TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Jul 2020

TIPS Berjaya Temuduga - Fasih berbahasa Inggeris dan Tawarkan Gaji Lebih Rendah

Assalam wbt dan Hai,


Aku seorang yang selalu gagal temuduga. Jadi aku dapat tahu tips temuduga berjaya daripada pertanyaan aku kepada panel penemuduga, kenapa aku gagal. Jadi jawapannya ada dua, seperti di bawah.

TIPS BERJAYA TEMUDUGA

1. Fasih berbahasa inggeris (tanpa hiccup aa eee hmmm terlalu lama)
2. Gaji yang korang tawarkan paling rendah

gambar ehsan google



Huraian Fakta 1

Tips berjaya temuduga, english korang mesti fasih. Sepanjang aku temuduga, semua penemuduga memang sejenis steretyping. Kalau english korang bagus, dia TERUS / WAJIB assume kau pandai buat kerja. Walhal sebenarnya kerja nan hado, pemalas, suka datang lewat, tak mudah beri kerjasama. Masa kau interview, kau buat terpaling boleh buat kerja, terpaling boleh datang awal, terpaling boleh beri kerjasama, semua benda terpaling..... 

Keyakinan yang nyata, tanpa/kurangkan aaaa eeee hmmm.... 

Tahu huraikan profile company (company buat apa), misi, visi, board directors (jika ada)
Tahu huraikan apakah kelemahan dan kelebihan anda
Tahu huraikan mengapa saya perlu dilantik menjadi pekerja di sini

Huraian Fakta 2

Andai kata, korang memohon kerja, desperate sangat-sangatlah ini, korang letak gaji agak rendah daripada gaji pasaran. Contoh jurutera sepatutnya bergaji RM3,300 tetapi korang letak RM2,700. Maka, korang adalah calon yang akan dipertimbangkan terus oleh HR dan Boss sebab semua company suka cut cost. Lagi satu, kebanyakan orang temuduga sebab nak naik gaji, nak kerja lebih baik. Jarang ada yang pindah company bukan sebab gaji. Jadi kalau kau tak berkira, bertepuk tangan HR. 


********************************

Senang kata, aku tak pernah jumpa panel penemuduga yang jenis tak tengok dua perkara ini. Kadang aku fikir, diorang penemuduga rata-rata tak ada satu set soalan yang melihat kualiti seseorang. Mereka 100% hanya berdasarkan kualiti berkata-kata. Sedangkan, pandai berkata-kata itu boleh digilap tetapi attitude yang baik tidak boleh digilap, ia memang sudah sebati dari dalam diri. 


Next time aku cerita lagi pasal temuduga ya. 

Sekian, terima kasih. 

27 Jul 2020

Hakikat Sebenar MLM dan Zhulian

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Kalau korang tengah terfikir-fikir lagi nak buat bisnes tentang apa. saya cadangkan korang pilihlah Zhulian sebagai cabang bisnes korang. Bisnes apa-apa pun, kena rajin promote saja. Dalam ekonomi yang tidak menentu ini, termasuk aku dan kawan-kawan lain yg sama company, hampir semua ada bisnes masing-masing. Haha. Sekarang ini, group whatsapp penuh dengan business saja, lepastu whatsapp story pun sama. Aduh...

Okay lepastu aku nak cerita tentang hakikat sebenar Zhulian dengan sangkut paut MLM tahap tipu tertinggi ke? Dulu-dulu masa aku kecilm aku selalu dimomokkan dengan zhulian ini penipu, program direct selling yang confirm menipu dan mengambil duit orang bawah. Jadi, orang kampung aku memang cukup anti kalau orang kata Zhulian. 

Sebelum itu, isi post ini adalah pendapat peribadi sahaja dan tidak mewakili mana-mana pihak.


1. Modal Besar?
Aku dah banyak sangat join aktiviti berjual beli seperti ini. H*rb*li*e , S*klee , Dropship, Insurance Takaful Pru*enti*l , dll memang hampir kesemua bisnes seperti ini memerlukan modal yang besar. Termasuk juga Zhulian. Zhulian memerlukan modal yang besar iaitu membeli barang-barang kemas dan barang-barang stok seperti Susu Coloskim dll adalah untuk menarik pelanggan dgn perkataan ready stok. Nanti senanglah korang nak bagi kat customer. Tapi bagi aku benda ini logik. Zhulian tidak memaksa untuk menyimpan stok. Suka hati koranglah nak beli ke taknak. 

Berbanding dengan H*rb*li*e , korang diwajibkan membeli 10 set! Bayangkan 10 set woi.. gile! habis RM2000 aku time itu. Nak nangis pun ada. Haha.. tapi nasi sudah menjadi bubur. Kesilapan aku menjual produk kurus ialah, aku sudah kurus! wakakakaka, jadi nak jual memang susah bebenau! 

Aku ada dengar Leader RCM Kak Salina Selamat berkata, kalau hendak berniaga, bukan harini bermula, besok dapat untung. Mungkin memakan masa agak lama, mengikut rezeki masing-masing. Hanya kita saja yang perlu positif dan jangan putus asa.

2. Yuran Pendaftaran Hanya RM48 Sahaja
Yuran pendaftaran mana-mana pun memang ada. Yuran ini selalunya berkonsepkan one-off tetapi kalau korang dapat menjual dalam kuantiti point yg ditetapkan, jadi untuk tahun hadapan sudah daftar secara automatik. Kalau korang tak buat sales betul-betul, tahun depan bayar guna duitlah. Hehe. mudah saja. sama konsep dengan Aeon. 

Okay untuk Zhulian, korang perlu bayar RM48 one off kemudian, setiap tahun nak renew kena bayar RM24. Eh eh itu kalau, kalau, kalau korang tak buat sales langsung. Minimum sales utk renew ialah 600BV atau 600 point. 600 point pula dihasilkan selepas membuat sales dalam lebih kurang RM1200 mungkin. 

Bagaiman BV diterjemahkan daripada sales? Setiap barang mempunyai nilai BV yang berbeza-beza. Contohnya cincin berharga RM104 (harga ahli), bernilai 53BV. Rantai yang berharga RM211 (harga ahli) mempunya nilai 116BV. BV ditentukan oleh company. 

3. Makan Duit Orang Bawah?
Kebanyakan MLM akan bertindak mencari orang bawah atau downline supaya boleh mengcover semula modal yang sudah dikeluarkan. Contoh MLM selalu yg kita dengar, si Ali join dengan bermodalkan RM10k dan bayar kepada upline. Untuk mendapat semula RM10k, cari orang bawah. Sekali dua bayar then bulan ke-3 lesap. Oh Zhulian bukan semudah itu!

RM48 yang korang bayar time registration akan diambil sepenuhnya oleh syarikat. Upline tak dapat 1 sen pun daripada hasil mengrecommendkan downline join Zhulian. Cumanya, BV point yang aku sebut tadi boleh dikumpulkan melalui individu dan berkumpulan.

a. bonus individu
b. bonus berkumpulan

Kalau bonus individu melalui apa yang kau jual. Kalau kau jual banyak, banyaklah hasil yang kau dapat. Kemudian, kalau bonus berkumpulan pula. Oleh sebab upline tadi bertindak sebagai "sponsor" atau "leader" lah aku boleh sebutkan, maka dia mampu menjana bonus berkumpulan. Downline tadi belum boleh selagi dia belum cari downline dia lagi. wakakaka (pening tak?)

A (upline) <-- B (downline A tetapi upline kepada C) <-- C (downline B)

B dikira sebagai downline A tetapi C bukan downline A. Jadi hasil bonus group dikategorikan oleh A ialah A dan B sahaja. Hasil bonus group dikategorikan oleh B pula ialah B dan C sahaja. Gituh. Faham tak anak-anak?

Jadi, daripada mana makan hasil orang bawah? Oleh sebab upline sudah bagi kerjasama, bantuan, dan sokongan serta semangat mural eh moral kepada downline, maka dia berhak dapat bonus. Kata ustaz, MLM diharuskan jika dia sudah berusaha.  (ceramah MLM drp Buya Yahya)

--> Barangnya jelas dan nyata
--> Harganya masuk akal

****************************************************************

http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/soalan-lazim/perniagaan-multi-level-marketing-mlm

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:

"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam".

Kriteria MLM yang diharuskan adalah selaras dengan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM) yang diperakui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011. Kriterianya adalah seperti berikut :

  • Syarikat hendaklah melantik Penasihat Syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang Islam.
  • Produk MLM hendaklah selaras dengan syarak.
  • Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.
  • Kontrak jualan langsung secara bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas dan hendaklah difahami dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
  • Tempoh bertenang iaitu tempoh tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja dari tarikh penyertaan yang membenarkan seseorang peserta membatalkan atau menarik balik penyertaan dalam perniagaan jualan langsung.
  • Yuran keahlian pada kadar yang minimum meliputi kos pengurusan dan bahan-bahan bercetak yang dimasukkan dalam suatu kelengkapan jualan yang mengandungi pelan pemasaran dan kod etika syarikat dan bukan pada kadar yang tidak munasabah dan begitu tinggi.
  • Tujuan menjadi peserta syarikat jualan langsung mestilah jelas dan selaras dengan ketetapan syarak iaitu untuk menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan.
  • Akad dalam perniagaan jualan langsung antara syarikat dengan peserta hendaklah ditentukan dengan jelas.
  • Aktiviti pemasaran (marketing) hendaklah dilakukan secara patuh syariah, tiada elemen paksaan dan desakan, beradab dan tidak mengelirukan (misleading).
***************************************************************

4. Mudah Tak Nak Kumpul BV 600 point supaya boleh auto register dengan Zhulian pada tahun hadapan?
Aku cadangkan kalau nak buat bisnes, this is the right time. Kenapa aku kata begitu, sebab sekarang ini pembayaran kereta ditangguhkan dan duit EPF pula kita dapat. Jadi insha Allah kita ada duit extra untuk dijadikan modal membeli barang - barang jualan. Untuk kes Zhulian, aku cadangkan korang beli Byoung sebab nilai BV nya sudah mencecah 200BV untuk 1 kotak. Beli 3 kali sudah cukup 600BV dan automatiknya korang tak payah renew untuk tahun hadapan. Settle.


KESIMPULAN
Kesimpulannya, Zhulian bukanlah MLM yang menipu. 
i) Kita tak perlu menyimpan stok kalau tiada duit lebih. Tidak perlu beratur ke Pejabat Pos sebab yang mengepos memang daripada pihak HQ. 
ii) Kita hanya cuba untuk mempromosikan perniagaan sahaja. Barang memang ada. 
iii) Harga masuk akal. Harga ahli dan harga bukan ahli memang jelas terpampang di meja kaunter. Kalau nak rasa harga ahli, just join ahli saja. Harga jual kepada pelanggan adalah tetap. Kalau kurang itu atas dasar budi bicara ejen. 


Sekian terima kasih. 

26 Jul 2020

Saya dan Intermittent Fasting 2018 hingga 2020

Assalam wbt dan Hi, 

Kakna pernah rasa menjadi gemuk. 




Part 1 (Di awal proses kegemukan)
Nak ceritanya dulu2, kakna gemuks berat sampai 64.5kg. Sorry taknak mengaku 65kg yach. Before kahwin 48kg jah. Lepas bersalin anak kedua, memang terus menggemukkan diri, paling gemuk dalam sejarah. Bila dah gemuks, masa itu memang makan tak hengat dunia. (dia macam, alang-alang kau gemuk!) Macam dunia ni ana yg punya. Baju bertambah saiz drp saiz S kepada L ataupun drp saiz 36 kpd 40 atau 42😂 tapi kita tak rasa apa2 sbb kawan2 office pun takde yg tegur gemuk. Eh dorang nampak kakna memang dah gemuk kot.
.
Mula2 tu tak rasa bersalah langsung oi walaupun dah naik 22kg ! Makan tetap sedap. Bayangkanlah makan pun sekali hentam boleh habis 1 pot setengah. Korang paham tak betapa banyak gile hoi. Tapi sebab takde masalah BP tinggi ke apa, membuatkan tetap x sedar diri. 😅 #intermittentfastingmalaysia #intermittentfastingmalaysia

Part 2 (Fasa baru nak menyesal) 
Lepastu setiap kali ambil gambar mesti berdiri di sebalik orang, tutup badan dgn meja, dah tu, takde meja nak tutup jadi guna icon atau sticker aje. Wakakakakaka. 🤣 Hah korang macam itu tak? Kalau ya, maknanya tak yakin pada diri sendiri, maka korang perlu dah nak start berdiet, today or never. 
.
Tapi masih tetap tak sedar diri, masih membesarkan diri. Bila kawan ada yg diet. Kita buat tak tahu aje.
.
Titik tolak nak jadi kurus tu bila baju tetap bertambah size. Baju saiz besar mmg banyak kat pasaran dan murah2 belaka. Cuma coraknya tak cantik sgt lah. Lepastu nak bergambar pun tak cantik. Lepastu rasa demotivate sendiri. Itu yg tetiba rasa nak berubah. Cuma tak tau nak diet mcm mana... Kemudian bang Ajid pun dah mula tegur ngape gemuk nau awak ni... bila laki dah tegur tu, kau jangan nak ngada-ngada uturn kona baring tak mau buat. Jangan sampai laki cari yg lain. Tak payah ikut istilah, terima seadanya gitu. Pada pendapat kakna, kita memang perlu cantik-cantik depan suami. 
.
Kakna cuba eat clean tapi mahal oi. Terus stop. Tak boleh tahan. Lepastu cuba pulak kalori defisit. Siap donlod apps kira kalori kauuuu. Tapi still tak berjaya 🤣🤣🤣 Oh ya tapi masa itu sebab dah kurangkan makan, daripada 65kg kepada 58kg saja. susah nak turun lagi. #intermittentfastingmalaysia

      



Part 3 (gambar sekarang)
Kemudian kakna start belajar buat IF sebab dengar kata lisa surihani, dmfk, johan raja lawak pun buat IF. Mulalah google. Apa itu IF. Oh intermittent fasting. Katanya mudah sikit nak turun berat badan. Okay nak cubalah. IF memerlukan seseorang berpuasa selama 16 jam. 16 jam itu memang lama sangat! haha... awal-awal rasa berat betul tau. Yelah alang-alang baik puasa tapi tak boleh jugak, penat kerja. Sepanjang-panjang IF boleh minum air kosong atau green tea katanya yg penting bawah 5cal. 
.
Kakna baca actually green tea tak bagus. (effect green tea - mata berdenyut) Kemudian, kakna dah stop terus. Tak minum apa-apa selain air putih. 
.
Jadi kakna start perjalanan #intermittentfasting drp bulan Nov 2018 sampai sekarang. Sebenarnya selepas 6 bulan dah nampak ketara sangat. Drp 58kg terus turun pergi 53kg. Nampak agak drastik. Baju2 lama dah boleh pakai. Bila orang cakap baju kite cantik tu rasa seronok. Eh dorang taktau yg kakna mmg kurus jaman muda mudi. Wakakakkaaka. Bila dah kurus, memang nampak muda slim melim. Seronok betul. 
.
Lepastu sbb dah selesa sgt. IF buat 16jam. Tempoh 8jam makan melantak apa saja. Kakna pilih pukul 9malam - 12.30 tengah hari utk fasting window dan bakinya eating window. Eh berat statik je kau 53kg. Kendian kakna baca, kena jaga makanlah baru boleh turun lagi. Ohyeah.. Lepastu tak ambil kuah2 sgt, skip coffee, skip icecream, skip gula, skip milo. Hah jadilah 51kg. 🤣 kalau puasa jadi 50kg. Adui. #intermittentfastingmalaysia




Part 4 (Cabaran Nak IF)
.
Sebenarnya kalau nak kuruskan ni kita kena ketepikan apa pandangan orang lain terhadap kita. Kalau kita nak kurus, kita buat aje. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Kalau mcm konsep IF mmg tak guna duit langsung sis. Tapi kena jaga makan juga. Awal-awal mmg susah nak tahan lapar, lama-kelamaan alah bisa tegal biasa. 😆
.
Lepastu ada suara sumbang "kau dah kurus buat apa diet.." lepastu kalau dah ada pasangan pun, maybe pasangan akan cakap macam tu. ayat seumpama itu mmg selalu akan kita dengar tau. Tapi totap kuatkan semangat. Kalau kurus sikit pun kita senang nak gerak, solat pun senang nak berdiri. Baju2 takdelah asyik nak beli yg tambah saiz, tak ke jimat juga kalau ikutkan... 😀 #intermittentfastingmalaysia #intermittentfasting 
.
Cabaran lagi bila kawan-kawan kudap-kudap kat office, kita kena menahan nafsu makan. Sikit pun tak boleh kalau diikutkan tapi kakna ada jugak tipu-tipu sikit, sekadar merasa. Merasa itu konsep dia macam, kau makan kerepek sekadar 1 keping. jangan sampai 10 keping, itu pun dah kira melantak! Haha.
.
Lepastu hari-hari biasa tak makan breakfast, kau melihat kawan-kawan makan nasi lemak dan roti canai sedap. oh Sabarnyalahai hati, kena tahan lama sikit. Sekali-sekala makan itu boleh tapi hari-hari itu memang tak boleh. 

Part 5 (Tinggalkan Makanan Bergula, Bergaram, Pewarna Tiruan)
.
Lepastu nak IF, kena berani tinggalkan gula berlebihan, garam berlebihan, kopi berlebihan, milo berlebihan, air tin berlebihan, kek, biskut keping, roti canai, nasi kandar. oh banyak sangat makanan sedap kena korbankan. Aduh susah betul dugaan. Dahlah Malaysia banyak sangat makanan sedap 🤣 Kalau korang nak IF atau nak berdiet, serious tinggalkan semua benda sedap ini. Sudah lama badan kita makan semua ini, sudah cukup-cukuplah itu. 
.
Tapi gitulah kita hadapi. Caranya kakna mmg tak berapa gaul sgt dgn office mate selama 6 bulan tu. Wakakakkaa. Mcm kera sumbang kejap. Lepas 6 bulan tu, baru masuk geng balik tapi berat dah turun dan makan pun dah boleh kawal. Sampai orang offer gorpis pun kite tak layan! Kakakaka. Macam napsu makan dah takde. Gile ah. Mcm tak purcaya kan.. Tapi seriuslah betul. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih... 🥰
.
IF memang perghhh lapar gile weh. Kalau buat 16:8 boleh tahan lagi. Kalau buat 20:4 hmmm dah sakit kepala. Sbb sepanjang2 tu cuma minum air kosong!gulp... Ada orang siap buat OMAD (one meal a day) , tak tahu mcm maba dorang bertahan.
.
#intermittentfastingmalaysia #intermittentfasting

Part 6 (IF Tak Menjamin Kolesterol HDL Tinggi dan Kolesterol LDL Rendah)
.
Cuma isunya sekarang, bila kakna IF, kolesterol kakna rendah, sampai machine biasa-biasa farmasi tak boleh baca. Below than 3.9...Tapi dulu masa tahun 2018 kakna pergi hospital Columbia asia klang, utk check kolesterol details, memang rendah oi. Tapi kolesterol jahat (LDL) yg tinggi. Hak aduh. Pebenda pulaklah kolesterol jahat baik ni. (nanti cite). Kakna assume bagus dah IF tapi takde satu pemangkin yg buat toksin hilang dari badan. Jadi mcm sekadar kurus tapi tak berapa sihat. Gituhhh 😆😅
.
Sebab tu kakna try Byoung sbb nak buang kolesterol jahat. Oh belum tahu lagi utk testimoni kolesterol. Kena tunggu setahun consume baru boleh check result 🤣 cumanya bila guna SIF (smart IF), iaitu IF dgn #byoungmalaysia Memang nak taknak kau kena patuh. Sebab apa, psikologinya first harga dia mahal. Lepastu kite nak dapatkan high performance effect. Sgt rugi kalau x buat betul2... Jadi kakna nak cuba. Nanti resultnya apa, kakna share kendian eh. 😉😉😉😉 #intermittentfastingmalaysia #intermittentfasting


Part 7 (Selingan - Byoung Zhulian dan Coloskim ketika IF)
.
Kalau korang rasa susah sangat-sangat nak buat IF memang kakna sarankan sangat consume Byoung, Insha Allah korang tak lapar tapi dalam masa yang sama Byoung tak menggemukkan, di samping korang minum air. Kakna boleh jamin, daripada korang berlapar fasting window dgn air kosong saja, better korang before fasting window, minum Byoung, memang lapar itu berkurang. Bukan setakat minum Byoung, ada juga susu Coloskim 😆😅


Okay sekian perkongsian IF kakna.. Harap-harap bermanfaat untuk memberi semangat. 

25 Jul 2020

Testimoni Setelah Minum Byoung Zhulian

Assalam wbt dan Hi,

Saya dengan rendah diri ingin berkongsi tentang testimoni setelah minum Byoung Zhulian. Memang sudah ramai orang kongsikan sebelum ini tetapi saya saja nak share juga.. hehee ; tekan sini www.wasap.my/60176806258 

Memang kebanyakannya berubah betul daripada kilogram yang banyak kepada kilogram yang sedikit. Byoung Zhulian bukan supplement biasa-biasa. Byoung Zhulian adalah supplement makanan. Ia menggantikan khasiat nutriet, zat dan fiber yang terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang akhirnya diserap oleh sel badan kita. 

Ramai orang rasa kecantikan itu terletak pada luaran sahaja tetapi kalau cantik pada dalaman kan automatiknya cantik pada luaran juga? Tak gitu awak.... Cantik pada luaran kita boleh baikpulih dengan make-up yang tebal-tebal, pergi spa atau pakai filter camera x100. Hihihi... Mahal memang mahal, tapi kita ada banyak set yang berbeza, nak 5 hari boleh, 10 hari boleh, 30 hari lagi menarik ! 












Kalau encik/cik/puan/tuan/sister/brother berminat, bolehlah wasap saya di. 



Insha Allah saya boleh membantu kalian. Kalau berkenaan dengan harga tak payah risaulah, nanti saya akan bantu mana yg boleh... 

24 Jul 2020

Koleksi Ala-Ala Pandora Yang Cantik dan Murah dari Zhulian

Assalam wbt dan Hi,

Kadang-kadang ada orang memang suka gelang ala-ala Pandora tetapi yang ini bukan Pandora original, yang ini dari Zhulian ya. Macam biasa, kalau emas Zhulian boleh disadur kembali tetapi kalau yg jenis silver rhodium, tak boleh tau nak sadur semula. Kang korang beli yg jenis silver rhodium, 8 tahun lagi cari kakna nak sadur balik, memang mana maunya.... hehee... 

Okay mari menjamu mata...................
maaflah ada 8 design saja, tapi itu pun sudah rambang mata kalau korang memang suka yach. Yang paling mahal berharga RM250 dan yang paling murah berharga RM490. Membeli untuk cantik-cantik saja, bukan untuk digadai di kemudian hari. hehe







Okay selamat mencari, kang bila berminat wasap kakna tau, www.wasap.my/60176806258 


Terima kasih.................

23 Jul 2020

Emas Coco Murah Bukan Emas 916 Tapi Emas Zhulian

Assalam wbt dan Hi,

Kalau kau orang teringin sesekali nak melaram Emas Coco dengan harga yang murah, emas Zhulian adalah pilihan yang thorrrrrrrrrrrrrrbaik utk kau orang! 

Wasap tepi ya... www.wasap.my/60176806258 








Nah ilustrasi terang dan nyata perbandingan saiz Emas Coco Zhulian 


Okay sesudah itu, utk code BT8954 yg berharga RM589 cuma.....


Saiz headphone ..............

Akhir kata drp Kakna 

www.wasap.my/60176806258  Selamat membeli... hehehe... Terima kasih

21 Jul 2020

Brooch Cantik Sebagai Hadiah Hari Guru, Hari Ibu, Anniversary, Hari Lahir dan Hari Gembira

Assalam wbt dan Hi

Panjang tajuk Kakna harini ... hehe
Mari kita menelusuri katalog brooch yang best ini.
Lepastu boleh wasap okay ,,,www.wasap.my/60176806258 

Brooch sesuai sangat untuk hadiah bersempena Hari Guru, Hari Ibu, Anniversary, Hari Lahir, Jamuan Perpisahan Rakan-Rakan, juga boleh dijadikan hadiah untuk membodek bos... 😁 (nasib baik bos Kakna lelaki, bukan perempuan.... hehe)













Terima kasih.

16 Jul 2020

Nak Beli Cincin Silver Bawah RM50 Jemput Cuci Mata

Assalam wbt dan Hi,

Jom cuci mata dengan katalog cincin silver, gelang silver, wah cantik-cantik sangat ni...
Semua ini jenama Zhulian tau. Jadi jangan risau memang tak pudar. 
Boleh screenshot dulu, dah gaji baru wasap. hehe
Wasap saya ya www.wasap.my/60176806258 

Ramai yang suka pilih jenis silver tapi tak pasti nak beli kat mana....
Senang mudah sekarang, tengok kat internet, order-order dah sampai.






Terima kasih 

15 Jul 2020

Nak Cari Cincin Emas Murah - Zhulian?

Assalam wbt

Mari cuci mata dengan cincin Emas Zhulian.
Boleh pos seluruh Malaysia tau.
Wasap saya ya jika berminat, www.wasap.my/60176806258 















Kalau nak gambar lagi dekat boleh whatsapp saya ya...

Terima kasih.