TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

29 Oct 2019

Sarapan Roti Canai di Warung Pak Ayub Seksyen 20 Shah Alam

Assalam dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Pagi ini kami bersarapan di Warung Pak Ayub yang famous lagi amos dengan menu nasi lemaknya. Namun pagi ini kami memilih untuk makan roti canai versi roti tampal. 

Roti tampal di sini sejenis roti goyang iaitu telurnya tidak masak dan bergoyang-goyang di bahagian atas roti canai. haha. Harga untuk dua pinggan roti tampal dan dua gelas teh tarik kurang manis ialah RM7.40. Harga memang agak mahal di sini, bagi saya kerana warung ini sudah well known. Kita hanya perlu menunggu di meja untuk diambil order. Lambat atau cepat bergantung kepada keramaian pelanggan pada hari tersebut. So far tidak terlalu lama menunggu. 

Komen saya, warung ini agak kotor dan pekerja kurang ramah, bila ditanya, mereka menjawab dengan nada marah. Ya saya tahu, encik-encik penat tapi saya pun tanya elok-elok. Yang positif ialah pantas membuat roti canai. Haha.. tang kesedapan, vote tertinggi saya masih Warung Pak Ali Batu Tiga ya.... 


Sekian terima kasih

24 Oct 2019

Catatan Muslim Village di Phnom Penh, Cambodia


Assalam dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Catatan ini agak panjang.
.
Beberapa hari yg lalu kami berpeluang melawat Muslim Village di Kemboja, yang berusia lebih kurang 5 tahun. Sefahamnya kami, sebelum ini mereka tinggal di tempat lain dan kerajaan benarkan mereka tinggal di sini untuk sementara waktu. Oleh itu, tanah mereka berstatus "leased hold" yangg bermaksud bila-bila kerajaan mahukan tanah tersebut, dan-dan itu mereka terpaksa pindah. Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Daif sangat yang saya belum pernah jumpa lagi keadaan ini di Malaysia. Maafkan kami kerana tidak terlalu prihatin di negara sendiri. Mereka di sini hanya boleh berbahasa Khmer atau Kemboja sahaja jadi agak sukar untuk berinteraksi dengan mereka. Majoriti hanya berkerja sebagai nelayan. Nelayan pula ada waktu ke laut iaitu 9 bulan ke laut dan 3 bulan cuti kerana air pasang, kerajaan mereka mengharamkan sesiapa untuk turun ke laut. Waktu cuti 3 bulan itu ditampung 9 bulan yang berkerja tadi.

tempat membasuh kain dan mengambil wuduk

Kawasan ini memuatkan lebih kurang seramai 250 orang. Mereka mempunyai surau berwarna biru atas ikhsan pelajar Malaysia ketika membuat lawatan suatu masa dahulu, kredit pelajar Universiti Texas Malaysia. Mereka membasuh baju bergilir2 kerana air yang dipam terus dari sumber Sg Mekong hanya dua buah, boleh lihat bekas berwarna biru. Bilik air pula kongsi beramai2. Pam yang pecah di bawah surau ketika air pasang yg lalu sebenarnya bekalan utk mengambil wuduk.

Dalam gambar ialah Imam Yusuf, ketua agama Islam di Muslim Village Phnom Penh

bahagian di dalam surau

Tong biru (bekalan air wuduk) yang pecah kerana musim tengkujuh tersadai di bawah surau

close up tong air yang pecah berharga USD650

rumah yang baru dibina

Setiap tahun ramai orang kaya di Malaysia yang menderma untuk bersedekah daging Qurban kepada mereka. Bagi pendapat kami yang jujur dan merendah diri, sebenarnya bukanlah daging qurban yang mereka minta tetapi lebih kepada membaikpulih infrastruktur kawasan rumah mereka. Semasa kami melawat, ada juga yang sedang membina rumah, sangat mudah, berkemungkinan sehari sudah siap kerana hanya memakai beberapa batang paku untuk lantai dan dindingnya menggunakan tali utk mengikat kanvas. Kanvas itu, macam kanvas percuma oleh sebab ada keraian di bandar. Hujan boleh terlalu sejuk, panas boleh jadi terlalu panas.

Rumah mereka adalah tempat berlindung ketika hujan dan panas. Semasa musim air pasang pula, mereka 3 bulan tidak keluar rumah. Yang tinggal dalam bot pula, pagi petang siang malam memang dalam bot saja. Tetapi harga bot mahal juga, dalam anggaran USD250. Tidak ramai pula yang memiliki motosikal.

Pendidikan hampir tiada kerana yuran sekolah agak mahal. Kalau belajar tinggi2 pula, peluang pekerjaan tidak banyak. Ada yang kami jumpa, belajar tinggi-tinggi di Mesir tetapi apabila pulang ke Cambodia tiada kerja dan akhirnya bekerja sebagai Tuk Tuk Driver. Gaji di sini juga agak rendah berbanding Malaysia. Barang mentah pula agak mahal. Contoh, gaji cikgu hanya USD250. Harga barang seperti kita, contoh gaji RM250 tapi harga beras RM10 5kg. Macam mana nak cukup? Jadi terpaksa mereka buat 2,3 pekerjaan dalam satu masa yang sama.

Hospital ada juga yg percuma cuma agak lambat servis tidak seperti Malaysia kata jurucakap Muslim Village. Kalau di Malaysia, lambat saja ada yang akan viralkan muka doktor dan nurse.🤭

dari kiri ialah En Arifin, Imam Yusuf dan Mr Y

bilik air yang dikongsi beramai-ramai 

Jurucakap kepada Muslim Village, En Arifin ini ialah menantu kepada Imam surau, Imam Yusuf. En Arifin asalnya beragama Buddha tetapi akhirnya memilih utk kembali kepada Islam ketika menetap di Malaysia. Alasannya, orang Islam yang dia jumpa baik-baik belaka. Namun, malang tak berbau, semasa di Malaysia, dia dipaksa balik ke negara asal jika tiada dokumen yang sah. Dia dan isterinya kembali ke Kemboja. Di sana, dia jadi orang tengah untuk orang Muslim Village yg mahu menjual ikan dan juga jadi jurucakap kerana boleh berbahasa Melayu, Inggeris, Kemboja, Vietnam dan Mandarin. Mujur selepas En Arifin berada di sini, kehidupan mereka lebih baik kerana memudahkan urusan orang luar yang ingin menghulurkan bantuan. Dengan izin ALLAH, digerakkan hatinya untuk kembali kepada Islam dan membantu mereka yang memerlukan. Alhamdulillah.

Yang aku kagum, walaupun kedaifan mereka melampau-lampau tetapi mereka masih beragama Islam dan yakin dengan rezeki Allah. Kalau hendak dibandingkan dengan rakyat Malaysia mungkin jauh juga. Mungkin saja sebab kami tinggal di kawasan bandar. Kesimpulannya kita perlu bersyukur dilahirkan di tanah Malaysia dalam kalangan keluarga yang mungkin tidak kaya tetapi tidak susah seperti mereka. Kalau boleh, jangan terlalu merungut dan bersyukur seadanya.

Oh ya, driver tuktuk kami juga ada menyatakan, setiap USD1 yang kami bayar untuk kos tuktuk akan disumbangkan kpd Muslim Village. Jadi yang nak datang sini, boleh contact driver tuktuk yang bernama Seth. Kalau ada kawan2 yg mahu membuat saham akhirat dgn mewakafkan sejumlah duit, jangan malu jangan segan utk PM tepi.


di sekitar kampung yang becak

kampung yang penuh dengan manusia yang memerlukan bantuan




Sesiapa yang ingin pergi ke Phnom Penh Cambodia, boleh whatsapp dengan TukTuk Driver kami, Mr Seth, +85511307157 , Insha Allah bagus orangnya. 



Dan gambar terakhir ialah gambar penulis bersama Bang Ajid


Terima kasih.


23 Oct 2019

Parking Terdekat untuk ke KLIA 1 dan KLIA 2


Assalam dan Hi,


Hari ini saya ingin kongsikan beberapa cara untuk ke KLIA 1 atau KLIA 2.


1.PUTRAJAYA SENTRAL (PARK AND RIDE)

Parking fare atau harga yang dikenakan untuk parking kereta di Putrajaya Sentral adalah berbeza mengikut jam. Kadar RM 2 pada 6pagi – 1259tengah malam dan RM 4 pada 1pagi – 5.59pagi. Kita perlu parking dengan kad touch n go dan dinasihati untuk mempunyai baki RM20 sekurang-kurangnya ketika touch masuk. Touch n go reader pada pintu masuk agak lambat hendak mengesan kad kami, jadi kena buat dua tiga kali jugalah.

Jika korang merancang percutian pada waktu hari berkerja, aku nasihatkan agar korang terpacak di sini seawal jam 5 pagi. Kalau agak lewat, lebih daripada jam 7 pagi, mungkin korang akan susah hendak jumpa parkir yang kosong. Jadi korang terpaksa tunggu di hadapan pintu lif dengan harapan ada sesiapa yang akan keluar daripada parkir. Nasib kami baik kerana, kami hanya menunggu dalam 30 minit untuk mendapat parkir.
Tiket ERL terawal adalah seawal jam 4.52 pagi. Kalau korang beli tiket guna kiosk dengan menggunakan debit kad, korang boleh dapat 10% diskaun daripada jumlah pembelian tiket tetapi kalau korang beli dekat kaunter, tiadalah diskaun. Kadar harga tiket ERL dari Putrajaya Sentral ke KLIA ialah RM9+.

Contoh, bercuti 1 – 3 October ; 

Kadar RM6 x 3 hari = RM18

Kadar harga ERL pergi dan balik Putrajaya Sentral <> KLIA = (RM9.40 x 2 dewasa x 2) + (RM4.20 x 2 kanak-kanak x 2) (utk return ticket) = RM54.40

Jumlah perlu dibayar = RM18 + RM54.40 = RM7
gambar ehsan google



gambar ehsan google



Nota tambahan, ada juga bas dari Putrajaya Sentral ke KLIA tapi agak leceh apabila ingin membawa barang yang banyak dan anak-anak.


2.TERMINAL BERSEPADU SELATAN

Parking fare di sini sudah dikemaskini menjadi lebih murah berbanding terdahulu. Untuk hari pertama, kadarnya ialah RM10 dan hari-hari berikutnya berkadaran RM6 sehari. Tidak kiralah korang check out bila2. Flat rate kiranya.

gambar ehsan google

Contoh, bercuti 1 – 3 October ;

Kadar = RM10 (hari pertama) + RM6 (hari kedua) + RM6 (hari ketiga) = RM22
(Suka saya ingatkan, harga ini ialah flat rate. Tidak kiralah pukul berapa kita check out, hari tersebut dikira sehari)

Kadar harga ERL ke KLIA ialah RM38.40 iaitu sangat mahal. Jadi saya cadngkan kita pergi ke KLIA dengan menaiki bas. Tiket bas lebih murah iaitu RM11 untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak.  

Jadi Jumlah perlu dibayar = RM22 + RM22 x 2 (return ticket dewasa) + RM11 x 2 (return ticket kanak-kanak) = RM88


3. PARKING DI KLIA

Parking fare di sini sangatlah mahal. 3 hari pertama RM46 setiap hari. Hari-hari berikutnya ialah RM20 setiap hari. Memang dekat, tapi mahalnya sangat2 untuk orang berjimat macam saya.

Contoh, bercuti 1 – 3 October ;
Kadar RM46 x 3 hari = RM138
Tol = RM4.70 x 2 = RM9.40
Minyak = RM10
Jumlah = RM138 + RM9.40 + RM10 = RM157.40

ataupun jika kalian rasa, parking sangat mahal, saya cadangkan untuk naik GRAB sahaja.

gambar ehsan google

4. GRAB

Naik Grab pun boleh jadi satu pilihan untuk kita ke KLIA. Tambang sehala ke KLIA dari mana-mana kawasan di Klang Valley ialah RM65 tidak termasuk tol. Tol pun diorang akan charge under receipt kita.

Contoh, bercuti 1 – 3 October ;

Kadar RM65 x 2 (return) = RM130
Tol = RM4.70 x 2 = RM9.40
Jumlah = RM130 + RM9.40 = RM139.40



Tepuk dada, tanya selera!

21 Oct 2019

PAC Pegawai Penguatkuasa KP41


Assalam dan Hi,


Saya hanya ingin bercerita pengalaman saya tentang ujian fizikal (PAC) Pegawai Penguatkuasa untuk gred KP41 tempoh hari. Ujian ini diadakan di Bangi dan masa adalah sama untuk Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Selepas sesi pendaftaran, tunggu nama sehingga dipanggil. kita akan buat semua perkara yang tertulis di atas kertas. Contoh, kiraan berat, tinggi, BMI, mata, bangkit tubi, lari 2.4km (hanya di dewan sahaja). Malang sekali saya nak bagitahu kalau korang rabun, silap besar nak datang sebab memang akan gagal. hihi... jawatan Pegawai Penguatkuasa seakan-akan Unit Beranggota, jadi tidak boleh rabun. 

Saya saja nak kongsi, jangan tipu dengan memakai kanta lekap / contact lense (walaupun hanya sebelah mata!) sebab bila mereka (pegawai penemuduga) check memang strict. mereka akan check guna lampu suluh dan memang akan kantoilah nanti. 

Good Luck kepada sesiapa yang berjaya....! 




Sekian Terima kasih.

18 Oct 2019

Aplikasi Syok Memang Betul-Betul Syok!

Assalam dan Hi


Senangnya ada Aplikasi Syok. Korang boleh muat turun di Google Play Store atau Apple Apps Store secara percuma! Mudah sangat! kalau dahulu, saya perlu pergi ke laman web Sinar untuk menaip SINAR ONLINE tetapi kini saya hanya memilih aplikasi Syok dan boleh dengar secara terus. Sukanya saya! haha


pelbagai channel radio kita boleh dengar.

Channel Radio yang kita boleh dengar ialah
1. Sinar 
2. Raaga
3. Gegar
4. Melody
5. Zayan
6. Goxuan
7. ERA (sabah)
8. HITZ (sabah)
9. MY (sabah)
10. ERA (sarawak)
11. HITZ (sarawak)
12. MY (sarawak)
13. SYOK Bayu
14. SYOK Gold
15. SYOK India Beat
16. SYOK Jazz
17. SYOK Kenyalang
18. SYOK Opus
19. SYOK Osai
20. SYOK Classic Rock


Sekian Terima kasih.

15 Oct 2019

Itinerari Percutian ke Cambodia, Oktober 2019

Assalam dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Hari ini saya akan berkongsi itinerari percutian kami ke Cambodia. Cerita lengkapnya belum sempat hendak mengulas sementelah gambar-gambar pun masih belum dipindahkan ke laptop dan external hard disc. Nanti bila ada masa, saya akan kongsikan. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! (bajet artis ke ada orang nak baca)















































Terima kasih.

11 Oct 2019

Berjalan-jalan ke G2G Animal Garden MAEPS Serdang

Assalam dan Hi,

Bulan Julai yang lalu, kami berkunjung ke G2G MAEPS Serdang. Boleh waze ya.

Info ringkas tentang tempat ini
1. Berada di kawasan UPM Serdang, bersambung dengan highway SKVE
2. Anggaran 60 jenis binatang di sini
3. Sesuai untuk semua golongan
4. Dibuka setiap hari
5. Harga tiket G2G MAEPS untuk dewasa ialah RM20 dan RM15 bagi kanak-kanak yang berketinggian lebih daripada 90cm. 

Sekarang tiket G2G MAEPS Serdang pun boleh beli di SHOPEE. Tak sangka betul ya kita. Tapi harganya mahal sikit. Dewasa RM25 dan kanak-kanak RM20. Aku pun tak berapa pasti kenapa harganya lain. Cuma validnya 3 bulan lah. 



ada kuda pony atau kuda padi. ada juga kuda untuk ditunggangi. sekali naik RM5, boleh bayar di kedai kakak yang menjual air. kemudian bawa kupon tersebut ke penjaga kuda untuk naik kuda. budak-budak saja boleh menunggang kuda. 

ada rumah kucing

ada bintang yang pelik tapi tiada tanda nama



arnab yang comel dan baik

selain kura-kura, reptilia ini saja yang mampu saya ambil gambar. yang lain-lain terlalu geli sampai tercampak handphone hahahaha

ada kawasan reptilia dan boleh pegang ular juga kalau nak. tapi kami malu-malu kucing hehe

siap boleh letak kat tangan. tapi dia mencengkam kuat ya... hati2 tapi dia tidak mematuk kita. Staff sangat ramah kerana akan memberi penerangan jika kita bertanya

ada biri-biri yang sangat mesra, kalau kita datang mengembek tanda "welcome!"

dari pintu masuk

beberapa jenis burung

Review daripada kami
1. Kawasan sangat bersih! sangat terjaga! bilik kucing pun wangi
2. Banyak sangat binatang tapi sesetengah binatang yang kita tak berapa familiar itu tiada tanda nama. nak google pula tak tahu dan nak tanya staff pula, bukan semua station ada staff
3. Ada tempat berhenti rehat untuk membeli air, roti dan aiskrim. Air serendah RM1.50 dan roti serendah RM1. Tempat berehat ini juga ada kerusi dan kipas dan berbumbung. heehe
4. Bagus sebab banyak binatang yang menarik. Antaranya ialah burung unta, racoon, kambing biri-biri, burung-burung, kucing, hedgedog, guinea pig, rusa, burung cenderawasih, burung merak dll
5. Parking banyak sangat jadi jangan risau
6. Waktu weekend mungkin bertembung dengan kanak-kanak dari sekolah tadika/taska yang menyertai rombongan sekolah
7.  Jurukamera yang mengambil gambar kami sekeluarga sangat profesional! haha. dia tahu gambar yang mana yang membuatkan orang akan terpaksa membeli juga gambar tersebut! 
8. Harga RM20 mungkin terlalu mahal tapi nasib baik fasiliti okay, so boleh dipertimbangkan.


Sekian terima kasih. 


10 Oct 2019

Tempat Tarikan Terdekat dengan Homestay Sungai Udang Melaka (Banang Amas Homestay)

Assalam dan Hi,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tempat tarikan terdekat dengan Banang Amas Homestay Sungai Udang Melaka. Rujuk post sebelum ini (LINK)



1. Pantai Puteri (7km)
gambar ehsan google

2. Tanjung Bidara (16km) Boleh rujuk kepada post saya sebelum ini (LINK)
gambar ehsan google


3. Pantai Pengkalan Balak (15km)
gambar ehsan google


4. Pantai Klebang (12km)
gambar ehsan google


5. Bandar Melaka (22km)
gambar ehsan google

6. Kompleks Falak Al Khawarizmi (15km)
gambar ehsan google


7. Sungai Udang Recreational Forest (4km)
gambar ehsan google


8. MRSM Terendak (5km)
gambar ehsan google


9. Sungai Udang JAPERUN (4km)
gambar ehsan google


10. Bandar Sungai Udang (4km)

11. Petronas Penapisan Melaka PPM (1.5km)
gambar ehsan google


12. Tropical Farm Sungai Udang (ada Zoo boleh rujuk post saya sebelum ini) (LINK)
gambar ehsan google



Fasiliti yang berdekatan adalah seperti:-
1. Masjid terdekat, Masjid Tun Ghafar Baba (650m)
2. Sek Keb Sg Udang (3km)
3. Fast food (KFC, Pizza) (2km)
4. Kedai Makan (2km paling dekat)
5. Penjara Sungai Udang (1km)
6. Stesen Minyak Petronas (2km)
7. Sek Agama Al Ahmadi (100m)
8. Kem Terendak Melaka(5km)
gambar ehsan google



Yang paling penting, ada free wifi, 100Mbps!!!



Jemput datang ya!