TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

12 Nov 2022

Begedil Sedap di Sekitar Shah Alam, Putra Height dan Puchong

Assalamualaikum wbt,

Kalau korang teringin nak makan begedil yang sedap giler, korang perlu cuba begedil yang kawan aku buat. Nama pembuat begedil ialah Aida, memang cantik, secantik namanya. 


Ada dua jenis, begedil ayam RM1.20 sebiji dan begedil daging RM1.30 sebiji. Bolehlah kalau-kalau korang nak order untuk office potluck ke, order untuk bagi kat kenduri saudara-mara ke. Hah lepastu boleh hantar melalui lala move atau korang boleh ambil sendiri di tempat yang dijanjikan. 

Boleh hubungi kawan aku, Aida namanya. NO WHATSAPP


Sekian, terima kasih. 

4 Nov 2022

Tukar Alamat Pada Geran Kena Bayar RM50 di JPJ

Assalam wbt dan Hai

Iye, kalau korang tengok geran kereta korang salah alamat ke, salah nama ke, salah apa-apa lah, korang boleh datang ke JPJ untuk tukar info. Ye, boleh saja datang bila-bila. Lepastu, korang perlulah bawa salinan bil ke, sebab nak buat reference, in case pegawai JPJ ada minta. Lepastu, bawa juga salinan IC siap-siap wokey? 

Untuk JPJ Shah Alam, terus ke Bahagian 5 (belah kanan), bahagian geran kereta. Sebelum ambil giliran, kena isi borang untuk tukar maklumat terlebih dahulu. 

Selepas kita isi borang seperti yang diminta, nanti akan buat pengesahan cap jari melalui mesin cap jari. Confirm dengan alamat baru, nanti Pegawai JPJ tanya nak print ke tak nak? Kalau tak nak print, alamat baru terus dikemaskini, kiranya lesen baru nanti korang dah ada alamaat baru lah. Kalau korang nak print, kena isi borang print geran, lalu kena bayar RM50 untuk print geran baru. Geran lama akan disimpan / dibuang oleh pihak JPJ, kira korang boleh bawa satu geran yang sudah dikemaskini saja. Hah gitu. Mudah kan?

Jangan lupa bawa kad debit, sebab JPJ guna my debit untuk semua urusan, tunai tidak diterima!



Kami datang awal dalam jam 9 pagi, kebetulan tak ramai orang. Dalam 30 minit saja sudah selesai urusan. Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 


Terima kasih. 

2 Nov 2022

Makan di Restoran Doktor Tomyam, UEP Subang Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang teringin nak makan ala-ala Siam dengan harga yang mampu bayar, bolehlah datang ke sini ya. Di sini juga ada menu burung puyuh. WOW!!! Nama saja terletak di UEP Subang Jaya, tapi sebenarnya kawasan Shah Alam juga. Dekat-dekat dengan Mahnaz dan SM Teknik Shah Alam. Kita akan order melalui QR code, tapi bayar di kaunter. 

Banyak parking yang ada

Menu burung puyuh masak paprik RM10

Menu sayur pucuk paku RM5

Menu burung puyuh goreng RM8


Harga nasi putih sepinggan ialah RM2.
Kami beli air sarsi botol berharga RM3.

Overall, puas hati teramat-amat! Sedap dan boleh repeat lagi. Jemput datang ya... 


Terima kasih. 

1 Nov 2022

Berapa Nilaian Mas Kahwin Siti Fatimah Mengikut Duit Sekarang?

Salam dan Hai,


Ibn 'Abbas RA yang berkata:
 
لما تزوّجَ عليٌّ فاطمة قال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أعطها شيئًا"، قال: ما عندي، قال: «أين درعك الـحُـطَـمِيّة؟
 
Maksudnya: "Ketikamana 'Ali ingin berkahwin dengan Fatimah. Rasulullah SAW berkata kepadanya: "berikan sesuatu kepada Fatimah (sebagai Mahar)" Jawab 'Ali: "Daku tiada apa-apa yang boleh diberikan kepadanya." Tanya Baginda Nabi SAW: "Mana baju besi Hutamiyyah milik mu?" (Riwayat Abu Daud 2118, alNasa'ie 3375, 3376 dan Ibn Hibban di dalam Sahihnya) 
 
Baju besi Hutamiyyah adalah baju besi yang kuat dan kukuh sehingga mampu mematahkan pedang yang berlaga dengannya. Ini menggambarkan kepada kita nilai dan kualiti baju besi yang diminta oleh Rasulullah SAW kepada 'Ali sebagai mahar perkahwinan anak baginda. 
 
Terdapat riwayat dari seorang Tabi'ie bernama 'ilbaa' bin Ahmar (علباء بن أحمر) yang menyatakan nilai baju besi tersebut adalah sebanyak 480 Dirham, dan Nabi SAW memerintahkan dengan sabda baginda:
 
اجعل ثُلُثيه في الطيب، وثلثًا في المتاع
 
Maksudnya: "Jadikan 2/3 daripadanya wangian dan 1/3 daripadanya barang-barangan." (Riwayat Ibn Sa'ad dalam alTobaqaat 10/20,22 dan Abu Ya'la dalam Musnadnya 353). alTabarani juga meriwayatkan daripada Abd alAziz bin Abi Ruwad yang merupakan salah seorang Kibar Atba' Tabi'ien dengan sanad yang Hasan, bahawa baju besi Ali bernilai 480 dirham (alMu'jam alAwsath 2870). Hal ini dikuatkn lagi dengan khutbah Umar yang berkata:
 
أَلا لا تُغْلُوا صُدُقَ النِّسَاءِ ، فَإِنَّهَا لَوْ كَانَتْ مَكْرُمَةً فِي الدُّنْيَا وَتَقْوَى عِنْدَ اللَّهِ ، كَانَ أَوْلاكُمْ بِهَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، مَا زَوَّجَ أَحَدًا مِنْ بَنَاتِهِ وَلا تَزَوَّجَ أَحَدًا مِنْ نِسَائِهِ بِأَكْثَرَ مِنْ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ أُوقِيَّةً
 
Maksudnya: "Janganlah kamu semua meninggikan mahar wanita, jika ia satu kemuliaan di dunia atau satu ketaqwaan di sisi Allah, maka yang lebih berhak dengannya adalah Muhammad SAW, namun tidaklah baginda mengahwinkan salah seorang puteri baginda, tidak juga baginda mengahwini salah seorang isteri baginda lebih dari 12 Awqiyyah." (Abu Daud 2099, alTirmizi dan beliau menilainya sebagai Sahih 1114) 
 
Satu Awqiyyah adalah bersamaan 40 dirham. Maka 12 Awqiah didarap 40 = 480 dirham.
 

Harga terkini:-

1 Awqiyyah = 40 dirham
12 Awqiyyah = 480 dirham

1 dirham anggarannya RM30 (rujuk Shopee)
480 dirham anggarannya RM14,400 

Justeru mahar perkahwinan Fatimah binti Rasulillah SAW pada nilai hari ini ialah lebih kurang RM14,400

MasyaAllah!




Terima kasih.