TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Jun 2020

Siapa Sedang Mencari Gelang Emas Zhulian di Kawasan Shah Alam, Subang Jaya, USJ, Putra Height, Denai Alam

Assalam wbt dan Hi,

Siapa yang mencari Emas Zhulian di kawasan Denai Alam, Shah Alam, Putra Height, USJ dan Subang Jaya, saya boleh COD area sini sebab saya kerja area sini. Sekarang ini orang nak cantik-cantik tapi nak beli emas tulen 916 memang mahal sangat! Hari itu saya lalu depan kedai emas, harganya RM238 satu gram! Wah mahal sunggu. lepastu kalau satu cincin belah rotan memang dalam 2 gram paling murah yang kukuh. Kalau beli bawah 2 gram tipis sangat cincinnya. So harga sebentuk cincin mencapai RM550! Memang mahal sangat betul.... Jadi, jom lah cuci mata dengan post di bawah.  www.wasap.my/60176806258 

Gelang Emas, Rantai Emas, Gelang Kaki semua ada. 




Saya share katalog gelang dulu ya. Next post, lain-lain item lagi. Sebab kalau share semua sekarang, jenuh pula nak scroll. hehehe..... 













Nah cuci-cuci mata dulu. Kalau teringin nak beli, roger saya tau, Fara 0176806258

28 Jun 2020

Beli Zhulian B'Young Dengan Harga Ahli

Assalam wbt dan Hi,

“KECANTIKAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN”

Kenapa Pilih B’Young? 

Memupuk Gaya Hidup Lebih Sihat dan Bertenaga.

B’YOUNG ADVANCED FUNCTIONAL BEVERAGE adalah formulasi saintifik proprietary yang telah diperhalusi dan termaju dengan 59 ramuan yang bertindak secara sinergi untuk memberikan banyak kelebihan makanan berfungsi.

Ia mengandungi jumlah tertentu yang boleh menghasilkan kesan terapeutik selain menawarkan tahap bioketersediaan bahan kimia yang lebih tinggi. Triptofan – pelopor melatonin penting yang terkandung dalam fomulasi ini boleh merangsang sintesis semula jadi melatonin yang didapati berkesan melambatkan proses penuaan dan mencegah pelbagai penyakit berkaitan usia.

3 Fungsi Utama

B’YOUNG memberikan 3 fungsi utama yang membantu meningkatkan tenaga serta mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Proses 3R melibatkan tindakan Release, Relax Dan Revive.

RELEASE (SINGKIR) – bertujuan menyahtoksik serta membuang bahan yang tidak diperlukan dan toksik berbahaya yang membawa pelbagai gangguan kepada tubuh anda.

RELAX (REHAT) – memberikan tubuh kelegaan daripada stres bagi merehat dan merawat tubuh agar tubuh dapat kekal sihat dan muda. Sintesis melatonin semulajadi di dalam tubuh memainkan peranan penting ini.

REVIVE (PULIH) – bertindak membina semula tisu tubuh, menguatkan ketahanan tubuh dan menyegarkan kembali fungsi tubuh untuk membantu mengembalikan kemudaan dan kesihatan.


Manfaat Kesihatan B’Young

Kebanyakan penyakit berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat. Jadi rawatan yang terbaik juga adalah dengan kaedah pemakanan yang sihat.

·         Menggalakkan pembentukan tulang sihat

·         Menggalakkan fungsi kelenjar dalaman / organ yang lebih baik

·         Menolong mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL)

·         Meneutralkan radikal bebsa

·         Meningkatkan pengawalan berat badan yang berlebihan

·         Menggalakkan fungsi usus yang sihat

·         Menggalakkan tidur yang lebih baik

·         Menguatkan sistem imun

·         Mencergaskan libido

·         Mengawalaturkan sistem pencernaan

·         Melegakan stress / kemurungan

·         Meningkatkan kepekaan mental

·         Meningkatkan penyerapan nutrient

·         Meningkatkan tahap tenaga

·         Meningkatkan kekenyalan kulit untuk kelembutan seperti semasa muda

          Mengawalaturkan sistem peredaran


Terdapat 3 Jenis Sachet yang Berbeza

Sachet PAGI (Kuning), PETANG (Hijau) dan MALAM (Merah).

Cara-cara pengambilan minuman B’Young adalah:

1.     Waktu Pagi – 1 jam sebelum sarapan

2.     Waktu Petang – 1 jam sebelum makan tengahari

3.     Waktu Malam – 1 jam sebelum tidur


Tersedia 3 Pilihan untuk Keperluan Berbeza

(kita bincang kemudian).

1.     B’Young Supreme Gold : Perangsang berkuasa dengan formulasi penuh khasiat bagi meningkatkan ketahanan tubuh dan menjurus kepada peningkatan kesihatan dan kecergasan tubuh.

2.     B’Young Premium Standard : Pilihan premium untuk memberikan tubuh rangsangan tenaga yang terdiri daripada mikro nutrient semula jadi untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

3.     B’Young Maintenance Course : Formulasi termaju untuk mengekalkan imbangan tubuh yang sihat dengan menyediakan nutrient penting sambil meningkatan penyingkiran toksin daripada tubuh.

 

 

Harga

B'YOUNG SUPREME GOLD 

NT 2012 RM1,015.00 (WM) / RM1,035.00 (EM) * 90 sachet X 19 g

 

B'YOUNG PREMIUM STANDARD

NT 2013 RM794.00 (WM) / RM814.00 (EM) * 90 sachet X 17 g

 

B'YOUNG MAINTENANCE COURSE

NT 2014 RM516.00 (WM) / RM530.00 (EM) * 90 sachet X 14 g

 

Nota

* B’YOUNG telah mendapat kebenaran pengeluaran daripada Pusat Racun Negara . Ini bermakna B’YOUNG SELAMAT DIMAKAN.

* Untuk wanita hamil, sila rujuk kepada doktor anda sebelum pengambilan produk ini.

Dan akhir sekali, berita baik yang ingin saya sampaikan, jika ada sesiapa yang berminat tetapi ingin membeli dengan harga ahli, diharap boleh wasap saya pada nombor www.wasap.my/60176806258 . Saya akan membantu anda.

 

 

 Terima kasih.


27 Jun 2020

Cara Buat Dalgona Coffee Dengan Mudah

Assalam wbt dan Hi,

Dalgona coffee... sangatlah famous sekarang.

Essentially, dalgona coffee (달고나 커피) is whipped coffee. It is made with 4 simple ingredients – instant coffee, sugar, hot water and milk.

The drink sprang into the limelight after bloggers after it got onto a menu at a restaurant where celebs compete vie for their fave dishes to be added to a menu. Actor Jung Il Woo is said to have stumbled on the drink in Macau. One day, when he dined out, he came across the drink. DID YOU KNOW?
inilah Jung Il woo kalau korang tak kenal


Okay dah siap !!!

Mudah sangat!

Bahan X
1 sachet 3 in 1 kafein, apa-apa brand yang ada di rumah contohnya Nescafe, Old town white coffee dll
2 sudu besar air panas

Kacau sekuat hati, guna sudu saja.
Kemudian, masukkan ais dalam gelas jernih, kalau tak jernih tak lawa
Masukkan susu fresh milk
Letakkan Bahan X di atas susu

Ambil gambar *** kaching kaching kaching

upload dalam instagram 


Kemudian, kacau ! tak kacau tak berapa rasa keenakannya.


Yeay!! Sedia diminum ! Haha....

23 Jun 2020

Teka Teki PKPB : Lelaki Mecuri Duit RM100

Assalam wbt dan Hi,

Seorang lelaki mencuri RM100 dari kaunter kedai, lalu menggunakan wang tersebut untuk membeli coklat yang berharga RM30. Tuan kedai memulangkan baki RM70. 

Berapakah kerugian tuan kedai?
A. RM100
B. RM30
C. RM130
D. RM200



Teka-teki ini juga dibincangkan di dalam twitter. Klik di sini
Cuma soalannya sedikit berbeza.

Ada teka teki ni, jawab eh? Anda peniaga kedai runcit Pencuri mencuri duit di kaunter tanpa anda sedari sebyk RM150 Kemudian sbelum beredar, pencuri membeli barang berharga RM130 & membayar dengan duit curi. Anda memulangkan RM20.
Berapakah jumlah kerugian anda yg sebenarnya?



Jawapannya adalah seperti berikut:
RM100
Kerugian barang sebanyak RM30
Kerugian duit sebanyak RM70


Pembidasan perlu dilakukan, kalau ikutkan kan... kan kan... kerugian barang sebanyak RM30 itu salah. Itu harga jual, harga kos selalunya lebih rendah... Hehe.

22 Jun 2020

Durian D24 Hanya RM18 Sahaja Untuk 1 Kilogram

Assalam wbt dan Hi.

Yeay Makan Durian!!! Murah sangat durian D24 iaitu hanya RM18 sahaja sekilogram. Mana nak dapat kat Klang Valley ini woi? Kalau korang nak, korang try contact Kak Ita ya... 0172270012 

Kalau korang beli dalam bentuk kilogram iaitu yang masih ada kulit, 1 kg = RM18

Kalau korang beli durian "kotak" pulak, yang sudah dikupas, harganya RM18 - RM25 bergantung kepada kuantiti yang muat. 


Untuk durian kotak, mereka buka depan kita. Jadi takde istilah rosak ke apa. Semua memang sedap, isi tebal, rasa pahit dan manis. Memang puas hati gila oi! Yang macam gambar di atas, harganya RM20 satu tupperware. 


Terima kasih. 



21 Jun 2020

Perbezaan Diffuser, Humidifier, Air Purifier dan Vaporizer

Assalam wbt dan Hi,

Selalu kita pening memikirkan apakah perbezaan antara Diffuser, Humidifier, Air Purifier dan Vaporizer. 


Diffuser 
Juga disebut peresap. Ia digunakan untuk menaikkan aroma di bilik tidur. Alat ini menggunakan Essential Oil (EO) untuk menaikkan mood seseorang. Saiz partikel yang keluar daripada difusser boleh diserap oleh kulit kita dan memberi efek yang menenangkan kepada kita, menmbantu mengurangkan selesema dan asma, menggalakkan penghasilan hormon progesteron, memberi efek gembira dll. 

gambar ehsan google


Humidifier
Juga disebut pelembap. Ia digunakan untuk menambahkan kelembapan di dalam udara terutamanya untuk untuk negara klimat kering seperti Filipina. Udara yang kering selalunya memberi impak seperti kulit kering, menggalakkan pertumbuhan bakteria dan menyebabkan kesukaran untuk tidur. Dengan adanya humidifier, kita boleh mengelakkan masalah ini di samping membantu mengurangkan masalah selesema, asma dan batuk kering. 

Walau bagaimanapun humidifier dibuat bukan untuk EO. EO diperbuat daripada bahan-bahan organik yang boleh menyebabkan kerosakan dalaman pada humidifier. Jadi korang tak payah nak buat lawak nak masukkan EO dalam humidi\fier okay? Humidifier selalunya diperbuat daripada plastik saja dan tak boleh bercampur dengan EO ya terutamanya EO jenis minyak sitrus. 

gambar ehsan google

Air Purifier
Juga disebut pembersih udara atau penapis udara. Ia digunakan untuk menyahkan ejen pencemaran dan mikroorganisma seperti habuk, karat, tanah, zarah, asap rokok dan bau busuk yang terdapat di dalam udara kita. Air purifier ini sangat bagus terutamanya kepada sesiapa yang menghidap asma, alergik dan apa-apa juga penyakit yang berkaitan dengan saluran pernafasan. 

Air purifier menggunakan penapis jenis High-Efficiency Particulate Air (HEPA). HEPA adalah sejenis penapis yang boleh menapis udara dengan cara memerangkap partikel kecil. Penapis HEPA ini boleh menapis dan menyahkan lebih kurang 99.9% partikel habuk dan apa-apa juga partikel tidak bagus di dalam udara. 

gambar ehsan google

Vaporizer
Juga disebut penyejat. Ia selalunya digunakan untuk tujuan perubatan iaitu dengan menukar bahan spesifik kepada wap air. Ia sangat bagus dalam membantu sesiapa yang sakit, sesak nafas dll. 
gambar ehsan google

19 Jun 2020

TIPS Tulis Resume Canggih berdasarkan E-Latih

Assalam wbt dan Hai,

Sebelum itu, ingat formula kita DUIT.

D - Doa kepada Allah untuk beri jalan yang terbaik kepada kita 
U - Usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakal

CV - Tentang kita, simple aje selalunya satu muka surat, contoh pengalaman kerja tanpa huraian
RESUME - Tentang kita, lengkap, banyak muka surat, contoh pengalaman kerja dengan huraian

Gambar ehsan google


TIPS RESUME

Aku tahu ramai je orang rasa Resume dia tak canggih. Jadi kalau rasa-rasa macam tak canggih, selalu lompat-lompat kerja, resume jadi tak cantik. Lepas itu rasa rendah diri sebab tak juga dipanggil kerja. Ini aku dapat daripada e-Latih, alah yang website HRDF punya, cuma aku olah jadi ayat yang santai. Jangan kau fikir mereka cakap sebegini. Jadi apa yang korang perlu buat:-

1) Bahagian 1 - Personal Detail (nama, umur, alamat, no telefon, email, nombor pendaftaran Badan Bertauliah seperti ACCA/BEM/MBOT dll)

2) Bahagian 2 - Skill and Proficiency. Tulis semua:

a) Sijil tambahan yang kau ada, contoh Degree Engineering tapi ada Professional Certificate in Human Resource Management, Kad Hijau CIDB, Kursus Memasak, Kursus Menjahit dll. 

b) Recognition Award (yang ada bukti, tak ada bukti jangan letak sis). Apa-apa awards yang kau dapat, contoh Staff Terbaik 2019, anugerah dekan 6 kali, pernah jadi penulis sambilan surat khabar Berita Harian, Hero Malaysia, Mendaki Gunung Kinabalu, Pengakap Diraja, pernah buat Journal yang diiktiraf antarabangsa/kebangsaan dll. 

c) Knowledge (berkaitan kerja). Apa yang kau boleh buat, contohnya pandai buat tender, pandai buat PO (purchase order), pandai uruskan building maintenance, tahu pasal perolehan (procurement), tahu pasal ISO 9001:2015, dll.

d) Volunteer. Ada pernah jadi volunteer kat mana-mana? Kau bubuh dalam sini. Yang sekarang glemer jadi sukarelawan kat Pusat Vaksin.

e) Software yang kau tahu. Selalunya Ms Word, Ms Excel, Ms Power Point, Ms Note, Ms Publisher. Lain-lain itu kau tambah sendiri. 

f) Others. Kalau point 2(b) yang ada bukti, yang ini yang tak ada bukti sis.. (contoh: turut serta dalam aktiviti syarikat jadi AJK, mana mahunya ada sijil; ada lesen memandu, ada personal blog yang hit (kahkahkahkah), content creator untuk website mana-mana, dll. 

3) Bahagian 3 - Education
Berbeza dengan sijil tambahan. Education ini formal pendidikan seperti setahun belajar di SKM CIAST, 4 tahun belajar Degree begitu..... 

4) Bahagian 4 - Professional Experience
Bubuh semua pengalaman kau dari yang latest (2021 duduk atas, 2000 duduk bawah, faham dak)

5) Bahagian 5 - Referees (boleh juga bagitahu "will be provided upon request")
Bubuh nama yang kau yakin boleh memberi ayat-ayat kebaikan untuk kau. Hahaha


Okay itu aje. nanti aku tulis lagi.

Terima kasih.

17 Jun 2020

16 Jun 2020

DIY Idea Untuk Dinding Rumah

Assalam wbt dan Hi,

Sajalah aku nak simpan sini, DIY Cat Dinding kat sini sebab aku rasa menarik betul, cuma pemilihan color perlu sesuai dengan rumah supaya nampak lebih luas dan kemas. Sekarang ini banyak konsep dinding yang orang praktiskan sejak-sejak PKP.

Konsep 1 : Cat bercorak satu bahagian dinding seperti di bawah

Jika korang berminat dengan Konsep 1, pemilihan kombinasi warna mestilah sesuai. Jangan terlalu fikir untuk terlalu color block, takut nanti jadi tak cantik pula. 

gambar ehsan google

gambar ehsan google

gambar ehsan google

Konsep 2 : Color block untuk highlight satu bahagian dinding saja

gambar ehsan google

Konsep 3 : Wainscoting untuk semua sisi dinding kecuali kawasan letaknya television

gambar ehsan google

Konsep 4 : Wallpaper untuk highlight satu bahagian dinding sahaja
gambar ehsan google

Konsep 5 : Cat dengan satu warna untuk semua bahagian dinding


Antara kelima-lima konsep ini, family aku cadangkan untuk follow Konsep 2 tapi aku macam berminat dengan Konsep 1. Hehehe

15 Jun 2020

Bagaimana Hendak Terminate RFID Tag Selepas Menjual Kereta

Assalam wbt dan Hi,


Mungkin sekarang korang kena email careline di atas ya untuk terminate.



Dulu punya cara begini:

Aku sebenarnya hari itu terlupa nak buang atau koyakkan RFID sticker pada kereta masa menjual kereta tempoh hari. Aku risau kalau-kalau owner kereta yang baru menggunakan kereta tersebut di lebuhraya yang mempunyai RFID reader dan tiba-tiba kredit Touch n Go e-wallet aku habis. Jadi cara nak terminate RFID tag memang simple dan mudah sangat oi ! Aku dahlah siap call customer service, dan bila dengar betul-betul, mereka ada button yang khas untuk dengar rakaman arahan bagaimana caranya hendak terminate. 

Okay, korang tekan link di bawah.


pilih google form online - termination form



isi tempat kosong yang dia suruh


Okay selesai isi borang!

Selepas tempoh dalam seminggu, aku dapat notis daripada RFID melalui email yang mengatakan no RFID aku sudah tidak aktif.


Kita tengok statusnya pada aplikasi Touch n Go e-wallet dalam handphone saja. Simple.

Selamat mencuba. Terima kasih. 

14 Jun 2020

Tukar Tulisan Rumi kepada Jawi Secara Online

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Hari ini aku nak share website nak tukar tulisan rumi kepada jawi. Tapi kita betul-betul eja sendiri ya. 

Kalau korang yang tak berapa yakin dengan ejaan jawi korang, boleh rujuk kepada dua laman sesawang seperti di bawah. Sungguhpun begitu, untuk ejaan bukan nama manusia, bolehlah digunapakai tetapi kalau hendak mengeja nama manusia seperti nama anak kami, Naqib Ansari, converter jawi ini tidak sesuai. 



Contoh mudah nama anak kami, Naqib Ansari. Untuk ejaan daripada Jawi Converter Apps Online, menjadi 

ناقيب انصارا (Ejaan Ejawi)
ناقاب انسارا (Ejaan MyKamus Jawi)


Ejaan sebenar Naqib Ansari adalah seperti di bawah:

نقيب انصاري

Untuk kes seperti nama Naqib Ansari, ia memang jelas dalam bahasa Arab begitu ejaannya. Nama Ansari itu sendiri memang tertulis di dalam Al-Quran. Jadi sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. 

نكيب عنشري ejaan yang salah, ini orang sebut direct translation. 


Terima kasih, 

10 Jun 2020

Group Deco PPR Yang Best di Facebook

Assalam wbt dan Hi,

Memandangkan rumah aku hanyalah ala-ala PPR sahaja, jadi aku suka follow group Deco di Facebook. Kalau korang juga punya rumah sewa macam aku, bolehlah join. Seronok sangat tengok mereka menghias. 


Contoh rumah yang saya ambil daripada laman sesawang Seismik. 


Kalau korang rajin, followlah juga group di bawah.







Seriouslah memang berbaloi tau kalau join group ini. Kerana join group ini, rumah kami juga semakin cantik. Hehe.... Terima kasih kerana memberi banyak galakan dan nasihat dalam mendeco rumah. 



Terima kasih!

9 Jun 2020

Hari Keputeraan YDPA 8-Jun-2020

Assalam wbt dan Hi,

Dirgahayu Tuanku. Kredit gambar kepada  instagram @artotoise

Tarikh ulangtahun Hari Keputeraan jatuh pada 8-Jun-2020.
Tetapi post ini ditulis semula pada 9-Jun-2020.

Semoga dikurniakan yang terbaik untuk Tuanku. Insha Allah, amin.




Terima kasih. 

7 Jun 2020

Berapa Banyak Nak Letak Rempah 3 Sekawan?

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Fungsi 4 Sekawan dan 3 Sekawan?
Untuk menaikkan bau dan menambahkan perasa dalam makanan. 

Mereka juga saling melengkapi. Kalau korang letak salah satu saja, rasa makanan kita mungkin kurang "rasa" gituuuh.... 

Apa itu 4 Sekawan? 
Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga dan Bunga Cengkih.

Apa itu 3 Sekawan? 
Versi pertama, Kayu Manis, Bunga Lawang dan Buah Pelaga.
Ada orang kata, Versi ke-2 3 Sekawan itu Kayu Manis, Bunga Lawang dan Bunga Cengkih.
Tapi aku mengikut Versi ke-2 ya. 


Aku selalu tertanya-tanya seberapa banyak sebenarnya nak letak kalau dalam resepi itu tertulis, REMPAH 3 SEKAWAN ?? Susah betul soalan, lebih susah daripada soalan SPM.

Banyak ini saja nak letak kata kakak aku. Kalau letak banyak-banyak nanti tak sedap. 

Resepi yang menggunakan Rempah 3 Sekawan dan 4 Sekawan, antaranya ialah:
1. Sup
2. Masak Kurma
3. Mee Kari
4. Masak Kicap

Kalau kayu manis selalunya besar gabak kan yang dijual kan, korang boleh patahkan saja, patah dua tiga, boleh saja. guna sedikit tenaga. haha...


Okey semoga membantu!


Terima kasih. 

6 Jun 2020

Resepi Karipap Yang Mudah Simple Untuk Orang Noob daripada Surianti Kitchen

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Hari ini aku nak buat post untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada SURIANTI KITCHEN kerana berkongsi resepi karipap yang super simple yang boleh dibuat oleh orang yang tak berapa pandai masak macam aku. Mudah sangat2!

Kulit Karipap
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak yang dipanaskan
1/2 cawan air sejuk
Secubit garam

Klu:
1. minyak yang dipanaskan (panas sangat sampai berwap-wap) digaul terlebih dahulu dengan tepung gandum biar sebati // tujuan supaya tepung jadi rangup
2. secubit garam dicairkan di dalam air sejuk terlebih dahulu sebelum digaul bersama adunan (1.)
3. guna air sejuk tu, sejuk gila uols! 






Inti Karipap
2 sudu kari daging jenama apa-apa, tapi aku suka Mak Siti, kalau tiada, pilih Adabi, kalau tiada juga, pilih Babas 
2 biji kentang saiz sederhana (saiz tapak tangan korang, 2 biji)
1 biji bawang merah 
secubit garam, ajinamoto, gula, daun sup (kalau ada)

Klu:
1. potong bawang & kentang menjadi dadu
2. tumis bawang.
3. kari tadi dikacau terlebih dahulu dengan air sebelum dimasukkan dalam tumisan bawang.
4. masukkan kentang selepas kari dah harum wangi
5. kentang sudah lembut, pastikan air tak banyak, nanti senang nak jadi inti 

Untuk resepi ini, boleh dapat dalam 12 biji karipap saiz yg aku mahukan. Kalau nak banyak, ikutlah tambah juga. Contoh, nak 24 biji karipap, jadi bahan-bahan darab dua. gitu..... Mudah sangat betul2! Aku dulu-dulu tak pernah nak mencuba buat karipap sendiri tetapi kerana PKP/PKPB, dah berapa banyak karipap aku buat, dan berapa banyak duit juga aku berjimat. Alhamdulillah... 



Sayangnya, Nasuha memang suka karipap inti angin. Jadi, ada beberapa biji karipap yang aku kosongkan isinya. Hahaha. Yelah, siapa yang suka inti angin? Tapi anak aku suka pulak. adui.. haha. 

Selamat mencuba!


Terima kasih. 

5 Jun 2020

Website Untuk Check Gelaran Datuk

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA


Kalau korang nak check gelaran Datuk, Dato, Tan Sri, Datin Sri, dll bolehlah semak di laman web ini ya,


Secara ringkasnya laman web ini mewakili Bahagian Istiadat yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kerajaan. Dua fungsi utama adalah:

1) Bertanggungjawab terhadap perkara yang berkaitan dengan penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda YDPA. 
2) Urus setia kepada Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan yang mengendalikan semua majlis rasmi kerajaan seperti Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda YDPA, Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Maulidur Rasul, Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan / Antarabangsa dan sebagainya. 

Setakat post ini ditulis, Ketua Pegawai Istiadat ialah Ybhg Datuk Rozainor bin Ramli. Seterusnya, korang boleh baca sendiri ya, maafkan saya kurang rajin menulis. 

Contohnya macam kita nak cross check gelaran artis-artis di Malaysia, terlebih dahulu cari nama sebenar mereka di Wikipedia. Hahahaha.... kemudian, isi tempat kosong untuk mencari maklumat. 




Salah satu contoh sahaja ya, nama yang mudah iaitu Siti Nurhaliza yang kita memang tahu mempunyai pangkat. Mudah bukan??


Selamat mencuba !!! 


Terima kasih.