TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

9 Apr 2020

Hari Ini 15 Syaaban - Zoo Negara Adoption Package

Assalam wbt dan Hi,

Hari ini 15 Syaaban 1441. Jadi aku nak share tentang derma kepada Zoo Negara. Haiwan pun perlu pertolongan kita untuk teruskan kehidupan. Yelah, selama ini pengunjung di Zoo Negara yang secara tidak langsung memberi fund kepada bekalan makanan dan kos penjagaan haiwan. Malangnya kerana Restricted Movement Order (RMO) membuatkan tiada pengunjung ke sana. Tambahan pula kini, haiwan juga boleh berjangkit dengan penyakit Covid-19. Memang lagi bahaya. Jadi kalau anda mempunyai lebihan wang, boleh melayari website ini. 

Zoo Negara Adoption Package 

Sangat mudah ! korang pergi ke link di atas, dan di situ akan terpapar borang hendak  bagi sumbangan seberapa banyak yang korang mahu. Paling rendah ialah RM25 dan RM1 untuk harga e-certificate. Jadi, bolehlah korang letak nama sendiri atau nama sesiapa yang korang niatkan. Paling tinggi ialah RM1000. Oh ya, kalau korang nak menderma bagi pihak Company korang pun boleh juga. Jadi mungkin boleh menjadi pengecualian cukai, yang itu aku tak berapa pasti, 



boleh bayar online ya

pakej yang ada 


Jadi sesudah korang membeli tiket yang disediakan, Zoo Negara memang tidak pernah menghampakan. Wang derma yang korang bayar boleh ditukar menjadi tiket melawat ke Zoo Negara, dan boleh digunapakai sehingga Jun 2021, iaitu insha Allah masa itu wabah Covid-19 sudah hilang, amin. Pakej adalah seperti dalam gambar di atas. 

Paling murah adalah pakej RM50 iaitu 1 tiket dewasa dengan percuma 1 tiket kanak-kanak. Buat pengetahuan, harga sebenar untuk 1 tiket dewasa untuk melawat Zoo Negara ialah RM41 dan kanak-kanak pula ialah RM16. Jumlah sebenar yang patut kita bayar ialah RM57 tetapi dengan harga RM50, korang boleh dapat dua tiket ini. Mudah dan jimat! 

Kebetulan kami memang plan nak bawa anak-anak pergi Zoo Negara nanti, jadi pakej ini sangat menguntungkan kami. oh ya, cara nak redeem tiket, nak redeem e-certificate, invois dll ada jelas tertera di laman web yang aku share tadi. 



Adoption On Animal yang dianjurkan oleh Zoo Negara
1. Peacock
2. Kenyalang
3. Girrafe
4. Malayan Sun Bear
5. Bornean Horned Frog
6. Stag Beetle
7. Jessy (Tapir / Tenuk)
8. Yiyi (Panda)
9. Kayla (Harimau Belang)
10. Samba (Singa)
11. Penguins
12. Sibot (Gajah)
13. White Tiger
14. Choki ( mungkin Baboon)
15. Ben (Orang Utan)
16. Panjang (Harimau Bintang / Cheetah)
17. Flash (Anak Harimau Bintang)
18. Scarface (Serigala kot)
19. Omi (Dah nama macam kucing kami. hihi...Koala kot) 

inilah contoh e-certificate yang kita dapat. 


For further details, do contact the Public Relations & Marketing Department at pr@zoonegaramalaysia.my or marketing@zoonegaramalaysia.my or call 603-41083422



Terima kasih. Semoga kita sama-sama membantu Zoo Negara. 

No comments: