan, setelah diteliti terdapat ralat daripada pihak kami untuk nombor Sijil Akreditasi TTAC-T-2525. Sehubungan dengan itu, nama baru program yang diluluskan oleh pihak TTAC ialah Sarjana Muda Dengan Kepujian Pengurusan Perniagaan.

3.         Justeru, Sijil Akreditasi yang baru akan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari berkerja daripada tarikh penghantaran surat ini. Segala kesulitan amatlah dikesali. Segala kerjasama yang diberikan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

  

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

       Asmak

(ASMAK ABU BAKAR)

Penolong Pengarah
b.p Pengarah
Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC)
Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)
No Telefon: 03 – 82888888
No Faks     : 03 – 82889999
Email         : asmak@mb.com.my 

 

s.k Pengarah

          Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal


    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


    SELESAI. Ini contoh sahaja ye.... Masa dapat soalan daripada MBOT hari itu, tapi tak berjayalah hehe.....Bolehlah jadi rangka untuk ubah yang mana boleh. Kalau tak ada rangka, tak ada idea nak tulis apa... tak gituuu....


    Semoga bermanfaat. terima kasih. 

    8 Apr 2022

    Rasulullah SAW Membaca 10 Ayat Terakhir Surah Ali Imran Selepas Bangun Tidur

    Assalam wbt dan Hai,

    Menurut Kitab As-Syamail Al-Muhammadiyah susunan Imam At-Tirmidzi, Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir Surah Ali Imran selepas bangun dari tidur. Isi kandungan tentang faedah mengingati Allah, doa dlm khusnul khatimah, dunia ini sementara utk orang mukmin dan akhirat kebahagiaan abadi. Insya Allah amalkan kalau boleh. Save dalam handphone siap-siap. Saya refer di sini, Hadith 255 muka surat 301. Boleh baca seperti di bawah, saya sudah snap. Jika kalian hendak beli buku ini, boleh refer di SINI ya. 






    Surah Ali Imran Ayat 190 hingga 200 adalah seperti berikut:



    اَللَّــهُمَّ صَلِّ عَـلـٰى سَـيِّـدِنَـا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَـبِـيِّكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ الْأُمِّـيِّ وَعَــلـٰى أَلِـهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاتِكَ 
    فِى كُلِّ وَقْتٍ وَحِيْنٍ


    Semoga bermanfaat. Terima kasih.

    7 Apr 2022

    Buku Cerita Agama Islam Menarik untuk Si Kecil Boleh Beli di Shopee

    Assalam wbt dan Hai,

    Best gile buku-buku dalam kedai ini. Bolehlah beli lepas dapat duit EPF nanti, insya Allah ada rezeki lebih. 



    1.      20 Sirah Hidup Rasulullah SAW https://shope.ee/9ULdRCwbEu

    2.      Kisah Hidup Rasulullah SAW https://shope.ee/6KObfSOufI

    3.      12 Cerita Terbaik Al-Quran https://shope.ee/UY7uovlh

    4.      25 Rasul Pembawa Rahmat https://shope.ee/9ULdRPMpEI

    5.      Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah https://shope.ee/UY7zeBF2

    6.      366 Kisah Rasulku Muhammad https://shope.ee/79xifClDbl

    7.      366 Cerita dari Al-Quran dan Hadis https://shope.ee/79xifFsbFg

    8.      366 Kisah 25 Rasul https://shope.ee/UY8Cd3OT

    9.      101 Komik Mengenal Rasulullah https://shope.ee/3ARZtxB5HO

    10.   101 Komik Teladan Berpandukan Hadis https://shope.ee/9zHu2fL23M

    11.   101 Kisah Haiwan Teladan https://shope.ee/3Kl06MuYnz

    12.   Komik Doa dan Adab Anak Soleh https://shope.ee/1pwCJXO5CK

    13.   36 Kisah Sahabat Hutan https://shope.ee/6zeITH7Ds0

    14.   Siri Cerita Rasulullah SAW Sahih Bukhari (12 Buku) https://shope.ee/9ULdRtwthx

    15.   Siri 10 Srikandi Penyeri Syurga (10 Buku) https://shope.ee/7etzGZXnYO

    16.   Siri 10 Sahabat Dijanjikan Syurga (10 Buku) https://shope.ee/2KsSuphktU

    17.   Stories of My Beloved Prophet Muhammad SAW for Kids https://shope.ee/fkEvslChU

    18.   Stories Told by Prophet SAW https://shope.ee/1fcm7OP98K

    19.   Duas and the Right Behaviours for Muslim Islamic Stories https://shope.ee/1VJLv7pVbN

    20.   41 Islamic Moral Stories for Children https://shope.ee/L7OXCJMLC




    Semoga bermanfaat. Terima kasih. 

    6 Apr 2022

    Melawat Bazar Ramadan 2022 di kawasan Subang Jaya

    Assalam wbt dan Hai,

    Kami saja-saja berjalan di Bazar Ramadan di kawasan Subang Jaya. Ada beberapa tempat yang dinyatakan oleh MBSJ iaitu:

    1. Bazar Ramadan USJ 4 (paling besar - jalan biasa)
    2. Bazar Ramadan USJ 7 (Gerai MBSJ)
    3. Bazar Ramadan SS19 (tepi Shell)
    4. Bazar Ramadan Taman Pinggiran USJ - TPU (dekat dengan 99 Speedmart)
    5. Bazar Ramadan Batu Tiga (area 99 speedmart juga)

    Yang paling menarik dan banyak pilihan ialah Bazar Ramadan USJ 4 sebab panjang jalannya. 

    Yang senang dapat parking ialah Bazar Ramadan USJ 4, TPU dan Batu Tiga. 

    Murtabak Langkawi tahun 2022, tiada di Bazar Ramadan USJ 4 dan SS19. Sedih betul. Sebab memang susah nak jumpa. Kena tunggu mereka buat pengumuman di Facebook. Hukhuk...

    Bazar Ramadhan SS 19

    Bazar Ramadhan USJ 4

    Bazar Ramadhan USJ 7

    Pergilah tetapi jangan sampai membazir ya. Baik-baik jalan.... Terima kasih.

    5 Apr 2022

    Temuduga Eksekutif Hasil Penaksiran LHDN 2022

    Assalam wbt dan Hai,




    Soalan Temuduga LHDN 2022

    1. Sila perkenalkan diri anda


    2. Kerja apa yang anda pernah buat sebelum ini


    3. Kaitkan pengalaman anda dengan tugas-tugas LHDN


    4. Apakah tugas seorang Eksekutif Hasil Penaksiran


    5. Kalau ada orang instafamous/twitfamous/seangkatan dengannya yg suka flex harta, apa yg perlu anda buat?

    6. Apa pandangan anda terhadap LHDN sebelum anda menjejakkan kaki ke sini dan selepas menjejakkan kaki masuk dalam bangunan ini?


    7. Pendapat anda dengan bantuan wang dari kerajaan kepada rakyat Malaysia?


    8. Kenapa kami perlu hire kamu.


    9. Ada apa-apa soalan untuk LHDN?



    Soalan kepada orang lain.

    1. Apakah kaitan belanjawan dengan LHDN 
    2. Apakah kaitan belanjawan dengan diri sendiri
    3. Cukai yang ada dengan LHDN 
    4. Tugas LHDN


    BTW, aku tak dapat pun jawatan ini, aku saspek sebab umur aku dah tua dah pun, tak ada rezeki nak kerja di sini. Semoga berjaya calon-calon pada tahun akan datang.


    Terima kasih. 


    4 Apr 2022

    Zikir Hari Selasa

    Assalam wbt dan Hai,

    Mari kita memperbanyakkan membaca zikir ini pada hari Selasa. Jangan terpengaruh dengan kata-kata mana ada zikir khusus pada hari tertentu. Sebenarnya mana-mana zikir khusus ini diamalkan oleh wali-wali Allah, Tuan Guru, orang alim ulama yang memulakannya. Siapalah kita untuk menidakkan amalan orang yang hebat di sisi Allah. Untuk kita, cuba saja amalkan. Semoga Allah merahmati kita selalu. Aamiin. 

    Orang alim ulama yang hebat-hebat yang ada kasyhaf besar mengatakan jika 1 Muharram jatuh pada hari Selasa, maka pada tahun itu banyak bencana alam yang berlaku. Kebetulan 1 Muharram 1443 Hijrah jatuh pada hari Selasa. Masya Allah. Maka, kita cubalah amalkan yang mana kita mampu. Insya Allah. Aaamiin.

    Doa Hari Selasa ini disebutkan oleh Al Habib Alawi bin Ahmad Al-Haddad, sesungguhnya datuknya Al Habib Hasan telah berkata, "Sungguh aku telah menghafal hadith dari kitab Musnad Al-Firdaus, sedang umurku sekitar 5 tahun, barang siapa yang mengucapkan 3 kali hari Selasa iaitu: .............. Orang yang mengucapkan itu, maka tidak akan turun atasnya bala sampai masa Selasa yang kedua, dijaga dari Selasa sampai Selasa". 

    Petikan Kitab At-Tadzkiirul Mustoda:136


    Allahuma yakfiyal balaikfinalbalaie qabla nuzulihi minassama' *ya Allah 7 kali* - Ulang 3 kali
    Maksudnya, Ya Allah Yang Maha Menghalang segala bencana, elakkanlah kami dari ditimpa bencana sebelum bencana itu turun dari langit. 

    Terima kasih

    3 Apr 2022

    Selamat Datang Ramadhan, Mari Kita Baca Zikir Ramadhan dan Niat Di Bulan Ramadhan

    Assalam wbt dan Hai,

    Mari kita perbanyakkan zikir ini sepanjang di bulan Ramadhan. Semoga Allah mengampunkan kita, merahmati kita, menerima amalan dan taubat kita. Semoga Allah masukkan kita ke dalam syurga Firdaus tanpa dihisab tanpa diazab, dan dijauhkan azab neraka. Wasalallahu ala Sayyidina Muhammad wa ala alih wasohbihi wassalam. ya Rabbal Alamin. Amin. 




    Selamat beramal. Terima kasih. 

    2 Apr 2022

    Ramadan Planner dan Ramadan Checklist versi Ms Excel dalam Bahasa Melayu

    Assalam wbt dan Hai,


    RAMADHAN PLANNER versi Ms Excel. 

    Link nya DI SINI

    Insya Allah bolehlah download dan print. Mana tahu bermanfaat.




    Sampai jumpa lagi.


    Terima kasih.