TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Aug 2018

Petua Mencuci Singki Tersumbat Yang Sangat Teruk

Assalam wbt

Hari ini, aku ingin berkongsi petua membersihkan singki yang tersumbat. Tahap tersumbat yang sangat teruk! Pelbagai cara telah dibuat seperti menjirus air panas ke lubang singki, mengepam dengan kuat, menyedut air yang tersumbat sebelum dijirus dengan asid hidroklorik. 

Petua pertama, kami gunakan asid hidroklorik. Sila minta asid jenis kuat yang yang boleh hilangkan clog / sumbat. Bukan asid membersihkan ya. Beza asid kuat, harga sudah tentu mahal. RM18 utk 500g. Kalau asid tak tak, 3L hanya RM9. Beza kan? Dan, asid kuat ini kalau terkena sarung tangan boleh terlubang! Kalau kena tangan memang sakitlah! Tapi belum tahap yang berlubanglah. Kalau guna asid, pastikan tidak guna singki, iaitu biarkan kering, sekering mana yang boleh, barulah tuang dengan berhati hati. 

Petua kedua, kaedah murah gilerzzzz ! Murah sangatlah hai... Cuma guna soda bikarbonat dengan cuka saja! Jimat gila kan! 


fuh,,, sikit lagi kami nak panggil plumber. cara nak guna sangat senang kacang goreng weh!!! mula2, jerang air terlebih dahulu, panas ala-ala menggelegak tu kan? then... tuang soda bikarbonat di tempat yang tersumbat, diikuti cuka, diikuti air panas..... biarkan sementara sampai dia berbunyi bunyi meletup seolah-olah ruang sempit sudah hilang. kalau sebekas bikarbonat soda dan cuka tak cukup, sila ulang-ulang sampai berjaya. kami hari itu, beli dalam 4 bekas bikarbonat soda dan 2 bekas cuka. alhamdulillah tak perlu panggil plumber! 

tolonglah cuba petua ini dahulu sebelum panggil plumber... selamat mencuba!

No comments: