TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

21 Feb 2025

Jadual Solat Sunat Rawatib Muakkad 12 Rakaat Yang Dikatakan Rasulullah

Assalamualaikum wbt dan Hai,

Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa mengerjakan solat sunnah dalam sehari-semalam sebanyak 12 rakaat, maka kerana sebab amalan tersebut, ia akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
(HR Muslim no. 1694)

Solat Sunat Rawatib - Muakkad adalah seperti berikut:-



Terima kasih. 



20 Feb 2025

Ramadan Hampir Tiba

Assalamualaikum wbt

-------------------------

Assalamualaikum, Nama saya Syaaban.

Saya ingin mengingatkan jiran saya Ramadan akan mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya Rezeki, bersama kedua-dua anaknya, Sahur dan Berbuka. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya Bernama Rahmat, Berkat dan Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki Pesawat Penerbangan Aidil Fitri Airlines. Hargailah mereka, anda akan mendapat berkat.




-------------------------

11 Feb 2025

Kisah Mukjizat Rasulullah - Pedang daripada Tandan Pokok Kurma

Assalamualaikum wbt,

Semasa berlaku Perang Uhud, Allah memperlihatkan kehebatan Rasulullah melalui beberapa mukjizat. Antaranya yang berlaku kepada sahabat bernama Abdullah bin Jahsy. Abdullah berperang bermati-matian sehingga pedangnya patah. Oleh kerana Abdullah tidak mempunyai pedang lain, Rasulullah memberi sebatang tandan kurma kepada Abdullah. Tanpa banyak soal, Abdullah melibas dan memukul musuh menggunakan 'pedang'nya itu. Dia mempamerkan keberanian dan semangat namun Abdullah tidak sempat menyaksikan peperangan berakhir kerana mati syahid. Tercapailah cita-citanya untuk berjuang dan mati kerana Allah.




Semoga kita lebih mencintai Rasulullah.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Terima kasih. 

10 Feb 2025

Doa Mustajab Semasa Tahiyyat Akhir Pada Solat Waktu Subuh

Assalamualaikum,


Sebelum mulakan  aktiviti hari ni, mulakan dengan doa ini. Ada ulama berpendapat untuk membacakan doa ini selepas bacaan tahiyyat akhir, sebelum memberi salam. Semoga kita mendapat ikhtibar daripadanya. Aamiin. 

🔊 Niat dan Doa

DOA DI PAGI HARI:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً




“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezki yang baik dan amal yang diterima.” (HR. Imam Ahmad dan Ibnu Majah)



Terima kasih.

8 Feb 2025

Doa Semoga Hati Tidak Membolak-Balik

Assalamualaikum wbt,


Diriwayatkan daripada Syahr bin Hausyab, beliau pernah bertanya dengan Ummu Salamah, doa apa yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah ﷺ ketika di sisi engkau? Ummu Salamah menjawab,

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ


yang bermaksud, “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu.” Ummu Salamah pernah berkata kepada baginda kerana seringkali membaca doa ini. Lalu Baginda ﷺ menjawab, tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya. 
(HR Imam Ahmad)




Terima kasih. 

6 Feb 2025

Ayat Email Farewell

Assalamualaikum wbt dan Hai.

Aku share sini untuk sesiapa yang memerlukan. 


------------------------------------------------------------------------------

To all (NAMA COMPANY) Family,

Assalamualaikum and Good day to everyone.

As I sit down writing this email, my heart is filled with a mixture of emotions - excitement for the new journey ahead and a tinge of sadness as I bid farewell to a place that has been my home away from home for the past 10~11 years.

I would like to express my gratitude to (NAMA BOS) and the entire management team for opportunity given. I have gained valuable experience while serving the company.

To (NAMA DEPARTMENT) team, thank you for the collaboration, the laughs, and the incredible work we have accomplished together. It has been an honour to work alongside such talented and dedicated individuals. To PM and drafters , I appreciate your trust in me and the opportunities you have given me to grow.

Although I am moving on to a new chapter, this is not goodbye—it’s just “see you later.” I hope our paths will cross again in the future. I look forward to staying in touch and witnessing the continued success of (NAMA COMPANY)

 

Once again, thank you for everything! Wishing you all continued success and happiness.


Officially signing off,

NAMA

EMAIL@gmail.com

------------------------------------------------------------------------

 




11 Jul 2024

245 Nama Bayi Perempuan Bermula Daripada Huruf N

Assalamualaikum wbt dan Hai,

246 Nama Bayi Bermula daripada huruf N, cumanya aku tak tulis maksud, maksud insyaAllah memang baik-baik belaka. nanti carilah maksudnya sendiri ya. hehe. Kalau aku ada masa, aku tuliskan balik maksudnya. 
 


 Naabisa

 Naadima

 Naafeza

 Naafi'an

 Naafila

 Naafiya

 Naahida

 Naaifah

 Naaira

 Naatiqa

 Naayifa

 Naazeyrah

 Naazil

 Nabahah

 Nabihah

 Nabila

 Nadeeda

 Nadeera

 Nadelle

 Nadhifah

 Nadhirah

 Nadhra

 Nadhrah

 Nadia

 Nadia

 Nadiah

 Nadilah

 Nadimah

 Nadine

 Nadwah

 Nadzieja

 Nadzieja

 Nadzifah

 Naelia

 Naemah

 Naenia

 Naerah

 Naeva

 Nafeeha

 Nafi’ah

 Nafiatul

 Nafiza

 Naflah

 Nageena

 Nahda

 Nahda

 Nahia

 Nahidhah

 Nahilah

 Nahiya

 Nahiyyah

 Nahizah

 Naiah

 Naibah

 Naida

 Naifa

 Nailah

 Nailisaadah

 Nailufar

 Naisyaturahma

 Najah

 Najasya

 Najat

 Najdah

 Najdina

 Najdiyyah

 Najiah

 Najiba

 Najihah

 Najla

 Najsya

 Najuwa

 Najwa

 Nakheela

 Nala

 Naledi

 Nalina

 Namari

 Nameerah

 Nami

 Namia

 Namira

 Nanami

 Nancy

 Nandita

 Naolin

 Naomi

 Naqeesha

 Naqibah

 Naqiyya

 Nara

 Naradeen

 Nardeen

 Narelle

 Naresa

 Narie

 Narina

 Narisha

 Narjisya

 Naseera

 Nasha

 Nashmia

 Nashru

 Nashwa

 Nasia

 Nasila

 Nasira

 Nasrin

 Naswa

 Nasyaath

 Nasywaan

 Nasywah

 Nata

 Natalie

 Natrah

 Naufa

 Naurah

 Naurin

 Nauwira

 Navisha

 Nawala

 Nawalia

 Nawami

 Nawara

 Nawfa

 Nawrah

 Nawriy

 Nawwafa

 Nawwal

 Nawwar

 Naya

 Nayali

 Nayani

 Nayara

 Nayeli

 Nayyara

 Nayyirah

 Nazaha

 Nazanin

 Nazareth

 Nazaria

 Nazeela

 Nazheefa

 Nazhiy

 Nazhliyya

 Nazila

 Naziqa

 Nazira

 Nazirah

 Nazla

 Nazneen

 Naznin

 Nazra

 Nazreeta

 Nazwa

 Nazyla

 Nazzwa

 Neda

 Nedra

 Neea

 Neeka

 Neelya

 Neera

 Neesyana

 Nejla

 Nejma

 Nelda

 Nelida

 Nelina

 Nelita

 Nelofa

 Nemira

 Nena

 Nerida

 Nerissa

 Nesha

 Neslihan

 Nessarose

 Nessie

 Nettie

 Neva

 Nevaiah

 Nevita

 Neyma

 Nezila

 Nezira

 Nhajla

 Nhazzla

 Nicole

 Nidaa

 Nidhar

 Nidia

 Nidya

 Nifa

 Nigella

 Nihlah

 Nihra

 Nihreera

 Nijad

 Nikaia

 Niken

 Nikken

 Nileena

 Nilena

 Niloufar

 Nilsa

 Nirmala

 Niruja

 Nisa

 Nisreen

 Nita

 Nittheesa

 Niyda

 Noelle

 Noemi

 Nola

 Nolita

 Norarose

 Noreen

 Norin

 Norlin

 Novalie

 Novian

 Nu’ayma

 Nubyla

 Nufayla

 Nufus

 Nufuzu

 Nuha

 Nuhyah

 Nujayma

 Nura

 Nurain

 Nuraini

 Nurma

 Nurrin

 Nusaybah

 Nusrah

 Nusreta

 Nuurin

 Nuvena

 Nuwarrah

 Nuzula

 Nyla

 Nylani

 

Sekian Terima kasih. 

11 Oct 2023

Seloka Subuh itu Terjemahan Diri

Assalam wbt dan Hai,


SESUNGGUHNYA, SUBUH ITU TERJEMAHAN DIRI 

Jika subuhnya sentiasa dipelihara.
Tanda akan selamat dari neraka.

Jika subuhnya tiada dia tinggal.
Allah melindunginya dari aral.

Jika subuhnya didahului sunat.
Berganda isi dunia dia mendapat.

Jika subuhnya bergelapan ke musolla.
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.

Jika subuh ke cerah berwirid lagi.
Mendapat pahala umrah dan haji.

NAMUN...

Jika subuhnya tiada dijaga.
Pada wajahnya tiada cahaya.

Assalam wbt dan hai,


Jika subuhnya sengaja terlupa.
Tanda imannya tiada bernyawa.

Jika subuhnya terasa berat.
Tanda munafik sudah mendekat.

Jika subuh tiada dipeduli.
Tanda iman menghampiri mati.

Jika subuhnya tiada berjama’ah.
Tanda hidupnya akan hilang barakah.

Jika subuhnya tiada ke masjid.
Tanda imannya ada penyakit.

Jika subuhnya selalu terlewat.
Tanda imannya semakin cacat.

Jika subuhnya diakhir waktu.
Tanda iman semakin kelabu.

Jika subuhnya hari dah siang.
Tanda rezekinya sudah hilang.

Jika di subuh masih berdengkur.
Tanda syaitan memeluknya tidur.




6 Oct 2023

Kisah Mukjizat Rasulullah : Berteduh di Sepohon Pokok

Assalam wbt dan Hai,

Kisah Mukjizat Nabi : Bereteduh di Sepohon Pokok

Rombongan dagang dari Makkah baru sahaja tiba di Syam. Maisarah tidak segera masuk ke pasar. Dia pergi menziarahi seorang rahib Nasrani yang tinggal berdekatan bandar itu. Begitulah selalu apabila dia datang ke negeri asing itu. Sebelum pergi bertemu rahib berkenaan, terlebih dahulu Maisarah meminta kebenaran Nabi Muhammad SAW. Walaupun dia adalah petugas khas yang diwakilkan oleh majikannya untuk menemani dan membantu Nabi, Maisarah sangat memuliakan dan menghormati Nabi.

Dari jauh Maisarah melihat gereja rahib Nasrani yang ingin ditemuinya. Di situlah rahib itu beribadat. Apabila semakin dekat, Maisarah melihat sang rahib sedang berdiri di hadapan pintu biaranya. Kedatangan Maisarah disambut dengan senang hati.

"Dialah nabi umat ini," kata rahib Nasrani kepada Maisarah, sambil pandangannya dihalakan tepat ke satu arah.

Maisarah berpaling untuk melihat apakah yang diperhatikan oleh rahib Nasrani itu. Dia melihat Nabi Muhammad SAW sedang duduk berehat di bawah sepohon kayu tidak jauh dari situ.

"Tidak ada seorang pun yang duduk di bawah pohon itu melainkan dia seorang nabi," kata rahib Nasrani itu lagi.

"Kenapa tuan kata begitu?" tanya Maisarah inginkan kepastian. "Tentu sudah ramai orang yang selalu berteduh di bawah pohon itu."

"Tidakkah kamu perhatikan sewaktu ke mari tadi Adakah di situ memang ada sepohon
kayu?"

"Saya agak tergesa-gesa tadi. Tidak sempat memerhati keadaan sekitar," jawab Maisarah.

"Kamu tidak bertanya kepada teman-temanmu tentang pohon kayu itu?"

"Tidak terfikir pula begitu," jawab Maisarah.

"Kamu sudah pernah datang ke mari. Bagaimana keadaan pohon itu?" rahib Nasrani terus hendak menguji Maisarah.

"Sudah agak lama yang tidak datang ke sini. Saya tidak ingat lagi. Lagipun di sekitar ini banyak pohon kayu," jawab Maisarah.

"Baiklah," kata rahib Nasrani dengan lembut.
"Pergilah dahulu hantar temanmu itu ke pasar. Nanti kamu ke mari semula."

Maisarah pun meninggalkan rahib Nasrani itu. Dia menemani Nabi Muhammad SAW ke pasar untuk memulakan perniagaan.

Tidak lama kemudian Maisarah datang semula. Dia tertoleh-toleh mencari pohon kayu tempat Nabi berteduh tadi. Aneh, pokok tersebut sudah tidak ada di tempatnya.

"Ke mana perginya pokok itu?" soal Maisarah kepada rahib yang memerhatikannya. Rahib itu
hanya tersenyum.

Tahulah Maisarah yang di situ tidak pernah ada sebatang pokok pun. Bermakna, benarlah kata rahib Nasrani itu tadi.


Jom Selawat. 



Terima kasih.