22 Mar 2022
Catatan Intermittent Fasting Tahun 2022
21 Mar 2022
Elok Baca - Sikap Manusia Akhir Zaman
1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.
2. Perubatan semakin canggih, kesihatan semakin buruk.
3. Melancong keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan jiran terdekat.
4. Pendapatan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang.
5. Ilmu semakin tinggi, emosi semakin rendah.
6. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis.
7. Pengetahuan semakin bagus, keadilan semakin berkurang.
8. Perzinaan semakin rancak, kesetiaan semakin pupus.
9. Semakin banyak kawan di dunia maya, tapi tidak ada sahabat yang sejati.
10. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya.
11. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu.
12. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap.
13. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai.
14. Teknologi semakin canggih, fitnah dan aib semakin tersebar.
15. Orang yang rendah ilmu banyak bercakap, orang yang tinggi ilmu banyak mendiamkan diri.
Semoga kita sedar dan Semoga kita semua tetap berada di dalam lindungan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. 🤲
آمِÙŠّÙ†ْ... آمِÙŠّÙ†ْ آمِّÙŠْÙ†َ ÙŠَا رَبَ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ
20 Mar 2022
Sarapan di Lepaq Corner, Seksyen 20 Shah Alam
Terima kasih.
19 Mar 2022
Kisah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman - Pemilik Kambing dan Pemilik Kebun Anggur
Assalam wbt dan Hai,
Saya mendengar Ceramah Habib Ali Zaenal Abidin di Masjid Shah Alam pada 19 Mac 2022.
Kisahnya seperti ini, ada seekor kambing yang merosakkan kebun anggur. Kedua-dua pemuda datang kepada Nabi Daud untuk menuntut keadilan. Nabi Daud memutuskan pemilik kambing bersalah dan perlu menyerahkan kambingnya kepada pemilik kebun anggur. Pemilik kambing pulang dengan hampa. Dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman bertanya kenapa dia muram lalu pemuda itu menceritakan semula kejadian dan keputusan Nabi Daud. Nabi Sulaiman berkata, jika baginda yang membuat keputusan, baginda akan membuat keputusan yang berbeza. Pemilik kambing tadi terus bergegas bertemu semula dengan Nabi Daud dan menceritakan kisah pertemuan dengan Nabi Sulaiman tadi.
Semoga bermanfaat. Terima kasih.
18 Mar 2022
Nursery Dimewa USJ 3A Subang Jaya Memang Menarik dan Harga Mampu Milik
Terima kasih.
17 Mar 2022
Doa Di Malam Nisfu Syaaban
Assalam wbt dan Hai,
Ramai sangat yang share tentang kelebihan berdoa di malam Nisfu Syaaban. Diterangkan oleh Ustaz Wadi Anuar, (link youtube) amalan harian diangkat oleh Allah pada waktu Subuh. Amalan mingguan pula diangkat pada hari Isnin dan Khamis. Amalan tahunan diangkat pada Nisfu Syaaban. Masya Allah. Jadi Rasulullah senang berpuasa pada hari diangkatnya amalan. Jadi siapalah kita untuk tidak berusaha.
Pada malam Nisfu Syaaban, doanya mustajab kata Imam Syafie dan ulama-ulama besar. Jadi mari kita berdoa.
Berdoalah. Dimulakan dengan Bismillah kemudian berselawat.
1. Ya Allah kau makbulkanlah doa aku setiap kali aku berdoa.
2. Ya Allah janganlah kau berikan aku ujian yang aku tidak boleh tanggung.
Baca selawat semula.
Aamiin ya rabbal alamin.
Boleh baca selalu. Insya Allah.
Terima kasih.
16 Mar 2022
Pendapat Keluarkan Duit EPF 2022 - Duit Juga Susut Nilai
Assalam wbt dan Hai,
Alhamdulillah kita boleh mengeluarkan duit EPF pada bulan April 2022 nanti. Ada satu video viral yang mengatakan kalau kita tidak keluarkan wang sekarang, akan berkembang duit menjadi satu nilai yang lebih besar. Pereka konten itu siap membuatkan simulasi melalui ms excel.
Pada pendapat kami, duit ini juga mempunyai susut nilai.
Melalui gambar di atas, kita dapat lihat dengan mudah. Jadi RM10,000 sekarang berkemungkinan sama saja dengan nilai RMxxxx yang selepas ada dividen tadi. Tidak mengapalah kalau keluarkan duit EPF sekarang kerana sekarang lebih memerlukan. Lagipun yakinnya kamu memang hidup lama ya?
Pendapat orang lain-lain dan keperluan orang lain-lain. Jadi janganlah terlalu memaki orang yang nak keluarkan EPF. Please....
Terima kasih.


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)