TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

10 Feb 2020

Beriadah di Taman Tugu Negara

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Sila rujuk laman web ini untuk pengetahuan yang lebih lanjut Taman Tugu Negara

Kami tertarik dengan tempat riada yang paling baru di Kuala Lumpur iaitu Taman Tugu Negara. Adakah sesuai untuk membawa anak-anak beriadah di sini? Jawapannya YA ! tetapi saya ingin maklumkan tidak sesuai membawa stroller ya. Manalah tahu kalau rasa-rasa ada yang teringin nak bawa. 

Sebagai kata alu-aluan, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang Taman Tugu Negara (TTN). Idea asal kawasan yang seluas 66 ekar untuk dijadikan tempat pelancongan dibawa oleh pihak Khazanah. Pembukaan TTN bukan untuk mengaut keuntungan kerana kita tidak perlu membayar untuk masuk ke sini. Usaha mereka seperti memelihara Hutan Hujan Malaysia yang mempunyai lebih 1000 jenis spesis flora dan fauna memang wajar dibanggakan. Pihak Khazanah bekerjasama dengan FRIM (Forest Research Institute of Malaysia) untuk menjayakan hasrat ini. Selain itu, lebih daripada 4000 pokok yang umurnya lebih kurang 8 hingga 10 tahun ditanam di sini. Pokok-pokok ini kebanyakannya dalam spesis terancam seperti yang diishtiharkan oleh IUCN (International Union for Conservation of Nature). Contoh pokok-pokok adalah seperti Keruing, Meranti dan Mersawa. Ada sesetengah pokok datangnya dari Nursery di Tg Malim. Okay selebihnya baca sendiri. Hehe. 

Kalian boleh parking di tiga tempat seperti gambar di bawah.

1. Parking di Taman Tugu Nursery
2. Parking di Padang Merbok Carpark
3. Parking di Lake Gardens Multi Storey Carpark

Kalian hanya perlu waze / google map sahaja tiga tempat ini, insha Allah jumpa ya. Parking di Taman Tugu Nursery yang bertanda kuning adalah bonus kerana di sini ada fasiliti seperti tandas, surau dan kedai menjual air minuman. Parking agak banyak. Kalau sudah tiada parking di situ, kalian boleh parking di tepi-tepi jalan dan tidak dikenakan saman (setakat ini). 


Kami memilih parking di tempat yang bertanda kuning. Sungguhpun begitu, ingin saya kongsikan yang bertanda E1 seperti pada gambar di bawah adalah tempat letak parking utama. Kami pula parking di kawasan yang bertanda E2. Kawasan ini tidak berapa luas tetapi boleh juga parking di atas tar batu kerikil. Kami bermula di Check Point atau CP10. 

                                     

Peta lokasi atau peta Trill memang ada di setiap CP, petanya sangat mudah dibaca. Jumlah CP ialah 24 sahaja. Konsep digunapakai di sini, jika kita malas hendak lalu semua jalan, ada jalan pintas disediakan untuk kita skip, seperti konsep di IKEA. Hehe... Ada sesetengah CP juga disediakan tempat berehat iaitu kerusi dan juga buaian. Di sepanjang perjalanan, kalian boleh lihat banyak pokok yang dilabel terutamanya pokok yang agak sukar dijumpai. Ada juga pokok biasa seperti pokok kelapa sawit, pokok pisang dan pokok nangka. Pokok kelapa sawit dikatakan tinggalan zaman British dahulu. Lama juga pokok kelapa sawit ini hidup ya? (pelik jugak ni. hehe) 

sangat bersih seperti ada orang yang menyapu daun-daun kering!






Di sini juga ada konsepnya pilihan terletak di tangan sendiri. Kalian boleh pilih laluan biasa atau laluan alternatif. Laluan alternatif selalunya lebih sukar. Your Life Your Choice kekdahnya. Selain itu, ada juga banyak lagi laluan alternatif yang tidak ditanda. Mungkin kalian boleh cuba tapi saya tidak jamin boleh sesat atau tidak.

laluan bertangga yang kemas dan teratur.

bergambar kenangan di hadapan pintu masuk entrance E2. Gambar di ambil oleh seorang pengawal keselamatan yang bernama En Rosli, sangat peramah orangnya. 


Selepas itu, kalau kalian terasa hendak melawat Tugu Negara boleh teruskan perjalanan sejauh 300m dan boleh ambil gambar. 

Kami tidak berhenti di sini kerana semasa kami berhenti hendak bergambar, datangnya tiga buah bas pelancong asing, dek takutkan Coronavirus, kami terpaksa hentikan niat murni ini. Huhu 



Tempat-tempat lain yang menarik berdekatan dengan Taman Tugu Negara


Okay, semoga boleh menjadi salah satu tempat nak bawa anak-anak beriadah pada hujung minggu ya. Terima kasih 

No comments: