TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

21 Feb 2020

Tak Hensem Takpe Janji Kaya

Assalam wbt dan Hi.

Hahahaha.... Okay sumpah ini sangat kelakar!

SHOPEE KAKNA

Nah, terimalah! Selalu sangat dengar benda ini dekat internet. Menyampah pun ada, sampai hafal hahahahahahaa... nah bacalah ayat annoying sama-sama dengan aku.



Ramai orang tak tahu sebenarnya pelaburan saham ini adalah yang sangat mudah. Sempoi dan santai. Kita tak perlukan kos peralatan, tak perlukan pejabat, dan tak payah redah jem. Apa yang kita perlukan adalah sebijik phone dan modal serendah sepuluh ringgit. Ada 70 ribu saham yang patuh Syariah hebat seluruh dunia seperti Facebook, Starbuck, Ferrari dan Tesla. Kita tahu pasaran saham ini dibukak 24 jam sehari 7 hari seminggu dan tak pernah tidur. Kita boleh labor saham pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Yang paling best pelaburan saham ini ada banyak untung dan cepat hasilnya, 1% hingga 10% sehari, 100 dolar sehingga 1000 dolar sehari. Malah, saya sendiri telah buktikan Teknik saya secara live depan lebih 600 orang. Kita buat 10 ribu ringgit dalam masa 5 minit, 3 hari berturut-turut. Alhamdulillah. Paling best, semua orang boleh labor saham tak kira siapa anda, apa pekerjaan anda, ataupun apa status anda. Semua orang boleh melabur saham! Nak belajar boleh layari website saya www.menangsaham.com . ingat! Tak hensem takpe janji kaya! 







Terima kasih! Hahahaahahhahahahaa

haha, tolonglah beli barang Zhulian kakna di ig zhulian_chua, atau WASAP terus.

11 Feb 2020

Tukar Bateri Kereta Myvi di Tan Brothers Automotive USJ 8

Assalam wbt dan Hi,

Pada 16 Januari yang lalu, kereta aku tiba-tiba off engine. Nasib baik sudah di hadapan pondok Pak Guard di rumah aku. Jika berlakunya di lebuhraya atau jalan-jalan persekutuan, mungkin sudah terkena sumpah-seranah oleh pengguna jalan raya. Mana tidaknya, kereta tiba-tiba off dan aku panik hendak buat apa. Yang akhirnya aku tarik hand brake saja untuk memberhentikan kenderaan. 

Jika sebelum ini aku menggunakan bateri Amaron, tapi sudah beberapa kali bateri aku off yang perlu jumper bateri lain dan perlu charge di kedai. Jadi aku sudah tidak percaya dengan brand Amaron lagi. Sudahlah harganya mahal. 

Nah ini dia kedai di mana aku membeli Bateri Kereta yang baru. 

Nama kedainya, Tan Brothers Automotive USJ 8. Banyak pilihan bateri di sini. Owner kedai juga agak peramah dan memberikan sedikit penerangan tentang bateri kepada kami. Sewaktu kami tiba, owner kedai sedang makan, tetapi dia terus berhenti makan dan melayan kami. Kalau kami bawa kereta yang habis bateri tadi, dia boleh memasangkan bateri yang baru tanpa sebarang charge. Kedai ini dibuka seawal jam 930 atau 10 pagi dan ditutup paling lewat jam 7 petang. 

Kami pilih jenama Century yang berharga RM190 tetapi selepas trade in, harganya RM180. 


bateri lain yang ada. Yang ini mahal sedikit, harga asalnya RM200 sebelum trade in. 

banyak bateri yang di trade in di sini


Kalau korang mencari tempat nak charge bateri kereta di USJ, boleh juga datang ke Tan Brothers Automotive USJ 8. Harga seperti yang tertera pada gambar. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima kasih. 

10 Feb 2020

Beriadah di Taman Tugu Negara

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Sila rujuk laman web ini untuk pengetahuan yang lebih lanjut Taman Tugu Negara

Kami tertarik dengan tempat riada yang paling baru di Kuala Lumpur iaitu Taman Tugu Negara. Adakah sesuai untuk membawa anak-anak beriadah di sini? Jawapannya YA ! tetapi saya ingin maklumkan tidak sesuai membawa stroller ya. Manalah tahu kalau rasa-rasa ada yang teringin nak bawa. 

Sebagai kata alu-aluan, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang Taman Tugu Negara (TTN). Idea asal kawasan yang seluas 66 ekar untuk dijadikan tempat pelancongan dibawa oleh pihak Khazanah. Pembukaan TTN bukan untuk mengaut keuntungan kerana kita tidak perlu membayar untuk masuk ke sini. Usaha mereka seperti memelihara Hutan Hujan Malaysia yang mempunyai lebih 1000 jenis spesis flora dan fauna memang wajar dibanggakan. Pihak Khazanah bekerjasama dengan FRIM (Forest Research Institute of Malaysia) untuk menjayakan hasrat ini. Selain itu, lebih daripada 4000 pokok yang umurnya lebih kurang 8 hingga 10 tahun ditanam di sini. Pokok-pokok ini kebanyakannya dalam spesis terancam seperti yang diishtiharkan oleh IUCN (International Union for Conservation of Nature). Contoh pokok-pokok adalah seperti Keruing, Meranti dan Mersawa. Ada sesetengah pokok datangnya dari Nursery di Tg Malim. Okay selebihnya baca sendiri. Hehe. 

Kalian boleh parking di tiga tempat seperti gambar di bawah.

1. Parking di Taman Tugu Nursery
2. Parking di Padang Merbok Carpark
3. Parking di Lake Gardens Multi Storey Carpark

Kalian hanya perlu waze / google map sahaja tiga tempat ini, insha Allah jumpa ya. Parking di Taman Tugu Nursery yang bertanda kuning adalah bonus kerana di sini ada fasiliti seperti tandas, surau dan kedai menjual air minuman. Parking agak banyak. Kalau sudah tiada parking di situ, kalian boleh parking di tepi-tepi jalan dan tidak dikenakan saman (setakat ini). 


Kami memilih parking di tempat yang bertanda kuning. Sungguhpun begitu, ingin saya kongsikan yang bertanda E1 seperti pada gambar di bawah adalah tempat letak parking utama. Kami pula parking di kawasan yang bertanda E2. Kawasan ini tidak berapa luas tetapi boleh juga parking di atas tar batu kerikil. Kami bermula di Check Point atau CP10. 

                                     

Peta lokasi atau peta Trill memang ada di setiap CP, petanya sangat mudah dibaca. Jumlah CP ialah 24 sahaja. Konsep digunapakai di sini, jika kita malas hendak lalu semua jalan, ada jalan pintas disediakan untuk kita skip, seperti konsep di IKEA. Hehe... Ada sesetengah CP juga disediakan tempat berehat iaitu kerusi dan juga buaian. Di sepanjang perjalanan, kalian boleh lihat banyak pokok yang dilabel terutamanya pokok yang agak sukar dijumpai. Ada juga pokok biasa seperti pokok kelapa sawit, pokok pisang dan pokok nangka. Pokok kelapa sawit dikatakan tinggalan zaman British dahulu. Lama juga pokok kelapa sawit ini hidup ya? (pelik jugak ni. hehe) 

sangat bersih seperti ada orang yang menyapu daun-daun kering!






Di sini juga ada konsepnya pilihan terletak di tangan sendiri. Kalian boleh pilih laluan biasa atau laluan alternatif. Laluan alternatif selalunya lebih sukar. Your Life Your Choice kekdahnya. Selain itu, ada juga banyak lagi laluan alternatif yang tidak ditanda. Mungkin kalian boleh cuba tapi saya tidak jamin boleh sesat atau tidak.

laluan bertangga yang kemas dan teratur.

bergambar kenangan di hadapan pintu masuk entrance E2. Gambar di ambil oleh seorang pengawal keselamatan yang bernama En Rosli, sangat peramah orangnya. 


Selepas itu, kalau kalian terasa hendak melawat Tugu Negara boleh teruskan perjalanan sejauh 300m dan boleh ambil gambar. 

Kami tidak berhenti di sini kerana semasa kami berhenti hendak bergambar, datangnya tiga buah bas pelancong asing, dek takutkan Coronavirus, kami terpaksa hentikan niat murni ini. Huhu 



Tempat-tempat lain yang menarik berdekatan dengan Taman Tugu Negara


Okay, semoga boleh menjadi salah satu tempat nak bawa anak-anak beriadah pada hujung minggu ya. Terima kasih 

7 Feb 2020

Pengalaman Kelopak Mata Atas Kiri Berkedip atau Menguit

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Baru-baru ini, kelopak mata kiri bahagian atas asyiklah terkedip-kedip atau menguit atau bahasa inggerisnya Eye Twitching. Yang peliknya, mata saya akan terkedip pada waktu petang saja. Jadi saya google juga apakah sebabnya. 

Mengikut istilah orang dulu-dulu, Link 

Mula-mula aku percaya juga. Mata aku belah kiri bahagian atas berkedip selalunya pada pukul 4 petang hingga 8 malam. Katanya memperoleh perkara yang baik. Jadi, aku dah seronok sangat. 

MATA KANAN

6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

MATA KIRI

6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara

Mengikut teori sebenar, Link 1 (bahasa Melayu) , Link 2 (bahasa Inggeris)

Selepas aku baca semula secara teorinya, mata berkedip atau menguit adalah disebabkan oleh :


  • Pengambilan kafein dan alkohol terlalu banyak sehingga menyebabkan keadaan tubuh kering… lalu menjadikan otot kekejangan dan menguit.
  • Radang pada mata disebabkan alah boleh mempengaruhi mata untuk menguit.
  • Kekeringan bebola mata menjadi punca iritasi yang turut menyumbang kepada permasalah mata menguit.
  • Kekurangan tidur menyebabkan keadaan dan fungsi mata jadi lemah/letih, lalu menyebabkan mata menguit.
  • Merenung komputer atau peranti terlalu lama bisa menjadikan otot di keliling kawasan mata jadi terlampu penat sehingga menjadi punca kepada masalah mata menguit.
  • Pengambilan sesetengah ubat-ubatan turut boleh menyebabkan mata menguit.
  • Tertekan

Mata aku tertancap kepada satu sebab iaitu pengambilan kafein ! Aku memang minum kafein terlalu banyak pada akhir-akhir ini. Yelah, pagi aku minum green tea dan petang aku minum nescafe. Memang tak elok sebenarnya untuk badan. Soalan yang selalu bermain di minda aku ialah:


Dan, aku baru tahu yang air teh hijau atau GREEN TEA juga mempunyai KAFEIN

Sejak aku tahu perkara ini, aku terus berhenti pengambilan green tea dan nescafe. Alhamdulillah masalah mata berkedip atau menguit sudah tidak ada lagi. Jadi aku simpulkan memang kerana kafein! Sedih pula sebab aku perlu tinggalkan kafein. Bayangan aku setiap petang ialah makan biskut cicah dengan air Old Town White Coffee Hazelnut. Memang menyelerakan untuk minum petang. 

Semoga bermanfaat atas perkongsian ini.


Sekian, terima kasih.

4 Feb 2020

Pengalaman Extrade (Trade in) Coway Selepas 5 Tahun

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA 

Akhirnya saya boleh menulis tentang perihal kami extrade penapis air Coway. Kami mula menggunakan penapis air Coway pada bulan Dec 2014. Masa itu kami baru saja berpindah ke Selangor. Penapis air sangat bagus terutamanya kepada penduduk Selangor sebab air kadang-kadang kotor sangat. Kelebihan lain penapis air Coway adalah memudahkan proses membuat susu Naqib dan Nasuha. 

Suka saya ingatkan konsep penapis air Coway, kita boleh bayar selama 5 tahun, 7 tahun atau bayaran penuh one-off pada tahun pertama. Harga one-off pada tahun pertama adalah lebih murah berbanding jumlah harga untuk 5 tahun dan 7 tahun. Berdasarkan pengalaman kami pula, harga untuk 5 tahun adalah lebih murah daripada harga 7 tahun. Jika kita membeli penapis air secara one-off, harga itu tidak termasuk percuma servis menukar spare part sepanjang tempoh bayaran 5 atau 7 tahun. Ambil maklum yang servis menukar spare part agak mahal jika tidak termasuk dalam pakej. Memang boleh tukar sendiri spare part tapi nak beli pun mungkin mahal juga. Selepas 5 tahun atau 7 tahun habis membayar sewa, penapis air tersebut sudah menjadi milik kita. Jika hendak trade in, dapatlah penapis air yang baru. Kalau kita tidak mahu trade in, perlulah tukar spare part sendiri. 

penapis air Coway tahun 2014, jenis Villaem I

Pada tahun 2014, kami membayar sebanyak RM113 setiap bulan untuk penapis air Coway jenis Villaem I selama 5 tahun. Selepas 5 tahun, kami boleh trade in (istilah pekerja Coway menyebutnya Extrade) penapis air Coway yang baru, dan ditawarkan diskaun RM10. Contohnya, penapis air Coway Villaem II, tanpa trade in bayaran harga sebulan ialah RM120 tetapi jika kita trade in bayaran harganya sebulan ialah RM110. Sebenarnya konsep trade in penapis air Coway, bukan semua penapis air boleh trade in dan memperoleh diskaun RM10. Jika penapis air yang kita pilih terlibat dalam promosi pada waktu tersebut, diskaun tidak RM10 tidak boleh digunapakai. Kata pun sudah promosi maka harga juga sudah murah. Dan jika kita membeli produk promosi sebenarnya kita membeli baru dan bukan trade in. 

Bayaran harga sebulan penapis air jenis Neo CHP-260N tanpa promosi ialah RM98 (jika tidak silap saya) tetapi mengikut harga promosi, bayaran harga sebulan jika memilih bayaran untuk 5 tahun ialah RM85. Jika memilih bayaran untuk tempoh 7 tahun, bayaran harga sebulan ialah RM65 sahaja.

Penapis air baru tahun 2020 iaitu jenis Neo-CHP260N.


Jika saya darabkan:

Tempoh 5 tahun
RM85 x 12 bulan x 5 tahun = RM5,100

Tempoh 7 tahun
RM65 x 12 bulan x 7 tahun = RM5,460

Jadi, kami memilih untuk tempoh 5 tahun saja. Selepas 5 tahun kami boleh memilih penapis air Coway yang baru. Yang kami kesalkan ialah, mengapa penjual Coway kata harga untuk 7 tahun lebih murah daripada 5 tahun? Sepatutnya harga bulanan yang murah saja perlu diketengahkan. Jangan buat isu yang membuatkan orang salah faham. Namun sudah katanya iklan, mesti tidak lari daripada konsep misleading info. Hmmm...

Kenapa kami memilih penapis air Coway jenis Neo, CHP-260N yang menghasilkan air mineral? Ini kerana dalam banyak-banyak jenis penapis air Coway, ini satu-satunya paling murah yang menghasilkan air mineral. Kebanyakan penapis air Coway menghasilkan air RO (reverse osmosis). Kami mahukan air mineral dan bukannya air RO. Pada pendapat kami badan manusia masih memerlukan mineral daripada makanan atau minuman tetapi masalahnya makanan atau minuman harian yang kami ambil belum tentu ada mineral. Kalau air jenis RO, tiada mineral langsung dan hampir seperti air suling. Oh ya, penapis air Coway kami yang lama iaitu jenis Villaem I menghasilkan air RO (reverse osmosis). Memang rasa air berbeza untuk mineral dan RO. Saya pun tidak faham mengapa marketing Coway suka menggembar-gemburkan konsep air RO lebih baik daripada air mineral. Sepatutnya mereka perlu bagi dalil khusus apa kelebihan air RO untuk tubuh badan manusia. 



Sebulan sebelum kami menukar penapis air Coway, ramai betul penjual penapis air Coway menghubungi kami untuk menyatakan promosi itu dan ini tetapi tiada seorang pun terangkan dengan jelas tentang bolehkah kami menukar penapis air Coway jenis Villaem I kepada Neo CHP-260N.. Kebanyakan penjual penapis air Coway mengatakan, penapis air Coway kami tidak boleh trade in dengan penapis air Coway yang tergolong dalam promosi. Jika kami pilih juga penapis air Coway Neo CHP-260N, penapis air Coway lama kami tidak akan diambil oleh mereka iaitu, selepas mereka memasangkan penapis air Coway yang baru. Ini kerana kami bukan trade in tetapi membeli yang baru. Di sini saya baru faham apa itu EXTRADE ! huhu. Yang penapis air lama akan dibiarkan di rumah kami ? (suka hati kami nak buat apa). Masalahnya kalau dibiarkan di rumah pun nak buat apa?? Persoalan ini tidak dijawab oleh semua penjual penapis air Coway yang saya tanya sehingga satu hari, XXX whatsapp saya dan menjelaskan hal ini. 

Sebenarnya begini, penapis air Coway yang kita sudah bayar sudah menjadi hak milik kita. Jadi mereka ingin mengambil peluang supaya kita boleh trade in dengan mana-mana produk Coway yang lain seperti penapis udara. 

Kalau kita trade in, mereka akan memasang yang baru dan ambil barang yang lama. 

Kalau kita beli yang baru, mereka memasang yang baru dan tinggalkan yang lama. 

Jadi kalau penapis air Coway yang lama masih di rumah kita, kebarangkalian kita mahu trade in itu tinggi. Oleh sebab saya mengambil sikap tarik tali dengan XXX, maka XXX berjanji yang technician Coway yang akan memasang penapis air yang baru akan mengambil (membawa keluar) penapis air yang lama ke office / warehouse mereka asalkan kami membeli dengan XXX. Bagus! 

Seminggu selepas rumah kami dipasang penapis air Coway Neo-CHP260N, XXX menelefon saya untuk memujuk untuk trade in penapis air Coway yang lama kepada mana-mana produk tetapi saya memang berkeras tidak mahu. Jadi, saya pun tidak pasti apa yang terjadi kepada penapis air Coway kami yang lama. Sebenarnya kami tidak tahu juga adakah keputusan kami ini wajar atau sebaliknya. Cuma satu saja yang saya pasti dengan keputusan kami, 

"Yang penting saya taknak penapis air Coway yang lama di rumah saya. Itu saja dalam fikiran saya, simple! "

Jadi, pada minggu kedua bulan Dec 2019, kami mendaftar penapis air Coway yang baru. Pada minggu ketiga bulan Dec 2019, barulah technician Coway datang untuk memasang penapis air Neo CHP-260. Yang pelik sedikit, pada bulan Dec 2019 juga, kami bayar dua kali iaitu RM113 (penapis air Coway yang lama iaitu Villaem I) dan RM85 (penapis air Coway yang baru iaitu Neo CHP-260N). Mujur pada bulan Januari 2020, tiada penolakan dibuat.




Okay, sekian cerita kami dengan Coway. Semoga pengalaman ini memberi manfaat kepada sesiapa yang mahu trade in penapis air Coway. Terima kasih.