Ada peminat lontong yang mencari-cari di kawasan Shah Alam? Korang boleh jadikan Restoran Dapur Warisan Rasa di Seksyen 13 Shah Alam sebagai pilihan. Restoran ini menyajikan bukan sahaja lontong dan nasi lemak, malah korang boleh jumpa nasi kerabu, nasi dagang dan nasi kakwok pada awal pagi. Wow! Memang menarik bukan? Ada booth kecil-kecil di sini yang menyediakan makanan, korang tinggal pilih sajalah.
Aku memilih semangkuk lontong sebab susah juga nak cari lontong di Selangor.
Kalau korang teringin nak makan, boleh datang sini ya. Rasanya okaylah boleh tahan juga. Tapi setakat ini lontong Mak Ngah Restoran TTDI Jaya yang paling sedap buat akulah. Yang lain-lain ada citarasa masing-masing.
Selamat Mencuba.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment