TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Feb 2015

Cendol Sedap Giant Seksyen 13, Shah Alam

Assalam wbt

Cendol sedap !

Cendol + aiskrim = RM3.70
Ais kacang + aiskrim = RM3.40

Masa kami sampai pukul 11 pagi dorang sedang sediakan barang. So dalam pukul 12 sedang elok nak datang.

Memang sedap ! Pure santan n gula merah ! Tepung cendol pun sedap ! I loikeee.. Murah juga kiranya kan... Meh la try. Aku dah lama dah suka makan tapi tak pernah pos pasal mende ni.. Hihi






Sekian. Thanks

27 Feb 2015

Restoran Ubi Kayu, USJ23, dekat dengan One City

Assalam wbt

Restoran ubi kayu dekat dengan one city. Kat corner lot. Kalau datang dari putra height, kedai pertama jumpa sebelah kanan anda. Kalau datang dari shah alam, anda kena tawaf keliling one city dan kedai terakhir yg anda jumpa di sebelah kanan (corner lot) sebelum masuk ke jalan raya semula, itulah dia.

Jumaat x bukak. Isnin - khamis kol11 pagi baru buka. Tapi weekend n public holiday buka kol830 pagi.

Nama pun ubi kayu. Makanan utama berasaskan ubi kayu cam ubi kayu rebus n kuih2. Ubi kayu rebus sepinggan rm3.50 ade kuah sambal, kelapa parut n gula. Sedap n lembut !! Lempeng kelapa pun ada.

Makanan lain sama cam restoran lain. Soto Rm5, sepinggan nasi yg kena goreng2 Rm7... Masakan ok la. Boleh makan la... Tapi tak rasa nak repeat2 order. Hihi. Tapi air bandung sedap sangat !! Sebab ade soda. Dan harga dalam Rm2.50, yg tu berbaloi.... ! Air limau tetap guna limau kasturi so biasa aje.

Menu nye gune kertas2, ouh cam nak terkoyak pun ada. Maybe belum ada yg firm kot. Haha. Layout ok cuma agak sempit. Yg kat luar dekat ngan rumput2 parking takut banyak nyamuk. Kat dalam, kawasan rapat2, 2 meja bersambungan terus. Maknanye 2 family terpaksa share kawasan yg sama. Tv ade juge. Servis biasa aje. Lambat sket. Tak bape alert. Dah makan baru kira then bawak kertas tu gi cashier. Meja belum ada nombor kekdahnye.

Okey enjoy gambar lah ye... So lain kali datang, jz makan ringan2 ok dah.. Hihi

Sekian, terima kasih.









Sekian, terima kasih. 

26 Feb 2015

Nota Cara Makan Vitamin C Dengan Betul

Assalam wbt

Aku tertarik dengan vitamic C rose hips 1000mg yg orang dok promote skang. orang breastfeed boleh makan. orang preggy boleh makan. tapi aku baca sesetengah rujukan. Boleh beli Vitamin C 250mg di sini

link 1 - bahasa melayu
link 2 - english
link 3 - english


nota nye di sini

1) pastikan guna bekas macam ni.. kedap udara... bukan nya cam dalam bekas biasa tu...


bukan macam ni..... sebab yg ni kurang okey... ade udara.. nanti vitamin C kau dah teroksida. bila dah teroksida x selamat lah ko... (seperti di bawah)


2) kalau tablet vitamin c disuruh kat label luar botol soh kunyah (chew), sila kunyah, kalau dia bagi tablet yg keras cam batu tu.. jangan pepandai nak pecah jadi dua. makan bulat2 besar dabak camtu..kalau cecair, biar kemam dalam mulut dulu then telan. 

3) kalau boleh consume vitamin c, sekali makan sepatutnya kurang dari 500mg. lagi banyak ko telan, belum tentu badan kau boleh serap.ni aku quote kan... actually tak payah bebanyak makan vitamin c...

Vitamin C and Colds

The recommended dietary allowance for vitamin C is 90 milligrams per day for adult men and 75 milligrams per day for adult women. An optimal intake is about 400 milligrams per day, according to the Linus Pauling Institute. If you are not taking a vitamin C supplement, 500 milligrams per day will elevate your blood levels, and you may experience fewer colds. Together with zinc, vitamin C may also lead to less severe colds and colds of shorter duration due to its immune-enhancing effects, according to a 2006 study in the "Annals of Nutrition & Metabolism.

4) kalau kau dah selalu makan vitamin c dos banyak jangan berenti tiba2.. nanti badan kau jadi lemah, penat, bleeding. so faham2 lah kalau dah makan vitamin c 1000mg... kan...

5) sila stop kalau dah consume vitamin c tetiba ada side effect macam sakit perut, sakit joint.. haaa.. fikir leklok sebelum beli...

6) gambar rose hips ni 

dia bantu untuk penyerapan vitamin c... nak elak masalah joint and arthritis.. sakit joint tu la... (sakit sendi)

jadi kalau nak cantik sangat. makan supplement tapi atas nasihat doktor. setiap orang kandungan isi badan berbeza...ade orang tahap penyerapan vit c laju, ade orang x... doc tahu lah camna nak measure... bersenam selalu. makan rebus je... 

moga bermanfaat...

okey sekian thanks.





24 Feb 2015

20 Kenapa & Ketidakpuasan Hati di Malaysia

Assalam wbt

Ketidakpuasan hati aku melanda.

1) kenapa la british dulu jajah tanah melayu dah banyak rosakkan attitude kite orang tanah melayu? Huh.. Masa nak merdeka semua dokumen dalam english. dah guna semua english kenapa tanah melayu mase tu tak isytihar je bahasa kebangsaan ialah english? Kenapa perlu bahasa melayu. Tengok skang! Semua guna bahasa inggeris. Banyak Orang melayu ketinggalan terkapai2..

2) kenapa kerajaan tak wajibkan bahasa melayu cina n india wajib diajar semasa sekolah?? Kalau x, kuranglah masalah perkauman since kite tahu nak cakap bahasa depa. Ni tidak. Nama je malaysia, tapi aku sebijik haram xtahu apa yg depa cakap. Nak belajar? Mana sempat bhai. Dah berkeluarga semua. Kalau dari dulu masa zaman sekolah dah diajar kan ke senang. Skang dah la otak da makin slow masa baru realize bende ni penting...

3) kenapa banyak company suka choosy?? "Prefer chinese" "prefer male" "prefer klantanese" ... Padahal jawatan general aje punnnn.... Susah taw nak carj kerja sekarang

4) kenapa kerajaan tak terfikir nak buat lrt dari dulu lagi? Skang masa dah ada kereta banyak baru nak buat! Jam makin teruk. Denggi makin banyak. Patutnya masa lrt kelana jaya n ampang siap haritu teruslah buat mrt semua. Ini politik scandal x sudah2. Skang setiap masa jam aje kerjanya. Perjalanan setengah jam jadi dua jam. Bazir masa lah.

5) kenapa kereta x suka bagi signal ha kalau nak tukar lorong?? Sesuka hatikus kau aje kan. Pastu kita ni yg berhati2 mestilah elak. Kalau nasib baik, xde pape. Kalau nasib x baik langgar orang lain pulak. Signal ko mati ke ape? Bateri xde ke ape? Kedekut nak mampos agaknye. (Ayat kasaq).. Kalau lah langgar belakang kereta orang x jadi kesalahan, aku dah langgar kereta orang tak bagi signal tadi. Haizz

6) kenapa kerja kerajaan banyak sangat jawatan kerani?? Tapi wujudkan banyak gilossss universiti... Banyak graduan. Banyak degree holders. Then nak apply punya lah susah kat gomen. Jawatan exec 1-2 aje. Yg non exec berlambak2. Bile nak dapat join camtu ? Pastu tolong ah kurangkan waktu pencen. Bagi peluang orang lain pulak merasa dok kerja gomen... Patut sistem kpi dari dulu dah pakai. X perform, lucut jawatan! Baru betol. Bukan swasta je kena buat.

7) asal perkhidmatan yg berasaskan gomen je mesti lembap. Imegresen. Passport. Polis aduan report. Lesen. Beratur panjang berjela2... Pastu yg depan komputer menaip macam baru belajar menaip. Lambat nau. Ase nak tolong taipkan. Dah la tu taim waktu puncak la tetibe kaunter yg bukak 3 jadi 1. Why why why? Kenapa kerajaan taknak buktikan dorang bukan camtu ?? Kerajaan = lambat servis

8) kenapa bukan hanya doktor and nurse perempuan aje kat wad o n g hospital gomen? Weols segan ah dengan hok2 jate...

9) kenapa rumah mahal sangat skang? Kenapa kerajaan tak limitkan setiap orang yg kekaya kaya tu beli 5 buah rumah aje. Ha pastu.. Limitkan atlis 5 tahun utk jual balik ke. Sekurang2 nya kitorang ni ade la peluang beli rumah. Kira pantau laa penjualan rumah ni... Ni tidak. 1st buyer beli rm200k then dalam masa setahun dia jual. Umah kt kl. Harga mencanak naik jadi rm300k ! Mahai nye umah. Sampai bile nak ade umah sendiri camni.... ;(

10) kenapa hanya 1 jalan dari glenmarie ke arah kilang gula csr? Jam lah hari2.. Takde ke cadangan nak buat fly over kedua.. Jenuh kot drive hari2 camtu. Jalan sekangkang kera. Tapi jam nak sama dengan jam 3km ! Ayoyo... Abes masa kat dalam jam je... Punah masa bersama keluarga.

11) kenapa saiz duit syiling ditukar? Saiz dah nak hampir sama kot !!! Nanti setiap kali nak bagi duit mesti tengok betul2 takut salah bagi. Dah buang masa kat situ. Sian orang buta. Mesti susah sikit nak bezakan. Saiz patutnya sama tapi ketebalan ke apa ke berbeza tu takpe.

12) kenapa nak masuk company pape pun skang mesti kena ade cable. Lagi besar cable lagi senang dapat kerja. Kalau xde. Ha susah nak dapat kerja. Nak tunggu luck nye. Memang parah. Aku hantar 50 resume setiap bulan darab 12 bulan, dalam lebih kurang 500 company kot... Interview yg dipanggil, 5 aje out of 500!!!!! Erkkk....

13) kenapa ramai sangat2 orang bukan malaysia skang? Kerja normal yg patot dibuat oleh orang malaysia telah diambil alih oleh mereka. Adakah sebab kita demand? Wey mestilah demand. Kita ada keluarga, kita kat negara kita sendiri kot. Tapi jangan demand lelebih. Skang cashier DIY, tukang susun barang DIY giant tesco, tukang tolak troli kat pasaraya, ketua pak guard, ketua cleaner, cleaner, cashier pam minyak, waiter, operator kilang, tukang masak, semua bukan malaysian. Dah la cakap melayu x pandai. Cakap english x pandai. Bukan main susah nak komunikasi. Mana tah pergi rakyat malaysia ni? Cuba lah bagi peluang kat malaysian, kalau boleh gaji mestilah 900 ke atas utk diploma, jangan lah fikir cut cost aje kilang,kedai semua.

14) kenapa tol plus tak penah turun harga?? Tak pulang2 lagi ke modal? Lebuh raya nun ke arah selatan.semua guna simen. Bukan tar. Kalau hujan mau nye myvi tu cam tak cecah tanah. Bahaya kot !!

15) kenapa trafik light kat kawasan rumah aku tu, simpang tiga sri medan tu takde?? Dorang cakap sebab ada bukit. Tak cukup ke kalau ade signage, bonggol? Susah lah kami nak melintas. Nak nak masa raya! Ha kan ramai yg meninggal kat situ but still x nak buat trafik light. Mana DUN sri medan??? Ok yg ni aku nak buat surat aduan nanti.

16) kenapa highway seremban plus tu asek jam aje? Besarkan jalan tu cuma boleh selesaikan masalah ni dalam 3-4 tahun. Nanti akan jadi balik lagi teruk bila semua beli kereta. Carilah alternatif lain lagi. Tambah tol. Buat flyover rentas negeri sembilan ! Skip negeri sembilan masa nak balik johor melaka. Hahahaha.

17) yg ni sensitif. Kenapa ***** tak ceraikan aje ****** !!! Kan senang !!! Aku kesian beliau asek kena troll kat malaysian gag. Sebenarnya kalau wife nye x camtu. Die boleh berfikiran waras dan matang ! Grrrrrr....

18) kenapa pelakon yg curik rantai wan maimunah tu di zoom kat muka dia. Kesiannnn sangatlah sampai ke sudah kena troll.. Hahahahaha

19) kenapa sepol yg masalah liwat ngan anwar tu. Even betul pon. Sanggup nak cerita keaiban sendiri. Hmmm sampai bebila orang ingat. X segan ke gi giant, tesco beli barang? Anak die nanti camnelah. Malunyeeee... Family die... Orang kat luar janganlah buat fitnah besar camni. Malu taw....

20) Kenapa semua company tak macam maxis ?? Fleksibel ! Kawan2 best ! Rinduuuuunyeeeeee.......

21) kenapa orang gomen, artis2, orang kaya boleh tinted sampai macam 100% aje agaknya. Tapi rakyat marhain ni buat kena pulak lah saman. Tak adil woi

22) kenapa menteri2 datuk2 x hadap jam sama2 ngan kita? Tak aci la gune escot2. Rasalah penangan jam sama2 ngan kami. Baru experience bertambah.

23) kenapa kereta2 menteri datuk2 boleh laju gilaaaaaa kat lebuh raya! Harap2 pls pls kena saman juga !

24) kenapa kita jeles kpd anak2 orang kaya, tak kerja tapi asek abeskan duit mak pak, update ig fb g melancong sana sini, gi pub. Xde lak kantoi. Duit mak pak x abes2 lak. Xyah ade degree pun masih kaya. Hahaha...

Okey dah setakat ini... Kenapa yg xde jawapan. Aku x perlukan jawapan sebab aku tahu banyak yg mustahil. Haha.. Just fefeeling ummah marhain yg sesat dalam arena kenapa kenapa... Kbai

22 Feb 2015

Banyak Kuih Sedap di Pasar Seksyen 13, Shah Alam

Assalam wbt

Kuih sedap !! Recommended sesangat9!!!

Kuih pulut panggang
Kuih akok
Kuih cara berlauk daging
Kuih cara berlauk ayam

Sedap bak hang ! RM2 5biji. Murah lah kalau dok kl. Makan panas2 memang sedap. Lokasi, di pasar karat seksyen 13. Signage besar gedabak, kat bahagian makan2... Kat hujung2... Memang ramai orang beli... Beratur juga.. Sebbek tak ramai sangat orang arini.

Try taw...

Thanks..


Terima kasih.

21 Feb 2015

Komen Lawatan ke KLIA2

Assalam wbt

Sejak klia 2 ade. Nampak tersusun penerbangan Malaysia.


1) tak terasa cam duduk kat lapangan terbang. Banyak premis compared klia 1. Coklat pun banyak. Baju pun banyak. Ade farmasi. Ade tempat makan pun banyak. Best la yg ni. Xde masalah langsung nak cari makan. Cuma maybe seat limited.

2) klia 2, kekurangan signage yg sangat sangat teruk ! Memandangkan kos pembuatannya jaoh sangat murah compared lcct katenye... Jadi toksah nk complaint sangat tapi tetap nk nyatakan di sini.

- tiada signage mane autopay!!! Mangkuk hayun kami turun naik 3x cari. 1 lif boleh gi cp7 & cp8 aje. Sampai cp7, perasan notis, mesin autopay hanya ada di cp1,cp4 n cp7 sahaja. Ok kat cp7, bukan keluar je lif ade mesin autopay. Kena la tawaf sket kat parking lot. Masalahnye,, mesin rosak pulak! Xde orang betulkan ke??  Menggagau kami ke sane sini carik n jumpe cleaner. Die yg gtaw katne. Teruk betol.

- tiada signage mane balai pelepasan. Dari level 2 tu ade signage ke kiri balai pelepasan. Then bile belok kiri. Ok xde. Dan tetiba ilang signage kene naik atas sebenarnye utk pelepasan. Hai susah sangat ke nak letak? Sebbek la nampak orang ramai ke atas. Then boleh tengok.

- tiada signage mane tempat nak meninjau kapal terbang berlepas. Kite kene pergi check satu satu. Tapi jumpe la. Sama level ngan balai pelepasan. Ouh tiada bumbung ! Panas giler hokey.. Haha.

3) wifi ade elok la. Tapi paling kuat kat tempat menunggu express klia erl. Yg lain2 slow mo giler. Haha.

4) tandas n tempat menukar lampin baby banyak sangat senang nak jumpe. Surau ok gak la besar. Ade dua tempat. Level 1 n level 2.

5) parking tiada bumbung taw. Kah3. Panas ya hampun ! Tu tak kisa. Tapi pintu nak keluar dari tempat lif tak friendly. Sebab ktorang kene angkat stroller naqib. Ini cp8. Patot ade laluan khas utk orang tarik2 bagasi. Abes kalau bagasi berat gilos camne?

6) ade erl nak ke klia 2. Rm35, dijanjikan 35 minit dah sampai kl sentral. Ade teksi banyak. Taktau sangat pasal bas.

Okey la. Harap ade improvement la nanti. Jangan sebab nak murah je tapi x jaga bende2 yg asas.. Tapi so far. Aku suke je. Tapi bab signage memang xleh blah! Haha

Ok la tu je. Terima kasih.


19 Feb 2015

Melawat Muzium Coklat di Kota Damansara

Assalam wbt

Muzium coklat? Ape tu? Oleh sebab coti raya cina. Memang asenye boleh main badminton kat jalan usj3.. Restoran pun banyak x bukak... So meh kite jenjalan 

MUZIUM COKLAT OR MUSEUM OF CHOCOLATE 

No 2, jalan teknologi 3/5, taman sains selangor 1, kota damansara 
Gps muzium coklat : 3.156274, 101.568977
Buka setiap hari 10am - 7pm termasuk public holiday 

Landmark : dekat dengan hospital tropicana. 

Siapa yg mengasaskan muzium coklat? 


Datuk Dahlan Mohd Rashid director of DR group holdings. So far mengasaskan coklat jenama fidani dan danson. Name cantik kan. Baru taw ade coklat malaysia sampai oversea dah berzaman nye pun. Dari 2006 katenyee. Hihi. Boleh google. Senang cakap muziumni tribute to coklat ni... 

Asal coklat dari zaman kaum aztec utk persembahan kat dewadewi dorang. Tapi orang europe suka plak jadi komersial kan.. Tu terus berkembang dan berkembang.... 

Mesin buat coklat 


Lagi mesin nye
Negara Pengeluar koko. Masuk dalam soalan PT3 2015. Haha 

Nah harga coklat kat kedai dorang. Keychain muzium coklat lom ade pulak. Coklatbanyak. Ade yg rare. Kami beli coklat switzealand kot, sedap !! Kami beli gak jenama danson tapi lom rasa. Susah nak gi langkawi datang sini je la beli coklat... Hihi. 

Okey ni pintu masuk.... Free ok.. Free.. Tempat menarik yang percuma di selangor, kuala lumpur, oh mana lagi hey... 

Sekian, thanksss







16 Feb 2015

Review Butik Bunga Rampai, Puncak Alam

Assalam wbt

Butik ni kalau kat tenet bukan main lagi lah die nye promo amek gambo itu ini. Tapi bile da sampai kodai. Banyak nau xde seperti dalam gambo.

Address senang nak cari via waze. Tapi eceli kedai ni menerima tempahan bahan asas pelamin/bridal things. Macam tiang pelamin, pagar pelamin, tangga, lantai etc. Tapi yg mengecewakan, datang x bersambut. Tanya, satu bende pun xtaw sebab dorang tu sama ada nepal or pakistan or bangla... Or seangkatan dengannye. Cakap omputih pun x faham. boss nye pulak tah ke mana...

Nape kami datang? Sebab nak beli pagar pelamin buat diy safety gate baby naqib. Tu je.
Okey la... Nak datang wat apoimen dlu. Kalu x rugi. ni nombor nye. 

017-6699929


15 Feb 2015

Lawatan ke Tugu Negara yang Mengecewakan

Assalam wbt

Lawatan ke tugu negara sabtu lepas amat mengecewakan. Kedudukan depan taman botani. Cari kat waze. 

1)Jalan kat dataran merdeka ditutup kerana memberi laluan pertandingan go kart. Takde pengumuman dibuat kat radio. Kami on radio sinar dari pukul12 tengah hari.. Sudahnye jam sangat, melalui masjid jamek semua. Tambahan bas pun ade buat pusingan U kat dataran merdeka tu. 

2)Then, signage bertulis tugu negara langsung tak kelihatan !! Even kat bulatan utama tu pun x tulis. Dataran merdeka ade signage. Muzium ada. Masjid negara ada. Tugu negara tiada ?? Then kami kesesatan...Bila dah sesat... Kami lalu depan taman botani perdana. No signage ! Actually tugu negara depan dia aje !!! Teruknye!

3)Yes of course no public transport to get there. Bus or taxi can. Or drive sendiri lah. Ramai lagi pelancong daripada malaysia citizens haha.. 

4)Okey then sampai je. No dedicated parking. Just park sesuka hatimu atas tar merah berkerikil. Haha.. 

5)Masuk, ade satu batu besar. Okey dedicated untuk orang berjasa tapi no malaysians mentioned. Puak2 inggerih aje asenye.Haha.. Habis tiada tugu peringatan mat kilau, tok gajah, dol said etc... Hihihi.. Even tunku abd rahman pun tiada.. Cuma paling2 ada nama jalan/nama sekolah. 

6)unfriendly stairs. Tiada tempat pemegang /besi palang tu. Tiada juga laluan untuk kerusi roda. Maknanye oku yg berkerusi roda dilarang datang sini if takde yg nak angkat depa. Huhu..kami pun terpaksa angkat stroller naqib. 

7)tugu negara.okey nak melintas kolam kecik. Kotor seperti tidak dijaga. Security pun xde kot. Dalam pagar batu perasmian pun kotor. Habuk tebal. Kesian 

8)ade tiang bendera tapi no flags.. Isk isk. Kata tugu negara? siapa cipta tugu negara? Kenapa orang yg berjaya pegang bendera tu kena pijak kawan-kawan dia? Hahaha. Yes it is art and i dont have the right to complaint. Sorry.

Improvement(s):
1)signage plsss
2)ade orang bersihkan atlis
3)renovate tangga yg friendly
4)pasang bendera Malaysia
5)mentioned tugu tuk peringati Malaysians super heroes ! Hihi
6)anda fikir sendiri




Sekian, terima kasih.


13 Feb 2015

TNGA tinggal kenangan

Assalam.

Semalam. Jam 8 @ 9 malam. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kembali ke Rahmatullah.

Aku walaupun x kenal rapat. X mengikuti perkembambangan beliau rasa sebak. Innalillah.

Moga tenang rohnya. Semoga yg tinggal n masih hidup tak terlalu taksub dengan beliau.

Aamiimnnn.

Al Fatihah

12 Feb 2015

Customize Fridge Magnet RM1

Assalam wbt

Customize gambo kawen, gambo anak, family, kengkawan.
Saiz 5cm x 5cm, RM1/keping.
Pos lain harga, ikut keping.
Servis cepat! Beberapa keping, saiz bukan 5cm x 5cm tapi die tetap kira Rm1 aje ! Hihi . rezeki.

Ig name : xubiex
Email : xubiex@gmail.com
No phone : 017389 6554
Moga bertambah rezeki. Thanksss.

8 Feb 2015

Nasi Kukus, Seksyen 7, Shah Alam

Assalam wbt

Nasi lemak kukus. RM6.50 sebungkus. Ada ayam berempah, timun beberapa slice.nasi kukus cara moden.Tak ade bau daun pisang  hihihi

Sedap juga. Setanding dengan nasi kukus taman pinggiran usj. Lokasi di jalan plumbum AA/7AA kalau tak silap aku la. Yg penting, pusat komersial seksyen 7. Tapi dari jalan utama yg ada giant tu, straight aje.kedai tu kat selekoh junction. Dekat ngan kuil. Parking banyak!

Servis tapi x bagus. Customer ramai tapi yg tukang bungkus sorang je. Air, orang da makan baru sampai nk tanya minum ape. Meja tak berlap.kotor sikit. Meja patah, tak ganti pun. Singki kotor. takde sabun basuh tangan. Yg ni mesti kena improve.



Sekian, thanks

7 Feb 2015

Review Pampers jenama Huggies

Assalam wbt
Untuk naqib.. Pampers ni sangat x bagus ! Kalau jenis biase, bibird naqib akan ade kemerahan. Kami pernah try banyak brand. Petpet n drypers memang sangat ok ! Yg lain2 whoppee, jenama murah2 lagi.. Haha semua ok.  Tetiba gune huggies x ok. Pelik gak. Terus tukar balik kepada drypers or petpet. Alhamdulillah ok 
Yg drypants huggies pun untuk naqib x ok. Dah la ketat giler kat bahagian paha n pinggang. Cam xde udara. Cian naqib.. Huhu.. Kalau petpet drypantz masih oke lagi.. Ha pastu da la susah nak koyak kan si drypants huggies. Haha..
Tu untuk naqib la. Maybe sesuai utk anak2 mommies di luar sana..
Thanks 

2 Feb 2015

Burger Byte Seksyen 7, Shah Alam

Assalam wbt

Kami try burger byte yg katenye sedap betol. Suasana ok. Best. Wooden seats for all. Ade bamboo roof top. Ok la... Lampu pun cam malap gitu.

Recommended katenye naked burger. Dapat 2 slices patty. I chose beef so dpaat 2. Side dish nye kentang rebus n sayur cam kubis bunga, carrot etc. Kuah banjir black pepper  yg tak pedas.ala2 sizzling. Texture daging lembut. Tak jemu nak makan 2 slices tadi. Hihi.. Just nice. Bang Ajid pilih burger yg ade bun. Lupe name burger die. Tapi lamb patty la.. Ok juge. Sedap. Tak muak. Boleh makan sampai habis.

Datang2. Dorang bagi menu, tulis atas kertas, letak skali no meja. Then bayar kat kaunter kat dalam kedai. Kami total Rm41 nyah! Mahai... Air amek teh o ais n coke aje. Sonang.Bagi aku, sedap. Tapi pun lom ade tahap nak datang sane balik makan.hihi.kene cuba yg lain pulak. walaucane pun memang sedap.


K  enjoy pic.





Sekian, terima kasih. 

1 Feb 2015

Nasi Lemak Lereh, Melaka

Assalam wbt
Dah dari dulu nak gi kedai nasi lemak lereh. Lokasi di melaka. Depan sekolah kebangsaan lereh. Jalan besar ke pantai klebang dari arah sungai udang. Sebelah ade rumah tradisional lereh. Kalu dari sg udang belah kiri. Kalau dari bandar melaka/klebang, belah kanan.
Apa yg sedap? Nasi lemak. Tapi mesti makan ngan sambal sotong taw. Kalau sambal merah die biase2. Nasi memang sedap !! Memang layak cepat habis ! Ikan bilis kecik so memang sodap lah.
Siyesss sedap ! Jom datang reramai... Hahaha. Recommended !