TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

26 Sept 2018

Nota Sales and Service Tax (SST)

Assalam wbt

Pagi tadi kami mendengar taklimat SST drp CFO.

Buat nota supaya tidak lupa.


DDP - with Sales and Service Tax. DAP - without Sales and Service Tax. 


Thanks.

18 Sept 2018

Melawat Pusat Sains Negara 2018

Assalam wbt

Saya selalu confuse dengan Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium 2018. PSN lebih kepada aktiviti-aktiviti Sains yang melibatkan Fizik, Kimia, Mekanikal dan Matematik.

Harga masuk RM6 untuk dewasa. kanak-kanak, RM4 untuk 6 tahun ke atas (kot), maaflah saya dah lupa. sebab Naqib baru umur 4 tahun. Menarik betul aktiviti di sini.

boleh tengok gambar di bawah. kami menghabiskan masa selama lebih kurang dua jam di sini. agak lama juga.. oh ya, jangan risau, ada toilet di dalam. ada juga playground yang agak besar. then, ada juga kafe di sebelah bangunan PSN. yang penting dengan tiket tu, boleh keluar masuk dalam masa sehari. jadi jangan risaulah kalau nak ke tempat-tempat lain.









ada piano gergasi...




nampak tak tu, ada aktiviti elektrostatik. eh macam-macamlah. susah nak tulis satu-satu. datanglah sini....

pintu masuk dia bergerbangkan bumbung akuarium. menarik gila!!!! bebudak memang enjoy sangat. 

ada bahagian budak-budak kecil seusia 2-4 tahun,...

sebenarnya ada juga tayangan juga berkaitan sains. tiket boleh dibeli di pintu masuk berharga RM4. tapi kami tak join sebab susah nak bawak bebudak ni masuk sini. parking disediakan sangat banyak. kalau tak jumpa, boleh ke kawasan parking bersebelahan yang boleh dilalui dengan jejantas.



okay lepas ini bolehlah datang ke sini ye... bawak anak-anak ke sini...

13 Sept 2018

Kafe Meowning, Batu 9 Cheras

Assalam wbt

Sambungan hari semalam.

Kami pergi ke Kafe Meowning Cheras berpandukan Waze. Mereka sudah register di Waze, jadi confirm boleh Waze atau Google Map. Jadi, saya tak share alamat ye.

Saya ada juga survey beberapa Cat Cafe di Klang Valley.
1. Kopicat Cafe SS15 - sudah tutup forever
2. Si Tompok Cafe Bangi - ditutup sementara
3. Mypurradise Cafe, TTDI - Isnin tutup, jadi boleh pergi next time
4. Cat Cafe Seksyen 7 - ditutup forever (tak ingat nama)
5. Cat Cafe Seksyen 13 - ditutup forever (tak ingat nama)
6. Cat Cafe Bangi - yang ni belum tutup, tapi lupa nama dia apa.


Okay, sementara itu, saya komen dulu tentang Meowning Cafe.
1. mudah dicari, serious mudah sangat
2. dekat dengan McD dan gerai-gerai makan dan mini Mydin. haha,,mudah
3. tempat tidak terlalu luas
4. harga RM7 seorang untuk 30 minit, tidak kira umur berapa pun. cumanya, bawah 3 tahun tak perlu bayar
5. ada kafe di situ, tapi kafe tidak beraircond
6. ada toilet cat
7. ada toilet, surau dan singki untuk kita, manusia. hihi

komen-komen lain
1. mungkin kena letak blower or something yang boleh menyedut udara dedak si bulus keluar dari tempat tersebut. sebab beraircond dan bertutup, bau kurang menyenangkan sedikit
2. kucing tidak berapa mesra, dan ada yg malas. (eh eh ini bukan boleh diperbaiki... ini masalah si bulus..... hihi)
3. bulu si bulus berterabur di sana sini.
4. mungkin boleh murahkan sedikit harga, RM5 untuk setiap 30 minit. (ya, saya faham untuk sustain tempat ini bukannya mudah... tapi maybe boleh perbaiki)

cadangan
1. maybe boleh buat kad cetak discount yg orang selalu buat itu.. kad kupon ya nama dia. sekali datang, chop ke-1, kali kedua, chop ke-2... sampai chop ke-7 contohnya, boleh redeem
2. maybe untuk pelawat kali kedua, ada discount RM2
3. maybe kalau beli food / beverage dari cafe, ada discount untuk tengok si bulus
4. maybe discount-discount ini perlu ditulis di IG
5. lebih kerap update IG
6. itu je mampu difikirkan......


pintu masuk ke kedai barang keperluan kucing.

ada banyak tempat nak berehat untuk si bulus 

kucing comel tapi kebanyakannya garang wey



yang ini tak garang tapi dia tak suka dipegang dibelai dan dimanja. dia prefer duduk saja-saja. hehe


itu

banyak kauuu nama dia. aku nampak nama bos aku... hehehehhehehehehehhehee



ada tangga tu, sempit sedikit untuk ke bahagian atas. hati-hati....


lepas keluar dari kafe ni, Naqib request nak satu si bulus, color hitam. hadoi lah hai...


okay itu saja kot... jemputlah datang. menarik untuk bawa anak-anak kecil. kalau orang yang anti atau fobia bulu kucing, jangan datang, sebab nanti sesak nafas kang. 

12 Sept 2018

Kucing Comel di Kafe Meowning

Assalam wbt

Hari ini nak kongsi gambar kucing-kucing yang comel.
Besok saya akan tulis entri penuh ya.




11 Sept 2018

Rumah Biru Kampung Bharu

Assalam wbt

Kalau ada sesiapa yang teringin nak ambil gambar di rumah warna biru di Kampung Bharu, boleh waze "Jalan Salleh", insha Allah jumpa. Rumah masih color biru. kali pertama lalu di sini semasa zaman internship tahun 2009, masa tu owner rumah belum cat baru. now, dah cat baru tapi still warna biru yang sama supaya orang ingat kot. hehe.. Rumah biru ini menjadi lokasi rumah Adnan Sempit, dan pelbagai drama tv. Nak kata terlalu unik tu, aku tidak pasti sebab banyak lagi yang unik. tapi mungkin sebab color dan lokasinya membelakangi Petronas Twin Tower, nampak betul2 rumah kayu di tengah bandar.





Rumah warna biru ini, bila malam hari nampak lebih cantik sebab belakangnya bangunan tinggi-tinggi pencakar langit. kami ambil gambar dan balik. haha.... kenangan kononnya....

Rumah warna merah ini, saja aku ambil gambar kenangan sebab cantik sangat untuk dirobohkan. sayang kalau bina baru nanti. Selepas ambil gambar, perut pun lapar, jadi kami makan area Kampung Bharu juga.... 


Sekian....





10 Sept 2018

Larian Milo di Putrajaya Pada 11 September 2018

Assalam wbt

Lambat sangat aku update tentang Larian Milo 2018 di Putrajaya. Aktiviti berhemah sangat dengan keluarga. Untuk pengetahuan, Larian Milo ini diadakan setiap tahun, tapi kurang pasti sejak bila. Aku tahu daripada kawan sama office. untuk 4 orang iaitu 2 dewasa 2 kanak-kanak, yuran yang perlu dibayar ialah RM80 sahaja. Boleh dikatakan agak murah dan berpatutan. Larian ini diadakan di Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bharu dan penutup di Putrajaya.

boleh lihat aktiviti larian Milo di website www.milo.com.my

Ramai yang datang awal di Putrajaya. Siap subuh di masjid Besi. lokasi betul-betul di hadapan Mahkamah tu. tapi oleh sebab kami tak berapa familiar dengan kawasan Putrajaya, kami parking mana-mana yang boleh saja. Drive kereta kecil supaya senang nak parking tempat sempit.

larian milo ni, sejauh 3km saja! dekat sangat..........jadi tak sempat penat pun. hehe...




sebelum larian bermula. budak kecik rambut toncet tu tak mandi pun. haha... sarung saja baju.


ini masa sudah habis larian. orang Milo yang tolong tangkapkan gambo. hehe. oh ya, boleh bawak stroller. sebab ramai sangat lari bawak stroller. cuma masa awal-awal agak bersesak-sesak. 



ini prop yang disediakan. sempat jugalah ambil gambar. mujur hari sangat cerah.

pinjam gambar kawan.. boleh tapau air milo tapi kena ambil guna cawan. then masukkan ke dalam botol air. berulang juga ambil sampai jadi 2liter. hehe

nah. jumlah milo yang kami dapat! sampai sekarang belum habis. hehe. almaklumlah kami puasa milo. kadang-kadang aje minum milo. 

kat finisher lane, dapat beg dengan isi-isinya.... banyak kot! 

ramai sangat manusia!

oh ya, paling legend ialah beratur ambil secawan milo di lori milo. rasanya lebih mengimbau nostalgia berbanding milo tong tadi. 


bergambar apa yang patut sebelum balik. habis dalam pukul 10.30 pagi gitu. 



beriya nak pakai medal walaupun dia paling tak penat! hehee

8 Sept 2018

Simple Conversation With Kids In English

Assalam wbt

Hari ini saya nak share "Simple Conversation With Kids In English" atau "Ayat-ayat Ringkas Bersama Dengan Anak-Anak Di Dalam Bahasa Inggeris".

Berkemungkinan kita kurang pasti bagaimana ingin menggunakan simple English ketika berinteraksi dengan anak-anak. Kebiasaannya kita berkomunikasi secara english formal atau business format. Jadi agak kekok nak berkata-kata.

Contoh ayat, "Naqib, sila pakai kasut" bila nak tukar kepada bahasa Inggeris, tiba-tiba confuse. hehe... nah, ini ada beberapa ayat yang boleh kita guna..




Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang membaca. Terima kasih.