TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Jan 2020

Kelebihan Coway Jenis Air Mineral untuk Akuarium

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Kalau korang ada Coway yang mempunyai air jenis mineral, korang boleh terus bawa masuk dalam akuarium kerana air ini sangat sesuai untuk ikan air tawar. Best sangat! Sangat mudah!

Coway kami jenis Neo CHP-260N


Cecair anti klorin

Suka saya ingatkan tugas cecair anti klorin adalah untuk meneutralkan air dan menghilangkan klorin dalam air. Klorin boleh menyebabkan ikan mati kerana ianya bertindak sebagai racun. 

Sebaldi air selepas dimasukkan cecair anti klorin


Kalau korang tiada Coway jenis air mineral, korang kena buat air anti klorin sendiri secara manual. Contohnya korang kena campurkan dalam ukuran 1 penutup cecair anti klorin ke dalam baldi. Biarkan dalam masa 30 minit sebelum dimasukkan ke dalam akuarium. Oh ya, yang menjadi sangat leceh kerana jumlah cecair anti klorin yang diperlukan untuk sebaldi air mungkin terlebih atau terkurang. Kalau terlebih, ikan-ikan korang boleh mati dek kerana terlebih bersih dan tiada bakteria langsung. Kalau terkurang pula, mungkin air itu agak kotor sebab banyak klorin. 

Disclaimer : Oh ya, kalau korang ada air Coway jenis RO, suka saya ingatkan ikan tidak boleh hidup menggunakan air RO. Kami pernah cuba dan ikan seperti tidak boleh bernafas.  Jadi better tak payah kot.

Jadi air Coway sangat-sangat membantu kami !  Saya suka! saya suka!


Cubalah.....




Sekian terima kasih!

No comments: