TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

14 Apr 2021

Selamat Berpuasa Tahun 2021

Assalam wbt dan Hai,


Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Semoga kita sentiasa dalam keredaan dan lindungan oleh Nya. 



11 Apr 2021

Makan Ayam Melalak di TTDI Jaya Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Sebelum Ramadan aku berkesempatan untuk membeli ayam penyet di gerai Ayam Melalak di Restoran TTDI Jaya Shah Alam. Sebenarnya aku tak tahu dan tak pasti sama ada gerai ini milik Zamarul Hisham dan Diana Rafar, cuma aku pernah nampak di IGS mereka. Aku kerja area sini jadi haruslah singgah rasa, tak gitu. 



Gerai ini dibuka pada jam 11 pagi hingga 4 petang. Bahagian ayam besar dan bukan jenis yang semalam tak habis, goreng hari ini. Ayam jenis ayam baru digoreng. Itu yang penting. Sebab kebanyakan kedai ayam penyet yang aku makan, kalau tak habis hari ini, dia goreng untuk besok pulak. Tak sedap nanti. Okay pilihan ayam melalak ini ada tiga jenis tau.



Aku beli ayam gesek hijo dan kawan aku beli ayam celey tapi dia dah habis ngap, baru ingat nak ambil gambar. kihkih. Okay overall aku rasa sedap. Saiz ayam besar, kenyang gile. Pedas dia memang pedaslah, syukur pedas dia aku boleh terima dan aku tak sakit perut, sebab aku sejak-sejak tak berapa makan pedas ini memang cepat sakit perut, perut sensitip gitu. Sedangkan makan samyang pun aku sakit perut! kahkah. Aku expect diaorang masak sambal betul-betul. Jadi bagus sangat bagi aku.

Kalau korang teringin nak makan sini, datanglah eh. Selamat menjamu selera. okbai. 


9 Apr 2021

Nasi Ambeng Kak Rozima, Orang Johor Yang Menetap di Selangor

Assalam dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Ha untuk peminat nasi ambeng, berita baik untuk korang sebab korang ada pilihan untuk beli nasi ambeng dengan Kak Rozima. Dia adalah orang Johor yang menetap di Selangor tau, jadi insha Allah memang pure Johor gitu. Kuantitinya banyak amat, memang boleh cukup untuk dua orang. Harga pulak murah betul, masa aku beli RM6 sahaja sebungkus. Oh ya, lokasinya di Subang Jaya. 

Untuk pengetahuan, nasi ambeng ini dibalut dengan daun pisang jadi aroma wanginya menaikkan selera kita. Wow! Masa menulis post ini pun dah rasa teringat-ingat nasi ambeng. Hihi. 


Kalau korang teringin nak order, bolehlah whatsapp terus okay. +6017-784 9676

8 Apr 2021

Burger Kak Yam di Pangsapuri Seri Tanjung, USJ 16 Memang Sedap Giler!

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Kalau korang peminat burger dari gerai-gerai biasa, korang boleh cuba Burger dari Kak Yam Stall. Memang UMMPH, WALAH rasa dia. Sebab apa aku kata begitu, sebab sebelum ini aku pernah rasa yang seperti itu di Johor saja, jarang jumpa orang yang pandai buat resepi burger letak kari dan lada hitam (read: black pepper). Oh memang cukup rasa betul! Serious weh dah lah harganya pun murah bagi aku. 

Harga ini setakat Disember 2020, aku tak pasti kalau-kalau 2021 dah bertukar harga ya.
Burger Daging biasa : RM3.20
Burger Special : RM4
Burger Double Special : RM5

Aku rasa macam murahlah kalau nak dibandingkan dengan gerai burger yang lain. Lokasi gerai terletak di hadapan kedai runcit. Kawasan kedai runcit ada satu je dalam Pangsapuri Seri Tanjung dan gerai burger ini pun ada satu saja di situ, jadi korang memang takkan tersalah punya. 



Apa tunggu lagi, jemput datang sini. Kalau waktu puasa, aku tak pasti pula ya dia buka gerai pukul berapa. Selamat mencuba. Kalau nak whatsapp order ke, bolehlah order terus di sini, 019-2258807. 


Terima kasih. 

7 Apr 2021

Nasi Lemak Sambal Padu di Restoran Gulai Kita Batu Tiga Shah Alam

Assalam dan Hai,

Hari ini aku nak kongsikan sarapan nasi lemak sedap lagi di Shah Alam iaitu yang terletak di Restoran Gulai Kita di Batu Tiga ya. Kalau nak waze/google map boleh search Taman Mutiara Subang ye. Sambalnya sedap sangat macam tak cukup, kena minta extra lagi. Hehe.. 

sepinggan harganya RM2.50

Untuk penduduk berdekatan bolehlah rasa. Cumanya weekend senampaknya aku, kakak ni tak buka kedai jadi korang boleh order melalui Food Panda okay? 


UPDATE 4.12.2021 - KEDAI DAH TUTUP SETAKAT INI

Terima kasih. 

6 Apr 2021

Beli Mi Bandung, Soto, Laksa Johor dan Begedil Dengan Harga RM55 daripada Muo.Le

Assalam wbt dan Hi,

Oleh sebab tak boleh rentas negeri, jadi saya rindu betul pada negeri kelahiran iaitu negeri Johor yang tercinta. Nak cari mee bandung Johor memang susah. Namun, berita baik sebab sekarang saya sudah jumpa pilihan nak makan mee bandung! Wow! Memang terus teringat kampung halaman tatkala menyuap mi bandung! Hikhik



Saya beli set ini yang berharga RM55 sahaja! Wow ke Wow?? Ada soto, ada mee bandung, ada laksa johor, dan ada bergedil siap! Menarik sangat! Penghantaran RM8 untuk kesemua kawasan Lembah Klang. Tak faham mana diorang dapat untung. Hikhik. Bagi kami, kuantiti boleh dikatakan banyak sebab kami memang makan tak banyak tapi kalau untuk orang normal, semangkuk itu memang sesuai untuk seorang makan. 

Hah apa lagi korang kalau teringin nak makan apa hujung minggu ini, bolehlah membeli daripada IG Muo.Le Korang tekan URL di sini ya. BTW ada banyak pakej yang disediakan. Korang jenguklah IG diorang okay, untuk lebih faham. Selamat makan! Terima kasih!

5 Apr 2021

Makan Lontong di Dapur Warisan Rasa Seksyen 13 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Ada peminat lontong yang mencari-cari di kawasan Shah Alam? Korang boleh jadikan Restoran Dapur Warisan Rasa di Seksyen 13 Shah Alam sebagai pilihan. Restoran ini menyajikan bukan sahaja lontong dan nasi lemak, malah korang boleh jumpa nasi kerabu, nasi dagang dan nasi kakwok pada awal pagi. Wow! Memang menarik bukan? Ada booth kecil-kecil di sini yang menyediakan makanan, korang tinggal pilih sajalah. 

Aku memilih semangkuk lontong sebab susah juga nak cari lontong di Selangor. 


Kalau korang teringin nak makan, boleh datang sini ya. Rasanya okaylah boleh tahan juga. Tapi setakat ini lontong Mak Ngah Restoran TTDI Jaya yang paling sedap buat akulah. Yang lain-lain ada citarasa masing-masing.

Selamat Mencuba. 

Terima kasih. 

4 Apr 2021

Restoran Pizza vs Satay di USJ 11 Subang Jaya

Assalam dan Hai,

Hari ini saya nak komen tentang makanan di Pizza vs Satay yang terletak di USJ 11. Untuk pengetahuan korang, memang tak banyak restoran hipster halal di USJ selain yg berada di Taipan USJ 10 dan USJ 9. USJ lain masih terkebelakang. Kalau di SS Subang Jaya memang banyak sangat restoran hipster enak-enak belaka. Hihi. Salah satu kedai yang sedap ialah Pizza vs Satay. Harganya reasonable dan kuantitinya agak banyak. Jadi kami secara tak langsung menjadi pengunjung tetap di situ. Korang juga boleh order di Food Panda. 



Kami suka sebab suasana dia agak klasik sangat. Kayu kayan di sana sini. Maaflah aku memang jenis tak ambil gambar kedai-kedai. Jemput datang sini ya. 


Terima kasih. 

3 Apr 2021

Makan Spageti Aglio Olio di Kafe Third Letter, Taman TTDI Jaya Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,


Aku saja nak bercerita yang spageti Aglio Olio di Kafe Third Letter memang sedap sangat-sangat. Kafe hipster di Taman TTDI Jaya, Shah Alam. Rasanya memang pedas betul! Isinya banyak pulak! Memang berbaloi-baloi RM16 sahaja. Pedas dia memang penuh jiwa oi... Jadi aku recommend sangat-sangat kat korang untuk beli. Hehe.. Mailah beli singgah sini ya... Kafe hipster jugalah, order melalui QR code saja. Heheh... 




Jemput singgah. terima kasih. 

2 Apr 2021

Kek Batik Sedap Shah Alam, Aishah's Delicatessen

Assalam dan Hai.

Kalau korang teringin kek batik yang super sedap lembut, bukan jenis keras, siap ada krim putih (sorry sebab tulis malam-malam, aku tak boleh nak recall word sebenar. hehe). Masin-manis secukup rasa, korang kena cuba Aishah Delicatessen! Ya Allah memang sedap bebenar sampai menjilat jari, mejilat bekas sekali. Beli memang terus habis.... 

Memang boleh COD di kawasan Shah Alam dan Subang Jaya. Korang whatsapp Aishah okay? 


Sebungkus ini RM10 sahaja. 



Terima kasih. Selamat Mencuba. 

1 Apr 2021

Nasi Ambeng Kak Leha, Kempas Johor Bahru

Assalam wbt dan Hi,

Kalau korang penduduk Johor Bahru yang teringin nak makan Nasi Ambeng, korang boleh order dengan Kak Leha. Ya Allah, memang sedap sangat-sangat. Dijamin puas hati dan memang korang takkan order dengan orang lain. Boleh beli dengan kuantiti yang banyak. Buat masa ini Kak Leha hanya menerima tempahan persendirian sahaja, tak buka order melalui Food Panda dll sebab itu pun dah ada yang order kan. 


Yang ini memang order untuk portion kecil sebab nak bawak pergi ke surau untuk Majlis Tahlil Kenduri Arwah. Harga untuk sebungkus ini RM10 kalau tak salah, maaflah aku pun kurang pasti. Kalau korang nak order, klik link di bawah.


Sekian terima kasih.