TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

9 Jan 2020

Saya Menikmati Pelan Internet Maxis Tanpa Had Dengan Hanya RM49 !

Assalam wbt dan Hi

SHOPEE KAKNA

Beribu-ribu taniya kepada saya dan Bang Ajid kerana telah kembali ke pangkuan Maxis selepas 6 tahun meninggalkan Maxis. Selepas kami tidak bekerja di Maxis, kami menggunkan khidmat Celcom, Digi dan Umobile. Semua kami pernah rasa tetapi yang paling setia adalah Umobile, selepas Maxis kerana Umobile menawarkan pelan GX50 Giler unlimited internet dan unlimited call dengan harga RM50 saja !!! 

Masa itu, untuk kembali kepada Maxis sangat mustahil. Haha sebab Maxis mahal gila ya hampun! Paling mampu milik MaxisONE Plan 98 tapi itupun, internet 30GB saja. Mana maunya 30GB nak cukup untuk memenuhi nafsu serakah saya hendak menonton drama Korea. Setiap bulan pun saya mesti akan habiskan dalam 50GB untuk melayan semua drama. Jadi itu yang saya pilih Umobile .Sungguhpun Umobile murah, mereka mengehadkan kelajuan internet kepada 5Mbps saja! boleh hidup ke dengan kelajuan seperti itu? Jawapannya, boleh saja cuma kadang-kadang loading. kena sabar, jangan sampai baling handphone tau! hehe. 

Kenapa saya suka sangat dengan Maxis? Sebab kelajuan internet tidak dihadkan. Maka, apabila tidak dihadkan, kapasiti internet yang digunakan setiap masa lebih cepat habis dan kalau kita membeli internet tambahan, maka betambahlah bil yang kita perlu bayar. Haha. pandaikan Maxis? Selain itu,  kita boleh mengakses rangkaian Maxis di mana-mana. Best ke Best? 

Jadi, oleh sebab Bang Ajid pelanggan setia Jalur Lebar Maxis (Maxis Home Fibre) maka customer service mereka telah menawarkan Pelan MaxisONE Prime! 




Apa itu MaxisONE Prime? Pakej ini termasuklah: 

Pelan Maxis Home Fibre = RM89 (30Mbps) 
Any MaxisONE Plan = RM98
2nd line MaxisONE Plan = RM49

Konsep MaxisONE plan jadi unlimited hanya tertakluk kepada jika anda melanggan Maxis Home Fibre terlebih dahulu. Jika anda tidak melanggan Maxis Home Fibre, maka MaxisONE Plan adalah seperti yang tertera kepada pakej biasa. contohnya, MaxisONE Plan RM98 untuk 30GB internet saja.

Kisahnya berbeza apabila kami memang sudah melanggan Maxis Home Fibre, jadi offer yang Maxis sediakan ini memang betul-betul dibuat khas untuk kami. Hehehe. oh ya, untuk postpaid main line dan second line atau supplement line, automatik menerima unlimited call dan unlimited internet. Perkara ini tidak berlaku serentak. Pengaktifan pelan ini akan berlaku kepada main line terlebih dahulu kemudan barulah second line.

Nak ditambahkan cerita lagi, nombor asal (rangkaian Umobile) atas nama saya tetapi apabila hendak didaftarkan kepada rangkaian yang baru (Maxis) atas nama Bang Ajid (main line) tidak boleh. Jadi apa kami buat? Kami pergi ke Umobila untuk tukar nama nombor saya kepada nombor Bang Ajid. Kemudian, call customer service Maxis untuk menghantar request message mahu keluar daripada Umobile. i said YES! Then, puff!!! hoyyeh selepas 24 jam saya sudah menjadi pelanggan postpaid Maxis. 




Main Page untuk Aplikasi Maxis. 


Aplikasi ini juga hanya boleh di login oleh Main Line sahaja. Dalam aplikasi ini, Main Line iaitu Bang Ajid boleh:
1) memantau penggunaan internet setiap hari.  
2) boleh menukar cara menerima bil dengan surat atau email 
3) boleh mengehadkan penggunaan internet untuk 2nd line / supplement line 

Second Page untuk Aplikasi Maxis

Menarikkan? Jadi, dapatkan segera ya Pelan MaxisONE Prime.


Terima kasih!

No comments: