TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

19 Nov 2011

Belanjawan 2012

Assalamualaikum w.b.t

Ringkasan Belanjawan 2012 Malaysia

INTIPATI BAJET 2012
Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion 
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Jebat: (1) Lebuh raya JB-Nusa Jaya,jauh di selatan. yg kat KL ni pun banyak lagi yg terbengkalai. patut ada gak peruntukan. mentang2 tol tak naek sampai 2015..  (2)muzium Taiping nak majukan dari segi ape? baik majukan zoo taiping. aku ase binatang sikit sangat. barang sejarah memang bukan ke yg tu je.. ke ada jumpe tapak arkeologi yg baru? (3), (4) dan (5) takleh komen sebab takde kaitan...

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013. 

Jebat: yang untung, kampeni yang keluarkan kereta hibrid cam toyota prius tu.. sonok betol...


RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahbaikan sekolah.RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Jebat : Sebbek ade MRSM. dulu teman pun sekolah kat MRSM. kesian masa zaman teman dulu, MRSM selalu dianaktirikan. sampai takleh masuk dalam ranking SPM seMalaysia. takut SBP jatuh ranking bawah MRSM.

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global. RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Jebat: arap-araplah rakyat Felda ni terbela. tapi selalu felda je. yg felcra tak amek peduli ke? ke same je? haha... tatau lak...

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Jebat: ye.. memang kena pulangkan baliklah duit yg mak bapak dah terlebih bayar walaupun satu sen. jangan sekolah nak makan pulak kan.. sampai masuk paper... sekolah tak cukup wit lagi ke? pelik jugak aku.
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Jebat: tapi masalah kelebihan duit yg dibelanja oleh kerajaan aritu.. lebih RM3.84bilion kot kalu tak salah.. adalah masalah orang pencen2.. patut dapat pencen tapi tak sampai kepada orang yang betul. jadi kampeni tu mesti selalu hapdet pekije dorang yang dah pencen.. samada dapat salurkan kepada orang yg betul ke tak... buat pantauan dan audit..


Kakitangan awam
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320. Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Jebat: bila gaji kakitangan kerajaan naik gaji, harga barang pun naik.. konon ada bagi subsidi tapi still.. naik gak one day...Abes aku ni kakitangan swasta takde kenaikan gaji.. tak aci pulak..


Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Jebat: polis ni bukan penambahbaikan balai je.. tapi attitude kenalah bertambah baik. jangan nak fikir stres die je bila orang buat aduan. polis kene belajar selami perasaan orang awam yg membuat report. berfikiran matang. kalu nak marah pun jangan sampai baling2 sampah depan orang awam. nampak sangat tak profesional.....!! (IPD Shah Alam Seky9 - Konstabel M***)

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Jebat: Bagus gak la yg ni.. terbela dorang...
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen. Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen. Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50, Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Jebat: Sampai bila nak ada subsidi ni? nanti bila ada pilihanraya.. cakap takkan bagi subsidi lagi kalu kite sokong bulan... camana ni...?


Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Jebat: Eloklah sangat... tapikan.. skim rumah pertamaku ni tinggi interest.. dan masa aku pergi aritu dia nak yang kerja kerajaan saja. kenapa pekerja swasta dan kerajaan tak boleh dilayan sama rata? sape yang menjana ekonomi pada negara? bukan dorang saja. sape yang bayar tax? banyak lagi pekerja swasta asenye... tak adil betol...!
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Jebat: Harap2 lah bukan 2x ganda nak bayar balik macam kebanyakan bank kat mesia ni... 5k jadi 10k... baik takyah pinjam kalu tak terdesak... siyes...


Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan. Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik. Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian. Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Jebat: memang layak pun ada pengecualian sume2 ni.. mana tak nya.. yg aku dengar dari pakcik tu.. dorang kene bayar cukai SETIAP HARI RM80.. kalau pakcik tu tipu aku tipu gak ar... ish2... sian.. yang jadi penumpang tak sampai pon RM50 pun kadang2 dalam sehari tu.. macam kat Terminal Bandar Selatan. pelambakan teksi je aku nampak....


Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur. Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.

Jebat: yg ni... ish... gelandangan? er... aku ase baek buat kilang.. dan soh orang gelandangan ni kije kt kilang tu... ha.. baru betul nolong namenye... hoho

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Jebat: bagus gak lah tu... 13%.. cepat sikit kwsp aku menjadi banyak..hua2.. tapi ade je kampeni dah memang bayar 15%... best tol kampeni tu...

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Jebat: sekali lagi... bonus orang kerajaan ni dapat dari bayaran tax orang kije swasta ek? dah tu kami takde bonus.. tak adillah.. ape kate kurangkan tax.. so eventho tak dapat bonus.. tax sikit..haha
Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos; Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. 

Jebat: yg ni aku sokong sangat2!! sebab mak ngan abah aku pon apply! kakak aku yg apply kan..hehehehe


Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit. Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan. Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah. Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Jebat: Aku ase rumah aku pun selalu banjirlah.. aku area Batu Pahat...

yang ni memang totali plagiarism yg aku buat dari blog mane tah masa blogwalking.. sebabnye aku tak bace masa paper aritu buat liputan.. hampeh punye rakyat mesia camni kan...tapi aku tak ketinggalanlah. aku baca dan fahami isi kandungannya. dan siap kopipes masuk dalam ms word. untuk aku jadikan bahan rujukan.. sekarang aku kopipes dalam blog aku bia aku senang nak carik... semoga kita dapatlah kebaikan bersama :)

No comments: