TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

27 Jan 2014

Apa itu Speaker Pillow ?

Assalam wbt

Apa itu speaker pillow? Name pon pillow. Jadi pakai mase tidur. Banyak pilihan yg ada di pasaran

-ade audio jack bersaiz 3.5mm yg boleh connect terus ke mp3,mp4,iphone,ipad,smart phones,phones apa2... 
-tak perlu gune earphone atau headphone yg kadang2 tercabut mase tidur
-ringan dan mudah dibawa ke mana2
-sesuai digunakan oleh semua peringkat. Ibu hamil, anak2, pelajar2, dan kite2.... 
-saiz paling besar 13inci or 36cm, paling kecik 10inci or 26cm
-jenis fabrik lembut cam teddy bear yg kite beli tu
-sesuai untuk dijadikan hadiah juge





Ok, sekian, tq :)


23 Jan 2014

Kelas Peneman Hospital Melaka (Part 1)

Assalam wbt

Aku baru tau kalau kat Hospital Melaka, kene join kelas peneman untuk suami yang nak temankan isteri mase kat labour room waktu nak deliver nanti... fuyyohhh.. kat negeri lain cam takde je... cume nye kat johor kalau tak salah aku xleh langsung masuk suami ni... tapi tataw hospital yang mana....

Cara nye, pergi kat klinik O & G hospital melaka, then register kat bilik no 11.... nanti ade nurse akan guide.. tak perlu amek nombor giliran bagai.... sila bawak buku merah sekali taw.... pastu pastu,,,, kene register untuk slot isnin or khamis sahaja... start kelas kol9 pagi camtu...sampai kol 12... pastu pakai baju yg kemas la... seluar pon ok... sebab nak ade kelas camne nak teran, camne nak rase nak bersalin... siap ada lawatan ke labour room lagi katanye.... btw jangan lupe potostat sijil nikah... kalau takleh datang, tak boleh ganti ngan orang laen.. mesti datang dengan suami/isteri.. kalau salah sorang je, nanti dorang tak bagi masuk....


Ok.. nanti aku kongsikan kelas tu ada ape aktiviti yeh,.. kitorang nye turn 30/1/14 nanti.. insha Allah :D


Sekian, tq......

21 Jan 2014

Pisang Goreng Cheese, Sungai Udang Melaka

Assalam wbt

Lokasi di depan Kedai Perabot Tan di pekan Sungai Udang (seberang jalan kedai ni ok)... kalau datang dari Masjid Tanah, kedai ni belah kiri anda. selepas kedai tu, ada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Udang.

Sedap dan banyak sangat cheese !! siap ade perisa uols !! kalau aku beli kat tempat lain,, ase kurang mantop la.. yg ni mantop ! pisang pun besar... die isi seberapa banyak yang boleh untuk masuk dalam 1 polistrin.. untuk jenis biasa, RM4 = 1 polistrin.. yg berperisa, RM5 = 1 polistrin... penuh !!

kalau 1 polistrin anggaran 13 pcs ! tak ke banyak wey !!! jom ar makan... oh ye.. kompem tutup hari Isnin.. hari lain tu tertakluk lah.. hehe...

ok.. aku lupa nak amek gambo... yg ni ihsan google...


Selamat mencuba...

Sekian, terima kasih.

20 Jan 2014

Shawl Senang Nak Dipakai

Assalam wbt

Aku saje nak share design shawl yang senang nak dipakai...

Siyes senang beb! tapi still lah kena lilit..

idok ler terus nyarung nye...

cume maybe 1 day aku nak redesign jadi wide shawl...




nantilah bila aku ade masa dan wang lebih.. hehehe 


Senangkan? Aku tak tipu....dah siap berlengkok lagi. Tak yah nak bentukkn macam halfmoon. Kan jimat masa. 

Okeh kite compare ngan half moon. 





Sekian tq ;) 


8 Jan 2014

PTS Saya Mahu Hadiah!

Assalam wbt

Aku ni rajin bace komik M. Makanya aku pun join la bende ni. Ade kat belAkang page komik M... Kene kumpulkan 10 keping kupon baru leh dapat ganjarannya. Ade sesetengah buku komik M xde kupon sebab mebi cetakan awal. Buku latest je ade....



Untuk pertama kali aku dapat buku ni yang berharga rm14...Tapi malangnya buku ni ade sambungan... Dan aku check kat pts online, buku tu tade pon... Cehhhh 


Ok jadi rajinkan tangan join bende camni k. Hehehe. 

Sekian, thanks. 

7 Jan 2014

Cerpen : Dia Bukan Milikku (Part 1)

Ada apa dengan 28 tahun? Kerjaya? Aku rasa aku cukup bersyukur kerana usia yang muda aku telah menyandang jawatan sebagai seorang pengurus ‘Supply Chain & Management’ di Syarikat Fresh Online, terletak di Kuala Lumpur juga sebuah syarikat yang menjalankan import dan eksport buah-buahan tempatan. Dari segi pelajaran, aku baru saja menghadirkan diri ke majlis konvokesyen peringkat Master minggu lepas di Universiti Putra Malaysia, UPM. Angin bayu menyapa lembut pipiku. Radio sedari tadi masih gagah menceriakan suasana yang sunyi.

“Putih-putih melati,
Merah-merah delima,
Siapa yang baik hati,
Pasti kuterima….”

Lagu Putih-Putih Melati dendangan ST12 yang semakin hangat diperdengarkan di corong radio nyata memahami keadaan aku. Bukan tidak berusaha, malah sudah banyak kali mencuba untuk jatuh cinta, tetapi masih belum menemui lelaki idaman atau pun Prince Charming. Perasaan mana boleh main paksa-paksa, kita nak hidup dengan dia sampai ke hujung nyawa, mana boleh tangkap muat macam nak baju lima ringgit kat pasar karat. “Kalau dah jodoh tak ke mana”, “Belum sampai seru” Itu saja jawapan lapuk aku kalau-kalau ada orang bertanya kenapa aku masih solo dan bujang terangtangtang.
“Ad, kenapa kau masih simpan gelaran solo? Bukan tak ada laki nak kenal dengan kau. Amir, Hisyam, Syahmi… ramai lagilah, tak terkira dengan jari tangan campur jari kaki pun belum tentu cukup”, kata Fara, teman baikku.

Nama aku Ad atau dalam kad pengenalan tulen, telah termaktub namaku ialah Adawiyah bt Ismail. Aku lebih selesa dengan panggilan Ad. Itupun aku rasa nak suruh orang panggil aku A, lebih pendek dan senang. Majlis perkahwinan Fara pada bulan Mei nanti, mungkin sebab itu dia risaukan aku yang lambat dapat jodoh.

“Fara, aku rasa, aku belum bersedia…” entah kenapa asyik jawapan sama yang kuulang. Sebenarnya aku belum berjumpa sesiapa yang memiliki ciri-ciri yang buat jantungku bergetar. Berbalik dengan ciri-ciri, aku rasa aku bukanlah memilih sangat. Tapi aku rasa, lelaki yang tak pandai nak layan aku. Aku ni nampak keras dan hati batu tetapi dalam hati ada taman, kadang-kadang ditimpa badai dan samudera pun boleh mengalir air mata macam tsunami.

Perbualan dengan Fara kuhentikan. Ingatanku terbang jauh ke selatan tanah air. Di sana ada seseorang yang membuatkan mataku tertancap jauh memandang bulan yang tinggal separa. Macam boleh tembus terus ke Planet Marikh! Pertemuan aku dengan Syafiq di KLIA membibitkan cinta yang luhur lahir dari hati. Itu pertama kali jantungku berdegup kencang melihatkan sesusuk tubuh seorang anak Adam. Nak kata handsome, smart bergaya tu memang tolak tepilah. Tapi dia seolah-olah ada sparks yang aku tunggu selama ini.

****************
Pagi itu aku ada mesyuarat di Hotel Katerina, Batu Pahat. Datin Norazah, pemilik syarikat yang aku selesa memanggilnya ‘Datin’ telah memilih aku untuk membentangkan maklumat terkini produk dan stok syarikat kepada pemegang saham yang bertaraf datuk dan tan sri. Terasa kerdilnya aku. Kalau tidak kerana tugas, mungkin aku sekarang pun masih duduk menghadap laptop sambil buat report dan pekena air milo. Mana tak gemuknya. Eh, aku tak adalah gemuk sangat, cuma berisi. Sindrom orang perempuan. Pantang naik 1kg pun dah rasa gemuk, padahal berat bukan sampai 50kg pun. Jangan jadi aneroksia atau bulimia sudahlah. Aneroksia dan bulimia ini adalah penyakit di mana merasakan dirinya gemuk walaupun sebenarnya tak gemuk. Sudahnya, nanti tak nak makan dan kalau makan boleh muntahkan kembalil. Nauzubillah! Selesai mesyuarat, aku perlu bergegas ke kilang yang terletak di Parit Raja. Kenapalah Datin suruh aku audit dan mengawasi perjalanan syarikat di sini? 

Yang aku tahu, di sini adalah salah sebuah gudang utama di Semenanjung Malaysia. Sebuah lagi di Kota Kinabalu. Datin bukan tak percaya dengan staffnya di Batu Pahat, tapi dia lebih yakin kalau aku yang audit sendiri. Kalau aku orang yang tidak amanah, mungkin aku copy-paste report dia orang. Cepatlah aku pulang ke Kuala Lumpur, tak pun boleh jalan-jalan makan angin kat Batu Pahat. Teringin juga aku nak pergi menikmati keindahan Pantai Minyak Beku. Dengar kata boleh naik kapal, bersiar-siar di perairan Selat Melaka dengan hanya membayar RM15. Murah kot! Namun, amanah yang berat ini tidak akan aku persia.  Aku mesti selesaikan tugasan terlebih dahulu.

Sedang aku mengira jumlah stok, mata pula sibuk melilau-lilau ke kanan dan ke kiri sampai tidak perasan yang bahu aku dilanggar seseorang. Kertas dan fail bersepah di atas lantai. Nak marah pun tak guna, sekarang aku kena kira balik stok, sebab aku dah lupa bilangannya. Sakit kepala! Kena menghadap balik kotak buah epal yang bertimbun-timbun. Dah lah suhu sampai tahap sejuk beku. Siapalah mamat depan aku ni? Cakap sorry pun tak nak! Tengok saja-saja ke? Tak nak tolong aku kutip kertas?

“Maaf awak… saya tak sengaja. Saya nak cepat” kata lelaki itu. Lelaki tak berapa tinggi tapi quite handsome. Matanya yang bundar merenungku sambil tangannya rajin mengutip kertas yang berselerak tadi. Aku hanya terdiam dan mencangkung sambil mengutip kertas. Dalam 10 minit, suasana sepi tanpa bicara. Aku blur. Tak tahu nak cakap apa. Wey, please say something! Awkward kot! Lelaki itu menalakan kepalanya ke arahku. Aku terduduk sebab terkejut.

“Eh, Sorry…Nama saya Amir. Awak Adawiyah kan? Awak jangan salah faham, tadi saya sempat terbaca nama awak atas kertas yang kita pungut tadi”, jawapan simple dan cukup menangkap pertanyaan yang mata aku ajukan, bagaimana dia boleh tahu nama aku. Mungkin jawapan selamat untuk mengelakkan aku fikir yang dia ni psiko atau stalker. Tapi aku cuma menjawab,

“Panggil saya, Adawiyah”.

“Kalau saya panggil awak Ad, boleh?” Dia bertanya. Aku diam sebab malas hendak melayan.

“Ok. Orang tua-tua cakap, diam tanda setuju. Lepas ni saya panggil awak Ad, ok?”

Pertemuan selama sejam itu cukup merimaskan. Aku memang peramah tapi tak nak peramah dengan lelaki macam Amir. Sejak dari itu, bermulalah mesej-mesej flirt daripada Amir. Aku pelik, dari mana dia dapat nombor telefon aku. Nak kata aku bagi tu memang tak lah! Kalau sehari tak bagi mesej memang tak sah. Walaupun aku sudah di Kuala Lumpur, memang dia tidak pernah terlupa untuk memberi mesej berupa kata-kata berunsur semangat dan ucapan selamat pagi, selamat malam, selamat tengah hari, selamat petang, pendek kata semua ucap selamat dia nak ucap. Amir memang handsome tapi dia pendek, muda setahun daripada aku pulak. Muda tetap muda. Padahal kalau dah cinta, ada apa dengan nombor kan? Tapi aku yang tak nak. Jual mahal? Takut saham turun?

Hari itu aku perlu ke kilang kami di Batu Pahat lagi, Datin suruh audit HR department. Aku pun tak tahu apa sebabnya aku perlu audit walhal bukan bidang kuasaku. Leceh betul. Tapi Datin dah suruh, I follow... Nanti tak ikut, kena tolak gaji kang. Mana aku nak cekau duit nak bayar kereta aku, rumah sewa aku lagi. Bala bala.

“Ok, Adawiyah you can deal with Wan for everything about HR, he is the one in charge”.

“Wan, this is Adawiyah. You jangan nakal-nakal ye”.

Kata setiausaha yang memiliki wajah ala-ala Nora Danish menjeling manja lalu mengenyit mata ke arah lelaki tersebut. Apabila dengan aku, masam mencuka. Seksi! Baju jenama Zaraa tapi tiruan punya, muka pulak ketat semacam, tak untunglah jadi orang cantik tapi perangai tak semenggah. Mungkin kalau aku laki, dia layan aku kot. Aku dan lelaki itu berpandangan sesama sendiri. Aku macam kenal siapa dia. Tapi kenapa aku rasa aku ada short term memory, ke aku ada amnesia sampai aku tak boleh ingat siapa Wan? Pelanduk dua serupa? Kan orang cakap, kita ada 7 lagi kembar yang muka sebiji cam kita. Mungkin ini salah seorang kot.

“Make it short, my name is Adawiyah, hope can…”

“Alah Ad, tak payahlah nak berspeaking dengan saya. Awak dah tak cam saya heh?” Aku berteka-teki. Sudah. Mamat mana yang mengaku dia kenal aku ni?

“Saya, orang yang awak jumpa kat stor hari tu. Dah lupa? Sekejapnya awak dah lupa. Awak kena recharge bateri otak awak ni. Hehe”

“Eh, Amir?”

“Ya lah, nama saya Wan Amir. Tapi dalam office orang panggil saya Wan. Surname kononnya. Tapi kalau nak perkenalkan diri kat sesiapa, saya guna nama Amir”.

“Oh…I see. Patutlah awak ada nombor telefon saya, awak orang HR rupanya!” aku berseloroh.

“Gotca!” menyeringai gigi Amir menampakkan hampir kesemua gigi bahagian atas. Cute jugak. Sempat pulak.

“I see…. Ok Amir, lets start. We need to do it faster so that I can go back earlier to KL”.

“Oh.. I see…I see…” Eh mamat ni perli aku ke? Oh I see, oh I see. Belasah kang.

“Ad, kenapa nak balik awal-awal ke KL, ada orang yang menanti lah tu”.

“Memang ada yang menanti, umi, abah dan adik-adik”.

Amir hanya mengangguk faham dan tersengih seperti kerang busuk. Entah apa yang kelakar. Lawak sangat ke? Ke ada cili kat celah gigi aku tadi? Pagi tadi kan aku melantak sampai dua bungkus nasi lemak mak cik yang berniaga depan office. Memanglah sedap tapi orang tamak memang selalu rugi, natijahnya sejak pagi tadi aku dah dua tiga kali buat temu janji dengan Cik Toi.

Kami memulakan ekspedisi dengan memunggah fail-fail lama dan meneliti maklumat pekerja yang pernah membanting tulang memberi sumbangan tenaga dan idea yang tak putus-putus sampai syarikat kami berjaya. Bayangkanlah, kami terpaksa key-in data pekerja yang zaman Tok Kaduk sampai sekarang, zaman Oppa Gangnam Style. Habis jari jemariku yang mulus ini bengkak.

“Aduh, saya sakit perut!” Aku terus berlari mencari toilet. Tak sempat mendengar kata-kata Amir. Bagaikan lipas kudung aku berlari, kalah Usain Bolt! Haa… Siapa suruh gatal sangat makan nasi lemak tadi. Diarrhea ke aku ni? Aku pandang anak panah ke arah Cik Toi. Apa? Toilet level ni rosak. Aku dah nak terburai isi perut, kena pergi level lain pulak? What the… tapi sebab dah tak tahan punya pasal, aku kena gagahkan diri juga! Nak guna lif, atau naik tangga? Lif? Tangga? Alah, naik lif saja. Bukan ada orang lain kat office waktu pukul 6 petang ni. Semua orang sudah boleh punch out seawal pukul 4.30 petang pada hari Jumaat. Terbuka saja pintu lif, mata kami bertaut. Alamak laki yang aku jumpa kat KLIA hari itu! Macam mana dia ada kat sini? Kenapalah kita kena berjumpa waktu aku dalam keadaan darurat? Sabar sajalah.

Dia Bukan Milikku (Part 2)

Dia Bukan Milikku (Part 3)

6 Jan 2014

Seloka Kelas 401 & 501

Assalam wbt

Ni seloka kelas aku 401 & 501 mase kat jasin.. saje nak share kat sini...

Assalamualaikum salam diberi,
Seloka 501 menyusul kini,
Waalaikumussalam itu sudah mesti,
Tak jawab…. Tanggunglah sendiri.

Bermua dengan guru kelas kami,
Bergelar cikgu pakar bangganya bonda kami,
Namanya Cikgu Zaherah indah sekali,
Bertanggungjawab dan juga berdedikasi.

9 wirawan, 15 wirawati,
Bekerjasama meningkatkan prestasi,
Gelaran ‘kelas skema’ kepada kami,
Biar… tak kisah…. Yang penting identiti.

Presiden kelas jawatan diberi,
Pembahas terbaik gelaran terpuji,
Irfan Radzwan empunya diri,
Nak jadi peguambela yang berkualiti.

Naemah pula naib presiden kami,
Senyum selalu manis sekali,
Calon isteri perempuan mithali,
Tak pernah marah tenangkan diri.

Budak pandai 3.9 GPA nya,
Selalu study Cik Isma Zamila,
Fathiah pula apa kurangnya,
Study sokmo siap semua kerja.

Add Math memang petik jari,
Atifa Sanif happy go lucky,
Azrin pula kawan senegeri,
Selalu bersama ke sana sini.

Diba gelabah tak tentu hala,
Tengok kelas bersepah gila,
Tapi Andeque buat tak tau aja,
Selamba saja itu motonya.

Bila bercakap ntahhapahapantah,
Tanya sepatah jawab 20 patah,
Fara tergelak terkejut Qilah,
Tu dia, loghat Utagha dah kuaq dah.

Kecil molek comel dipandang,
Itulah Zatiiwani otaknya panjang,
Liza Mon pula series memanjang,
Tapi bila ketawa semua bengang.

Loghat jawa memang sukar ditukarkan,
Aliff dari Muar anak pakcik Tukiran,
Edham pula rakan seangkatan,
Selalu senyap jaga adab sopan.

Atlet maktab acara olahraga,
Muka Iqbal merah malu tandanya,
Fahmi pula besar badannya,
Patut masuk ragbi, sesuaila…..

Panggilan ayam tapi kenapa,
Bila presentation excited juga,
Zulfadhli Arif sedanya nama,
Firdaus menggeleng mengutuk dia.

Ain dan Paddy buat kerja gila-gila,
Selalu bising penyeri kelas agaknya,
Shazlyn pula enam kali tiga,
Fatin tersenyum nak join cakap aje la….

Budak skima presiden kelab Filateli,
Ahnaf Satari bergurau jarang sekali,
Lain pula Uzair si penyanyi,
Selalu menyanyi atau mengaji.

Seloka kami dah hampir kehabisan,
Kalau terkasar bahasa harap dimaafkan,
Lagipun ia hanya gurauan,
Sekadar tulisan untuk kenangan.

Semoga Berjaya untuk semua,
SPM 2005 nak hampir tiba,
Sedia awal tumpuan sepenuhnya,
Kita Berjaya, kita gumbira!!!

rasa dah lame giler tak jumpe kawan2... muge semua orang pun berbahagia... setakat ni yang dah kawen, ain, aku, azrin, uzair, tu je kot... 


masing2 dah ade kerjaya sendiri.. ade yg jadi doktor, peguam, jurutera, pegawai ptd, buat bisnes,... seronok kalau ingat kenangan lalu... 




















Sekian, tq

5 Jan 2014

Qisya Masuk Hospital

Assalam wbt

Secantik nama dan orangnya. Tapi ati sabtu lepas masuk spital. Sebab apa? Sebab die nangis2 tak henti. tak boleh minum dan makan. Kalau minum or makan mesti muntah2. Qisya ni anak sedara kitorang. Umo baru 9 bulan. 

Simptom laen die demam sejak beberapa hari tak baek2,, asek selesema je. Batuk2... Doc swasta cakap qisya nye tonsil membengkak. Tu tekak tak boleh terima. Teros refer ke hosp gomen. Kat sane, dpc saspek darah putih lebih banyak daripad darah merah. Sebab ape camni? Doc cakap kalau darah putih lbey banyak drp biasa means dijangkiti bakteria. But if darah putih sikit plak, ia dijangkiti virus. Nampak x? Ok kalu bakteria banyak dalam darah, sel darah putih akan bertindak nak makan bakteria tu sebagai protection. Kalau ad virus lak, sel darah putih tak larat nak lawan. Tu kuantiti kurang. Lebey kurang camtu la. 

Then, doc amek sample darah. Air kencing akan ditimbang. At de same time ade air salur masuk melalui tangan qisya. Sian giler. Tapi tak boleh blah, doc pelatih tu masukkan tiub kat salur pernafasan qisya. Ade ke patot, kan die dak 9 bulan! Memang kene marah ngan doc pakar. Hoho. 




Tapi qisya tak banyak songeh. Kalau tengok hippa hippa hey dan egg baby tu nanti die diam. tak nangis. Cepat lapar tapi bile makan muntah lak. Cian kitorang tengok. 

Sebab nye jadi camtu mebi udara tak bersih. Persekitaran cam nursery or rumah tak bersih. Nak2 baby 9bulan kan da stat tumbuh gigi n suke masukkan jari dalam mulut. Pastu mebi tak banyak minum air masak. Tekak sakit la/luka la. Tu xleh makan. Pastu mebi sebab gaya pemakanan cam suka tukar2 susu/makanan baby tak sesuai. Pastu mebi sebab masuk angin. Klise nye, malam2 idopkan kipas kuat bebenau cam nak tercabut pastu baby tak dipakaikan selimut or stokin. 

Oleh itu mari kite jage anak baik2. Muge qisya cepat sembuh ye. Mak aku pun yelah nangis2 ingat qisya ni. 





4 Jan 2014

Scan 3D/4D di Batu Pahat, Jangan Sengaja-Sengaja Lambat Scan Baby Dalam Perut

Assalam wbt

Arini kami search banyak klinik kat batu pahat yang leh buat scan 3d. Nak kenapa buat scan 3d? Saje-saje tu jawapan aku. Keh3. Kitorang excited terlebih dengan bakal kehadiran anak sulong. 

Pencarian adalah mesti doktor perempuan. Sebab tak terdesak. Jadi ia tak darurat sebab tu wajib jaga aurat. 

Dari shah alam ke melaka cari tetap tak jumpe. Ni kat batu pahat, gi klinik nur cume ade scan 2d. Klinik sharifah fadzlun xde scan langsung. Klinik nge (parit raja) ade scan 3d n 4d, tapi doktor laki sahaja yg ada. Klinik wang yong peng takde scan langsung. Hospital putra batu pahat, ade scan 3d tapi doktor laki aje dan sabtu tutup okeh. (Lupa sabtu dah jadi cam ahad kat johor)... Last2 gi hospital pantai batu pahat ada doktor perempuan name doc lau. Tapi die bercuti rini. Kalau nak scan rini ngan doc laki plak. Malas la. 

Pastu receptionist kt hospital pantai tanya kenape nak buat scan 3d. Agak bahaya sebab radioaktif lagi kuat. Nak2 baby da 8 bulan. Jadi kesimpulan kami kat sini, Allah memang dah gerakkan kami supaya tak check. Sebab dah start pencarian klinik scan 3d sejak 2 bulan lalu. Tetap tak jumpe tapi kami degil nak check gak. Last2 Allah datangkan receptionist hosp pantai ni untuk bagi ayat2 nasihat kepada kami. Baru sedar T_T

Untuk cerita sebagai pengajaran. Ada seorang kawan kami, untuk anak kedua, dia memilih utk tidak scan dan hanya yakin dengan degupan jantung saja. Kuasa Allah, masa lahir then baru tahu anaknya kurang upaya (oku) , sbb doktor lambat detect. Jadi korang janganlah sengaja-sengaja nak elak-elak. Nauzubillah, kalau korang pergi scan seawal umur 5 bulan dalam kandungan dan doktor ada detect apa-apa yg tidak normal, doktor boleh bagi ubat yang sesuai yang mungkin membolehkan kandungan tadi menjadi normal semula tetapi kalau macam umur 7-8 bulan baru nak scan, itu memang dah tak boleh buat apa... just redha aje yang anak akan jadi seorang OKU. nauzubillah sangat....



Sekian tq. Muga jadi pengajaran.
Sokong IG saya zhulian_chua

3 Jan 2014

Bagaimana Nak Kira Zakat Pendapatan Sendiri

Assalam wbt

Aku pergi dengan Bang Ajid ke pusat zakat melaka sebab nak taw bape banyak kene zakat.hanya 2.5% total pendapatan setahun yang akan dizakatkan. kalau kes dapat pampasan atau bonus, kirakan 2.5% daripada nilai bersih.

untuk nisab zakat as of 31/12/13, jumlah minima gaji setahun yang perlu dizakatkan ialah RM14,076.21... untuk pengetahuan, nisab ini akan berubah tahun demi tahun... masa kitorang gi, belum tukar lagi...

untuk nisab emas as of 31/12/13, RM135.37 per gram. emas yang dipakai yg perlu dizakatkan ialah bila lebih 250gram. kalau emas yg disimpan, yg perlu dizakatkan ialah bila lebih 250gram.

meh kita kira sama2....ni sekadar contoh.

A) Pendapatan
i) Gaji sebulan x 12 bulan = RM3,000 x 12
ii) Elaun sebulan x 12 bulan = RM0
Jumlah pendapatan = RM36,000

B) Perbelanjaan yang dibenarkan syarak
i) Diri sendiri : RM8,000 (setahun) = RM8,000
ii) Isteri: RM5,000 (setahun) (yang tak bekerja) = RM0
iii) Anak-anak : RM1,000 (setiap seorang)(tanggungan suami) = RM0
iv) Sumbangan kepada ibu bapa (setahun) = RM6,000 (ikotlah korang bagi bape)
v) Caruman KWSP (setahun) = RM3,960
vi) Caruman Tabung Haji & Insuran Takaful (setahun) = RM1,800
Jumlah perbelanjaan (setahun) = RM19,760

C)Jumlah yg layak dizakatkan = RM36,000 - RM19,760
= RM16,240

D)Jumlah zakat = RM16,240 x 2.5%
= RM406

Sekian, terima kasih. semoga bermanfaat.

2 Jan 2014

Pajak Gadai di Bank Rakyat

Assalam wbt

Selalu kite dengar pajak(arrahnu) dan gadai berlesen yang ade ca ya nun alif tu kan. Tapi yang tu ade unsur riba. Okies ni akucerita bahasa pasar je la yek. Oh ye tadi gi bank rakyat nak pajak emas la ni. Tu yg ade pengetahuan. 

Nak gadaikan ape? Ape2 emas dr yg 700++ tu ke 999... Cam emas916 tu boleh sangat lah. Bawak la resit yg membuktikqn berat emas tu. sebab nanti dorang nak kira balik gune densimeter machine. Kire nak ukur density emas tu la. Gune air je. Yela. Air nye density kan 1kgcm-3,, kire nisbah tu tepat la. 

Ni die densimeter. Kalau orang bank rakyat tak dapat nak ukur dengan tepat itu mebi disebabjan 1) bentuk fizikal or rekabentuk emas halus sangat/banyak rongga/ringan nau. 2) ralat mesin lame tak servis or dok bawah penghawa dingin. 3) polisi arrahnu tu sendiribnak kurangkan jumlah pinjaman. 

Margin gadaian adalah 65% untuk kali pertama dan 70% untuk kali kedua dan seterusnya. Maksudnye kalau emas kite berharga rm1000, gadaian kali pertama ialah 65% x rm1000 = rm650.... 

Bank cume amek kos upah jage n sewa peti aje iaitu,,, kalau untuk kes memajak 65% drp jumlah emas, maka upahnye 0.75% atau bersamaan rm7.50 sebulan. Kalau kes memajak 70% drp jumlah emas, upahnye bertambah jadi 0.8% atau bersamaan rm8 sebulan. Xde la banyak...(yg ni aku tanya tadi... Tapi bile bace pamplet cam tak betul je info yg die bagi) .... Tapela yg penting lbey murah compared conventional iaitu 2% drp nilai pinjaman untuk sebulan... 

Pinjaman untuk 1 kontrak ialah 6bulan. Kalau nak pajak more than 6bulan akan ade kontrak baru. Kalau tak tuntut dalam mase tu, kene lelong. Lain kes, Contoh kalau 1/1/14 aku pajak emas, 8/1/14 dah nak tebus balik. Kire 8 ari je la kan,,, maka kos upah tadi tetap dikira 15 hari. Kiranya kalau nak tebus <15 ari tetap dikire 15 ari... Tapi kalau aku tebus 16/1/14, maka kos upah tol2 kire rate 16 hari. 

Untung arrahnu bank rakyat. Jadi moh gi bank rakyat. Jangan nak pajak2 kat kodai cina. Hihi. 


Sekian, Tq

1 Jan 2014

Coconut Shake Klebang, Melaka

Assalam wbt

Tadi beli coconut shake kt klebang melaka yang selalu hangat diperkatakan. Lokasi di jalan klebang besar, tol2 tepi jalan sebelah stesen minyak caltex kalau tak silap. Boleh beli take away. Or makan kat dalam kedai.

Ok kedai agak bersih. Dibukak setiap hari so far. Ahad - khamis, dari kol11 pagi hingga 630 petang. Kalau hari jumaat, bukak kol230 - 630 petang. Kaw juge la kalau nak komen. 1 cawan rm2.5o yg take away. Kalau minum sana aku tak pasti lak. Hehe.

Pastu lepak kat pantai puteri sambil minum coconut shake. Tapi jujur cakap, coconut shake kelantan laaaaagi sedap. Hehe.