TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

15 Oct 2020

Resepi Fusion untuk Menikmati Kordial Buah-Buahan Anda

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Bagaimanakah Anda Menikmati Kordial dan Pekatan Jus Buah-Buahan Kegemaran Anda?

Hihi, hari ini panjang sedikit tajuk. Kalau korang ada kordial kat rumah, apa yang korang buat? mesti korang just letak sikit kordial, then campur air sejuk Coway, dan terus minum! tak gitu? Hahaha. Saya juga begitu sebab saya seorang yang malas juga. Tapi tapi lepas saya tengok resepi fusion daripada Zhulian, saya rasa saya patut mencuba! 


Yang pertama, minuman Susu-Gaga. Gabungan kordial Mangga dan susu, dah macam mangga shake! 


Yang kedua, minuman Super-green. Gabungan kordial Kiwi dan buah epal.


Yang ketiga, minuman Asam Best. Gabungan kordial Asam Jawa dan daun pudina. Yang ini, saya rasa banyak sudah orang buat tapi ternyata memang sedap, lagi-lagi kalau pekena time matahari tengah tinggi. Sedap sejuk sampai ke usus kecil. 


Yang keempat, minuman Currant Chee. Gabungan kordial Blackcurrant dan buah laici. Buah laici dalam tin sajo kita pakai. Tak sangka jadi lebih sedap!


Yang kelima, minuman Freshee. Gabungan kordial Limau Nipis, serai, asam boi dan daun pudina! Hah yang ini pun banyak kali sangat jumpa kat kedai ! Kalau pekena Asam Pedas dengan minuman Freshee, fuhhhh mengancam ! 


Yang keenam dan yang terakhir ialah, minuman Cik Rosie. Gabungan kordial Ros, Kordial Oren dan daun pudina. Selalu itu, kita nampak kat rumah orang kahwin, air sanquick dicampurkan dengan sirap kan. Lepastu rasa dia kaw-kaw sampai sakit tekak bakhang besoknya... okay yg ini saya tak janji tak sakit tekak tapi kalau korang letak daun pudina, insha Allah okay. 


Alang-alang itu, saya nak kongsikan sedikit kebaikan daun pudina. Kenapa bagusnya letak daun pudina?

16 Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina
  1. Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
  2. Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
  3. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
  4. Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
  5. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
  6. Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda (halitosis).
  7. Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
  8.  Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.
  9. Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
  10. Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
  11. Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
  12. Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya.
  13. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
  14. Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
  15. Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
  16. Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.
Okay itu saja hari ini. Terima kasih..... 

No comments: