TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

20 Oct 2020

Dilema Sebenar Seorang Jurutera


Assalam wbt dan Hi,




Posting hari ini berkait rapat dengan link yang saya nyatakan di atas. Agak panjang bebelan hari ini tapi harap sabar membaca. Kalau tak sabar pun, sabarkan juga. 


Kalau korang nak tahu, bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Sebenarnya nak cari kerja mengikut kos yang kita belajar memang susah. Semuanya bergantung kepada rezeki. Jadi korang doa banyak-banyak yang rezeki korang itu banyak sangat. Minta tolong mak dan abah korang doakan sekali. Sebab doa mereka memang mustajab insha Allah. 

Contoh macam kes aku, aku dulu belajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Keputusan pun Alhamdulillah memang baik, CGPA 3.62. Kiranya memang bagus sangat tapi sayangnya kekurangan yang ada pada aku ialah:
1) Aku kurang pandai berkomunikasi sebab aku rasa takut
2) Aku juga kurang berpengalaman dalam bidang teknikal sebab di UTP banyak mengajar saja, kurang latihan amali
3) Aku tak tahu autoCAD, kebanyakan company memerlukan juruteranya tahu autoCAD
4) Aku tak pandai berbahasa lain selain bahasa Melayu
5) Aku tak banyak connection, kenalan yang telah berkerja.

Aku huraikan satu-persatu ya. Nombor satu, aku kurang pandai berkomunikasi. Ya, aku memang susah nak berborak secara santai terutamanya dalam bahasa Inggeris. Bukan aku tidak cuba bercakap depan cermin, tapi aku memang cepat gagap, gugup, semua ada. Hehe. Itu memang masalah yang susah aku nak ubah tapi perlu ubah. 

Nombor dua, aku kurang latihan amali. Ya di UTP memang tiada latihan amali seperti yang dikehendaki oleh majikan tetapi korang boleh buktikan dengan projek FYP atau projek-projek lain di universiti. Korang perlu yakinkan yang walaupun korang tiada pengalaman, korang mampu melakukan. Bagaimana mahu yakinkan? Kembali kepada nombor satu. 

Nombor tiga, aku tidak tahu AutoCAD. Ya kebanyakan syarikat di Malaysia memerlukan juruteranya tahu AutoCAD. Sebab apa? Sebab jika jawatan jurutera sudah tiada, jawatan kedua yang kita boleh sandang ialah jawatan pembantu jurutera atau assistant engineer atau kata lain ialah drafter. Tak mengapa kalau jawatan bukan jurutera, korang cuba saja yang penting sebelah kaki sudah berada di sini. 

Nombor empat, aku tidak pandai berbahasa selain bahasa Melayu. Ya aku tidak pandai berbahasa Mandarin. Seandainya aku pandai, tentunya aku sudah tersangatlah senang hendak mendapat kerja yang baik. Bukan apa, kebanyakan syarikat memang diterajui oleh bangsa Cina dan mereka memang senang kalau kita pandai bahasa mereka. Aku memang teringin nak belajar tapi aku memang tak sempat. hihi

Nombor lima dan terakhir, kita perlukan connection untuk berjaya. Contoh untuk tahu sesebuah syarikat ada jawatan kosong, korang perlukan seseorang yang berkerja di situ juga. Kalau korang hanya berharap dengan jobstreet, jobcareer dan mana-mana website begini, kebarangkalian kalau korang akan diterima untuk ditemuduga adalah sangat rendah. 


***********************************

Apa-apa pun korang perlu banyak berdoa semoga Allah menggerakkan hati wakil syarikat yang buka resume korang itu terima korang. amin 

***********************************

Okay, katakan korang ambil jurusan kejuruteraan, korang jangan fikir, korang wajib jadi jurutera. Sekarang ini bukan masa untuk memilih. Korang kerja saja apa yang korang dapat. Okay kalau korang pilih jurutera, jurutera ini ada yang hands on dan ada yang tidak hands on. Kalau hands on itu selalunya memang semua orang suka, sebab boleh nampak "cool" dan "show-off" . haha. Hakikatnya, memang best sangat, nak ambil gambar pun memang cool gile! 

Dan kalau jurutera yang bukan hands on pula, korang akan duduk office saja, tiada amali, korang cuma boleh bayangkan saja apa yang ada di lapangan kerja (site) kemudian implement kepada job description korang. Contoh cabang kepada jurutera yang bukan hands on ialah assistant engineer, proposal engineer, designer, drafter, procurement, IT executive, HSE executive, logistics executive, warehouse executive, planner, scheduler, sales engineer, dll. 

Sesungguhnya korang awal-awal korang akan rasa loser apabila tidak memperoleh pekerjaan yang tidak hands on. Kami dulu juga pernah muda, memang tak cool langsung kalau kerja duduk office saja walaupun jawatan tetap jurutera. Tapi korang tahu tak, jawatan yang jurutera buat hands on ini, lama kelamaan memang akan penat gile, nak-nak lagi kalau korang dah berkahwin dan ada anak. 

Untuk jawatan yang bukan hands on korang boleh berkerja dengan tenang hati dan agak kurang stress. Pergi kerja, buat kerja dan balik rumah. Di rumah boleh terus switch kerja jadi suri rumah. Serius pekerjaan ini yang akan korang impikan satu hari nanti. Jadi bersyukur seadanya. 

Kalau korang memang berniat daripada awal untuk berkerja dalam bidang management, kalau korang ada masa, korang sambung belajar MBA Finance atau MBA. Tapi bagi aku kerja sambil belajar adalah pilihan yang lebih baik. Kebanyakan syarikat besar yang hendak ambil pekerja dalam bidang management memang tengok MBA holder. Contoh company besar seperti Sime Darby, Petronas dll. 

Kalau korang tak dapat kerja pula, korang janganlah habiskan masa dekat rumah. Korang perlu bekerja juga sebab nanti kalau ditemuduga, akan ada panel bertanya, korang kerja apa sebelum ini? ha masa itu korang bagitahu. Jangan duduk rumah saja tunggu pekerjaan tiba memang sampai ke sudah tak boleh dapat kalau tak berusaha. 



Okaylah nanti aku tulis lagi. 

Terima kasih. 

1 comment:

Wak Lat said...

selamat bekerja.. 😅