Assalam wbt
Pada hujung minggu yang lalu, kami mengambil peluang untuk
ke Pantai Morib bersama Keluarga Nisa. Sebenarnya, kami mengikut Keluarga Nisa
ke Majlis Walimatulurus kawan mereka. Nisa sebenarnya nama kepada anak kawan
kami, Zaki dan Intan. Nisa merupakan kawan kepada Naqib dan Nasuha. Nasuha dan
Nisa adalah sebaya.
Kami sangat beruntung kerana cuaca tidak panas dan air
sedang surut. Kami berjalan agak jauh merentas pantai yang seluas-luasnya.
Mungkin sejauh satu kilometer dari pantai yang asal semasa air sedang pasang.
Naqib berlari sepuas-puasnya. Seronok bukan main. Tidak lupa untuk melihat
ketam-ketam kecil sedang mencari sarang.
Kami dapat melihat Sepang Gold Coast di sebelah kanan dan
Pusat Penapisan Petroleum di Port Dickson di sebelah kiri. Lain kali apabila
mahu datang ke sini, perlu lihat jadual Air Pasang dan Air Surut di Laman Web Rasmi Jabatan Meterologi Malaysia. Mereka tidak ramal di bahagian
Pantai Morib tetapi mungkin boleh sasarkan di Port Klang kerana menghala ke
Selat Melaka yang sama.
Selepas puas bermain, Naqib dan Nasuha wajib menukar baju.
Kami solat. Kemudian menikmati goreng pisang dan makanan bergoreng yang lain di
kedai makan berdekatan. Tidak lupa juga air kelapa muda. Memang nikmat !
Sampai jumpa lagi.
Terima kasih.