TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

10 Sept 2018

Larian Milo di Putrajaya Pada 11 September 2018

Assalam wbt

Lambat sangat aku update tentang Larian Milo 2018 di Putrajaya. Aktiviti berhemah sangat dengan keluarga. Untuk pengetahuan, Larian Milo ini diadakan setiap tahun, tapi kurang pasti sejak bila. Aku tahu daripada kawan sama office. untuk 4 orang iaitu 2 dewasa 2 kanak-kanak, yuran yang perlu dibayar ialah RM80 sahaja. Boleh dikatakan agak murah dan berpatutan. Larian ini diadakan di Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bharu dan penutup di Putrajaya.

boleh lihat aktiviti larian Milo di website www.milo.com.my

Ramai yang datang awal di Putrajaya. Siap subuh di masjid Besi. lokasi betul-betul di hadapan Mahkamah tu. tapi oleh sebab kami tak berapa familiar dengan kawasan Putrajaya, kami parking mana-mana yang boleh saja. Drive kereta kecil supaya senang nak parking tempat sempit.

larian milo ni, sejauh 3km saja! dekat sangat..........jadi tak sempat penat pun. hehe...




sebelum larian bermula. budak kecik rambut toncet tu tak mandi pun. haha... sarung saja baju.


ini masa sudah habis larian. orang Milo yang tolong tangkapkan gambo. hehe. oh ya, boleh bawak stroller. sebab ramai sangat lari bawak stroller. cuma masa awal-awal agak bersesak-sesak. 



ini prop yang disediakan. sempat jugalah ambil gambar. mujur hari sangat cerah.

pinjam gambar kawan.. boleh tapau air milo tapi kena ambil guna cawan. then masukkan ke dalam botol air. berulang juga ambil sampai jadi 2liter. hehe

nah. jumlah milo yang kami dapat! sampai sekarang belum habis. hehe. almaklumlah kami puasa milo. kadang-kadang aje minum milo. 

kat finisher lane, dapat beg dengan isi-isinya.... banyak kot! 

ramai sangat manusia!

oh ya, paling legend ialah beratur ambil secawan milo di lori milo. rasanya lebih mengimbau nostalgia berbanding milo tong tadi. 


bergambar apa yang patut sebelum balik. habis dalam pukul 10.30 pagi gitu. 



beriya nak pakai medal walaupun dia paling tak penat! hehee

No comments: