Jom kita tengok manfaat tembikai.
Copy paste.
Pasti ramai yang tidak tahu tembikai atau nama saintifik Citrullus lunatus adalah antara makanan sunnah dan merupakan makanan kegemaran Rasullah SAW. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmizi bahawa Aisyah r.a. berkata ” Rasulullah pernah makan buah tembikai bersama buah tamar basah ” Ada juga yang meriwayatkan Rasulullah makan timun bersama tamar. Apapun , kedua-duanya (tembikai dan tamar) bersifat sejuk dan mengandungi banyak air.
Sering menjadi pilihan ramai makan buah tembikai ketika cuaca panas kerana jusnya yang banyak membantu ketika yang mengalami dihidrasi. Buah tembikai juga boleh menghilangkan perut buncit dengan mengamalkan makan tembikai setiap pagi. Selain rendah kalori tembikai memang padat dengan nutrisi seimbang yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Jadi ia baik untuk mereka yang mengamalkan pemakanan yang seimbang atau sedang diet.
1. 92% adalah air dan membuatkan kita sentiasa terhidrasi
2. Kaya dengan Vitamin A yang bagus untuk kulit dan mata
3. Rendah kalori, iaitu snek yang kita makan banyak-banyak pun tak rasa nak bersalah
4. Kaya dengan Vitamin C dan boleh menguatkan sistem imunisasi badan
5. Kaya dengan Zat Besi iaitu zat besi diperlukan oleh darah kita untuk memindahkan oksigen ke seluruh badan
6. Kaya dengan kalium yang bagus untuk masalah tekanan darah tinggi atau rendah
7. Kaya dengan citrulline yang bagus untuk peredaran darah kita
Jadi, apa lagi bolehlah kita suka pada tembikai juga, sunnah Rasulullah. Cuma tembikai sekarang memang mahal sangat harganya. Sekilogram di Pasar Basah Seksyen 6 Shah Alam, mencecah RM18 !!! Masya Allah. Kalau tak dapat makan di dunia, kita simpan cita-cita kita di akhirat kelak. Insya Allah.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment