SHOPEE KAKNA
Terima kasih.
Kalau korang peminat burger dari gerai-gerai biasa, korang boleh cuba Burger dari Kak Yam Stall. Memang UMMPH, WALAH rasa dia. Sebab apa aku kata begitu, sebab sebelum ini aku pernah rasa yang seperti itu di Johor saja, jarang jumpa orang yang pandai buat resepi burger letak kari dan lada hitam (read: black pepper). Oh memang cukup rasa betul! Serious weh dah lah harganya pun murah bagi aku.
Harga ini setakat Disember 2020, aku tak pasti kalau-kalau 2021 dah bertukar harga ya.
Burger Daging biasa : RM3.20
Burger Special : RM4
Burger Double Special : RM5
Aku rasa macam murahlah kalau nak dibandingkan dengan gerai burger yang lain. Lokasi gerai terletak di hadapan kedai runcit. Kawasan kedai runcit ada satu je dalam Pangsapuri Seri Tanjung dan gerai burger ini pun ada satu saja di situ, jadi korang memang takkan tersalah punya.
Apa tunggu lagi, jemput datang sini. Kalau waktu puasa, aku tak pasti pula ya dia buka gerai pukul berapa. Selamat mencuba. Kalau nak whatsapp order ke, bolehlah order terus di sini, 019-2258807.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment