TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

18 Sept 2018

Melawat Pusat Sains Negara 2018

Assalam wbt

Saya selalu confuse dengan Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium 2018. PSN lebih kepada aktiviti-aktiviti Sains yang melibatkan Fizik, Kimia, Mekanikal dan Matematik.

Harga masuk RM6 untuk dewasa. kanak-kanak, RM4 untuk 6 tahun ke atas (kot), maaflah saya dah lupa. sebab Naqib baru umur 4 tahun. Menarik betul aktiviti di sini.

boleh tengok gambar di bawah. kami menghabiskan masa selama lebih kurang dua jam di sini. agak lama juga.. oh ya, jangan risau, ada toilet di dalam. ada juga playground yang agak besar. then, ada juga kafe di sebelah bangunan PSN. yang penting dengan tiket tu, boleh keluar masuk dalam masa sehari. jadi jangan risaulah kalau nak ke tempat-tempat lain.









ada piano gergasi...




nampak tak tu, ada aktiviti elektrostatik. eh macam-macamlah. susah nak tulis satu-satu. datanglah sini....

pintu masuk dia bergerbangkan bumbung akuarium. menarik gila!!!! bebudak memang enjoy sangat. 

ada bahagian budak-budak kecil seusia 2-4 tahun,...

sebenarnya ada juga tayangan juga berkaitan sains. tiket boleh dibeli di pintu masuk berharga RM4. tapi kami tak join sebab susah nak bawak bebudak ni masuk sini. parking disediakan sangat banyak. kalau tak jumpa, boleh ke kawasan parking bersebelahan yang boleh dilalui dengan jejantas.



okay lepas ini bolehlah datang ke sini ye... bawak anak-anak ke sini...

No comments: