TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

20 Jan 2020

DIY Hantaran dengan Menggunakan Barang Dari Kedai ECO RM2

Assalam wbt dan Hi,

Yang ini bukan hantaran aku tetapi kakak aku yang buat. hehe. Okay semuanya memang boleh didapati di Kedai ECO RM2.10 ya. Korang perlu cari dengan lebih fokus kerana barang ECO memang banyak sangat. Belilah semua barang seperti yang ada pada gambar pertama.


1) dulang hantaran (darab 2) kiralah berapa dulang yang korang nak buat
2) Bunga sesedap rasa
3) Bebulu atas dulang (yg letak anak panah)
4) Balang pink (untuk letak cookies)
5) Riben secukup rasa
6) Salotape
7) Gam UHU / Gam yg lagi melekat
8) dawai bunga



Dulang besi hantaran darab dua ya. Lekatkan atas dan bawah. 


Kos sepenuhnya utk satu dulang jatuh harga RM18. Kalau korang sewa, RM20 - RM25 paling murah untuk sebuah dulang. Your life, your choice!


Sebenarnya memang boleh guna barang-barang murah untuk dijadikan dulang hantaran. Namun bagi pendapat aku, kalau kau tak berapa nak kreatif sebenarnya itu adalah masalah besar untuk buat DIY. Mungkin boleh jadi tapi hasilnya cantik atau tidak, aku tidak boleh jamin. Kalau rasa-rasa tak berapa kreatif atau tiada masa, aku nasihatkan untuk menyewa saja dulang hantaran. hehe...Sebab nak buat pun leceh juga. 


Sekian, terima kasih. 

No comments: