TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

27 Aug 2018

Bermain Indoor Games di Tesco Shah Alam

Assalam wbt

Alhamdulillah berpeluang juga Naqib dan Nasuha bermain indoor games di Tesco Shah Alam. Tesco di Shah Alam, dahulunya ada dua buah, tapi sekarang menjadi satu buah sahaja. Tesco ini, berdekatan dengan bulatan Kayangan.

Kos masuk ialah RM20 ketika cuti sekolah atau public holiday. Kalau hari-hari biasa, kalau tidak silap saya ialah RM17. agak mahal. tapi jika anda datang pada pukul 9 malam, harga masuk ialah RM10. Tetapi, siapa pula yang nak shopping pukul 9 malam? hihi...

Stokin bawa sendiri macam biasa okay? kalau tak, charge RM3..

luas sangat! 

yang kurang memuaskan hati mama ialah, Nasuha tidak pandai bergerak sendiri ke arah gelongsor sebab laluan dia semua macam ini. tak berani budak tu... hihi

ini dari pandangan tepi.


bahagian playground gelongsor individu atau play house ada di hadapan tv. boleh main. yang kurang memuaskan hati mama, tinggi sangat jarak sliding dan lantai. budak kecil macam Nasuha akan tergolek sedikitlah bila sliding.

ada jump! yang ini best walaupun ruangnya kecil. hihi...

ada ruangan menulis dan main lego. 

paling dinanti nantikan ialah main pasir! 



nampak tak benda kecil-kecil tu????

cerita kelakar dia, mama NN tak tahu itu apa? siap ambil gambar dan hantar kat babah. ate ke bentuk macam telur lipas kot! lepastu siap penjuru ceruk mana, semuaaaaaa ada!!! haih.. biar betik ..... risau pula mama. nak keluar, dah bayar RM20. babah kat luar siap google apakah benda ini? 

nah!!! rupa-rupanya itu ialah pasir sintetik !!!! hahahahahhahahaaa.. tergelak mama!! macam mana mama tahu? mama pergi tanya sendiri dengan adik yang jaga kaunter. hihi. dorang terkejut sebab mama NN tak tahu.. grrrr. memanglah kita tak tahu, selalu tu, kita nampak butir pasir itu saja... diorang cakap, pasir jenis ini lebih mudah dibersihkan. hihi....

apa-apa pun. terima kasih untuk hospitality di sini... oh ya, nama indoor games ini Fun Kids kot... kalau tak silaplah ya.. hehe

No comments: