Assalam wbt dan Hi,
Hari ini aku saja nak bercerita tentang kebaikan dan keburukan tinggal di rumah jenis pangsapuri atau rumah flat atau senang kata rumah yang tinggi-tinggi tapi jenis PPR.
Kudos to Pangsapuri Seri Tanjung yang terletak di USJ 16 Subang Jaya. Memang aku sangat kagum dengan pengurusan di sini kerana pangsapuri ini memang damai sekali. Susah nak jumpa kekosongan rumah di sini. Pendapat ini adalah pendapat aku sendiri, tiada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Tak semua tempat sangat harmoni macam tempat tinggal kami.
Kebaikan:
1) Kejiranan yang baik
2) Kedai Acheh yang hampir, perlu jalan kaki saja nak beli apa-apa (kalau nak cepat)
3) Kedai Makan Sarapan pun dekat, setiap pagi ada kedai Nasi Lemak, mee goreng
4) Kedai Makan Tengahari pun dekat, ada juadah nasi kerabu, nasi dagang, lauk pauk
5) Kedai Mamak, kalau siapa-siapa teringin nak makan roti canai ke?
6) Ada orang niaga buah-buahan, kuih-muih, kek, kuih frozen, baju budak, tudung bawal, bantal DAS, bantal leyna, dll dalam group whatsapp, order saja dah sampai, COD free tau. Jimat!
7) Ada tukang jahit juga
8) Ada ramai yang buat penghantaran anak ke sekolah dengan van mini
9) Ada pengasuh yang bagus
10) Dapat banyak bantuan masa PKP, PKPB dan puasa
11) Kadang-kadang ada kereta masuk utk jual telur dengan harga yg murah
12) Kadang-kadang ada lori masuk utk jual buah-buahan
13) Tak payah sidai baju kat luar pun dah kering sebab ada bilik sidai baju
14) Ada bilik stor, walaupun kecil tapi okay sangat!
15) Bayar air murah sangat-sangat, bawah RM11 free hokey! Jimat gile
16) Sebab rumah kecil, bayar bil elektrik pun murah, sebulan RM40. Jimat gile
17) Kaki lima sudah ada lampu, jadinya tak perlu buka lampu pada malam hari sudah terang rumah kita, itu yang jimat.
18) Duit maintenance pun murah, RM70 sahaja sebulan. (itupun masih ramai yang tak bayar)
19) Ada dua parking free untuk rumah, siap ada guarded, jadi jangan risau. Setakat ini tiada masalah robbery.
20) Ada Pasar Ahad, dua minggu sekali (yang ini sebelum PKP)
21) Ada rumah kitar semula memang khas dibuat oleh MBSJ, jadi tak payah susah2 cari kat luar sana, tapi free saja, korang tak dapat bayarannya.
22) Management yang bagus, jenis yang jaga maintenance dari segi air, bangunan, dll
23) Ada tempat letak surat di tingkat bawah, dan tiada orang yang ambil surat kami, trustworthy lah senang cakap
Keburukan:
1) Tak cukup parking nanti ramai yang block kereta kita. Kalau dah block pulak ada yang tak nak tarikh handbrake jadi dah pulak kena call, bagitahu dalam group whatsapp dll. Leceh juga bila nak cepat. Kalau dah tahu lambat, bila double park tolong alihkan kereta dengan cepat, tolong fikir pasal orang lain.
2) Bising dari segi anak-anak main-main kat luar rumah kita, lepastu ada pulak yang pergi karok siang-siang, lepastu kalau time main bola, jerit GOL kuat gile kan....belum lagi yang renovate rumah, drill sana sini.
3) Malam-malam sangat bising sebab dekat dengan highway
4) Tingkap nako kami dah keras, tak boleh bukak jadi kalau tak keluar rumah memang tak akan nampak bulan, bintang dan matahari. Hari itu masa PKPB / PKP terlalu lama, Naqib terlupa mana satu bulan dan matahari. Kesian
5) Bila ada orang masak memang boleh terbau, terfikir-fikir dia masak apa? Makan durian pun boleh bau! Haha
6) Nak buang sampah punyalah jauh gile! Dah kena turun tangga leceh betul
7) Sidai baju memang tak basah tapi tak dapat cahaya matahari. Jadi berbau sedikitlah
8) Oleh sebab tinggi sangat tak seronok kalau korang tertinggal barang dalam kereta, lepastu dah sampai rumah. Nak beli barang banyak-banyak pun susah juga nak angkat, memang berat nak bawa, memang perlu ada troli.
9) Kalau korang buat apa-apa pun jiran boleh nampak sebab laluan kaki lima dengan tingkap dekat sangat, marah anak ke, gaduh laki bini, semua orang boleh dengar. Haha
10) Kalau lif rosak, hmm memang berjanggut tunggu, nak tak nak kau kena menapak dengan tangga. Penat weh....
11) Yang paling tak best, terlalu banyak kucing yang tak bertuan, suka kencing-kencing kat pintu gril rumah, bau dia,,, hmmm memang busuk sangat! Pagi-pagi perkara pertama yang perlu dibuat ialah sembur pewangi dahulu kat gril rumah.
Sekian terima kasih.