TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

9 Apr 2022

Surat Rasmi Pembetulan Penamaan Program Daripada Sarjana Muda Sains Kepada Sarjana Muda Kepujian

Assalam wbt dan Hai,

CONTOH SAHAJA (NO SIRI ADALAH REKAAN) 


Sila sediakan surat rasmi bertajuk:

Surat Rasmi Pembetulan Penamaan Program Daripada Sarjana Muda Sains Kepada Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan. Sila print atas letter head organisasi penulis.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

          Ruj. Kami           : MBOT/TTAC/2021/08/0001

          Tarikh                 : 25 Ogos 2021

 

Bahagian Pendaftaran,

Universiti ABC,                                                                                             

Malaysia.

(U.P: En. Sufian bin Suhaimi)

 

Tuan,

 

PEMBETULAN PENAMAAN PROGRAM DARIPADA SARJANA MUDA KEPADA SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat tuan yang bertarikh 19 Ogos 2021, nombor rujukan ABC/2021/101 adalah berkaitan.  

2.         Untuk makluman pihak tuan, setelah diteliti terdapat ralat daripada pihak kami untuk nombor Sijil Akreditasi TTAC-T-2525. Sehubungan dengan itu, nama baru program yang diluluskan oleh pihak TTAC ialah Sarjana Muda Dengan Kepujian Pengurusan Perniagaan.

3.         Justeru, Sijil Akreditasi yang baru akan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari berkerja daripada tarikh penghantaran surat ini. Segala kesulitan amatlah dikesali. Segala kerjasama yang diberikan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

  

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

       Asmak

(ASMAK ABU BAKAR)

Penolong Pengarah
b.p Pengarah
Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC)
Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)
No Telefon: 03 – 82888888
No Faks     : 03 – 82889999
Email         : asmak@mb.com.my 

 

s.k Pengarah

          Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal


    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


    SELESAI. Ini contoh sahaja ye.... Masa dapat soalan daripada MBOT hari itu, tapi tak berjayalah hehe.....Bolehlah jadi rangka untuk ubah yang mana boleh. Kalau tak ada rangka, tak ada idea nak tulis apa... tak gituuu....


    Semoga bermanfaat. terima kasih. 

    No comments: