TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

24 Aug 2018

Bercuti di Cameron Highland - Daun Teh Boh Sungei Palas

Assalam wbt

Minggu lepas Alhamdulillah kami berpeluang untuk bercuti ke Cameron Highland. Kami melawat ladang teh boh Sungei Palas yang terletak di Brinchang. Kami pergi pada hari Ahad cuti sekolah. Memang super jammed !

Kami tidak silap percaturan kali ini kerana kami gerak dari rumah (subang jaya) pada pukul 3 pagi, terus ke utara, exit di Simpang Pulai. jauh juga tu... tol dalam RM24.50 dari sini. masuk sahaja di Simpang Pulai, traffic light pertama, belok kanan then dalam 200meter, jumpa traffic light kedua, dan belok kanan juga. Terus sahaja sampai jumpa Cameron Highland. mudah kan?? hehe...

Kalau datang sini pada awal pagi, seriously gelap sangat!!! tiada lampu sepanjang jalan! lepastu. ramai pulak umat-umat manusia yang bangun awal, asyik nampak kelibat manusia dan motor di tepi jalan, (harap-harap memang manusia. hihi) jalan besar ya. jadi tiada masalah kalau nak drive, nak potong lane ke.... dan tidak terlalu berliku kalau nak compare dengan exit Tapah.



Kami dah hadam betul-betul peta. haaha... dari simpang pulai - kg raja - brinchang - tanah rata - ringlet - tapah. subuh di Brinchang, suhu 19 darjah celcius. sejuk jugak weyh... pekena nasik lemak panas-panas dan air kopi panas, memang sedap! air nak wudhuk jangan cakaplah, memang sejuk sampai ke tulang! 

untuk ke sini, sila google ya, waze susah nak jumpa. google map "teh boh sungei palas" mesti jumpa. dan-dan pergi terus sahaja. jalan sangat sempit, jadi ikut gut nak teruskan jalan atau tidak, yang penting jangan laju sangat pls... tiada cermin cengkung cembung untuk bagitahu ada kenderaan lain di hadapan, just tekan hon saja.

sampai di pondok security, belum buka lagi. 830pagi baru boleh masuk, jadi beratur dululah. kalau jumpa dengan orang yang berlagak, diorang suka potong barisan walaupun datang lewat. geram betul! apalah diorang ni kan? oh ya. masuk percuma tau. parking banyak! bas pun boleh park di sini. cuma siapa cepat dia dapatlah kaedahnya.


kami stop di tengah-tengah ladang teh dan bergambar. hihi

okay nampak tak ada orang jalan di belakang itu, ada dua laluan untuk ke kafe. satu, laluan jalan raya, satu lagi, laluan yang dibuat khas melalui ladang teh, saya nasihatkan, sila ikut laluan yang melalui ladang teh sebab lebih mudah. tapi, jarak dia sama sahaja. 



okay yg ini, masih di bahagian hadapan lagi, ada parking bolehlah berhenti dan bergambar. 









okay bahagian hadapan kafe. tempat yang wajib untuk ambil gambar. haha... siap ada yang lompat-lompat depan ni, tapi kami ambil gambar simple saja, itupun ada adik-adik hipster nak tolong ambilkan gambar. hihihihi....



tujuan utama datang sini adalah untuk minum teh panas di kawasan sejuk. haha.... ramai sangat orang sampai kena share meja. jangan malu bertanya dik, nanti sesat jalan! haha.... 

harga secawan teh, RM4.60. boleh pilih untuk biasa, sederhana dan pekat. rasa teh dia? sama sangatlah dengan teh boh yang korang bancuh kat rumah! hahaha serious tak tipu!!! makanan mahal-mahal sikitlah, kau bayangkan, sebungkus nasi lemak berharga RM5 ! tapi kalau tengok tu memang tempted jadi beli jugak. haha...

nah pemandangan di jendela kafe. sebab itu semua suka datang. hijau yang damai.


best kata naqib !!! hehe..... 

Ladang Teh Bharat - betul-betul ada di tepi jalan, parking pun tepi jalan. kalau nak datang sini, better gerak dari Exit Tapah (sebelah kiri). sebab akan jumpa lebih cepat. 

Ladang Teh Ringlet - jauh sikit dan perlu google map which kami tak pergi. next time lah kot. 

Ladang Teh Habu - dekat-dekat dengan stesen janakuasa Habu, juga betul-betul tepi jalan, better gerak dari Exit Tapah (sebelah kiri), sebelum Ladang Teh Bharat. 

Sebenarnya pemandangan ladang teh ini, kat mana juga, memang sama, serious! tidak kisah, di Bharat, Sungei Palas, Ringlet atau Habu. haha.... tapi yang excitednya mestilah minum teh panas! boleh datang as weekend gateway sahaja. 


Okay, jumpa lagi.... 


No comments: