TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

19 Nov 2011

Teknologi Bekam

Assalamualaikum w.b.t

Aritu aku ada pergi Klinik Kita kat WangsaMaju. aku muntah2 pagi tu... jadi aku tanyalah doktor ape sakit aku. memanglah doktor akan cakap apa simptom2.. dan nampak gayanya aku menjadi sasaran gastrik.. bagaimana terjadinya gastrik adalah bilanya kita dah selalu makan pada waktu tertentu.. dan perut pulak secara tak langsung dah terjadual untuk merembeskan asid gastrik iaitu asid yg mencernakan makanan kita. dan bila kita tak makan. asid tadi tetap dirembeskan. hasilnya asid dan keadaan perut tu membuatkan die tersejat menjadi gas. tu yg kita banyak angin dalam perut.. dan angin2 ni tadi taktau nak bebas keluar badan camne.. tu yg sendawa2.. kentut2.. hehe.. dan kalau die x keluar gak.. perut ada connect kat saraf belakang badan.. die gi ke arah bahu.. tengkuk.. kepala... tu yg badan kita lenguh2 sengal2 kat bahu.. sakit kepala...

kesinambungan dengan itu, aku pun dengan duit yang tinggal sekangkang kera (biasalah tengah bulan...) menggagahkan diri ke Carrefour Wangsamaju. nak berbekam.. kedai tu dekat je ngan nagoya dan pintu masuk k4... 1 cup rm15.. aku bawak duit sikit je.. aku ingatkan bape lah sangat... nak testing2.. sekadar 3 cup ok je kot... tapi bile orang tu bekam.. hamek kau! 16 cups! hahaha.. elok beno la.. banyak angin sangat kot...banyak toksin...bekam takleh buat selalu.. pasni pengamal perubatan tu anggarkan lepas 3 tahun baru boleh bekam balik...yg tu reason die ape ek... pikir sendiri la...

oleh sebab terlalu curious, aku gugel camne bekam boleh terjadik. aku bukan plagiarism... aku dah ubah2 taw ayat die.. kebanyakan penyakit dalam tubuh kita berpunca dari makanan yang melebihi kadar seimbang. Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut.betullah kan...segala macam penyakit datang dari perut.. tu sebab kita diwajibkan puasa. pastu kapilari2 dari perut pula akan menyerap zat2 yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari tubuh badan. darah yang ada nutrien tadi akan mengalir ke semua organ-organ dalam tubuh badan macam hati,paru-paru,jantung,kelenjar-kelenjar,otak,organ pencernaan,ginjal,organ pembiakan dan lain-lain.

Dalam masa yang sama, darah jugak akan mennyerap bahan-bahan buangan dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia. gas yg gastrik tadi tu pun barangkali ada terperangkap sekali la bawah kulit. dan... lepas tu bila kaedah bekam ni.. pengamal perubatan ni akan letak cup atas titik2 tertentu,,,dan bila udara dikeluarkan dari cup, iaitu keadaan vakum. maka tekanan negatif akan terbentuk dalam cup. dan kapilari darah ni menghilangkan perlengketan/adhesi jaringan ikat. maka mengalirkan darah “bersih” ke permukaan kulit. tu yg darah tu boleh keluar..


Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)
ikut sunnah Nabi, dapat pahala..insya Allah :) semoga kita dapat pelajaran bersama-sama....

No comments: