Assalam wbt dan Hi,
Hari ini aku hendak mengimbau kembali kenangan telefon yang pernah aku gunakan suatu masa dahulu sehingga sekarang. Aku suka menyimpan memori dalam blog kerana kelak satu hari nanti boleh dijadikan bahan bicara dengan anak dan cucu.
Telefon pertama aku ialah telefon Nokia 8250 pada tahun 2006. Telefon ini ialah telefon second hand daripada Abah. Abah baru saja membeli telefon yang lebih canggih jadi Abah suruh aku guna. Masa itu aku baru masuk universiti. Awal-awal dulu internet tak berapa penting. Yang penting boleh SMS, guna 2G saja pun. Maxis masa itu memang tengah hot sangat, sebab ada pelan universiti. So dalam univesiti, SMS ke mana-mana nombor hanya 1sen sahaja. Jadi mudah sangat!
Kemudian, sesudah telefon Nokia 8250 rosak, aku beli Nokia 8300 pada tahun 2008 guna duit tajaan MARA. MARA bagi sebulan RM480, jadi aku buat beli telefon. Hehe. Yelah handphone itu keperluan. Handphone abah aku bawa balik rumah sebab memang rosak sangat, yang memang tak boleh trade in. So handphone ini guna untuk nombor Maxis. Dulu-dulu handphone ini kami panggil handphone butterfly.
Belum sempat telefon Butterfly rosak, aku beli satu lagi handphone pada tahun 2008 iaitu Nokia 1202. Masa itu Celcom pun mendonia sebab Celcom pun baru buat pelan universiti dan kalau nak telefon daripada Celcom ke Celcom sangat murah! Jadi, aku beli nombor Celcom sebab mudah nak telefon Mak dan Abah.
Kemudian pada tahun 2009, rasa-rasa handphone Nokia Butterfly tak memuaskan hati sebab tak boleh nak ambil gambar. Jadi masa itu aku kumpul duit untuk beli handphone dan trade in handphone Nokia Butterfly. So that aku boleh ambil gambar kenangan. Rasa-rasa macam dah bangga sangatlah sebab handphone ini dulu harganya dalam RM500 juga. Hehe. Masa itu bukan handphone ini paling canggih tapi okaylah janji ada. Namanya handphone Sony Ericsson SE W-200. Aku pilih warna putih biru, dapat jugalah simpan gambar-gambar masa zaman belajar.
Kemudian selepas handphone Sony Ericsson ada masalah, aku terpaksa trade in dengan Nokia 3110 pada tahun 2010. Sempat juga aku guna handphone Nokia 3110 semasa jamuan raya akhir semester kami dan aku ambil gambar dengan semua orang untuk dijadikan kenangan. Namun sayangnya kerana semasa aku sedang bersiar-siar di Taman Tasik Shah Alam, handphone aku terjatuh di dalam tasik. Memang sedih bukan kepalang! Nak ke tak nak perlu beli handphone baru.
Kemudian tahun 2010 juga beli telefon baru sebab masa itu aku baru mula kerja, jadi aku beli yang mudah dan murah iaitu Nokia 1280 warna pink. Selepas handphone Nokia 3110 masuk dalam tasik, terus pergi cawangan Maxis berdekatan untuk dapatkan semula nombor Maxis aku yg lama dan beli handphone baru. Masa ini whatsapp belum famous gais, jadi tak kisah sangat. hehe
Pada tahun 2011, aku diterima untuk kerja di syarikat perkhidmatan telefon iaitu Maxis. Jadi aku beli handphone baru iaitu
iPhone 4. iPhone 4 aku warna putih. Masa itu, aku guna handphone paling canggih di abad ini. Hahaha. punyalah bangga macam hape. Mana ada handphone slide-slide sangat zaman itu. Siap tunjuk dekat Atok sebab bangga sangat! Atok siap try-try nak slide. Hehe. Masa itu harga iPhone 4 ialah RM1800. Mahal sangat tapi mampu nak beli sebab aku sudah kerja.
Sayangnya iPhone keluaran Apple bukanlah bagus sangat. Setiap tahun perlu update software. Masalahnya kapasiti iPhone aku 16GB saja, mana mampu nak update. Dulu-dulu memang capacity rendah, samada 16GB atau 32GB je. Haha. Lama-kelamaan handphone iPhone aku rosak dan aku terpaksa membeli handphone Lenovo S820 pada tahun 2014. Sementara hendak beli handphone baru, aku masih guna juga handphone Nokia 1280 sebagai back-up. Sayang seribu kali sayang handphone Lenovo bagi aku tidak seberapa bagus, terlalu banyak bugs. Pantang buka laman sesawang apa-apa mesti akan keluar iklan. Lama-kelamaan Lenovo aku pun rosak juga. Masalah betullah! Haha.
Sementara nak ada duit lebih-lebih-lebih, aku beli handphone second hand, Asus Zen-4 pada tahun 2015. Nak beli handphone baru itu sangat susah sebab duit tak ramai. Hehe. Sayangnya handphone Asus Zen-4 ini aku tidak boleh menyimpan banyak memori. Sekejap-sekejap perlu buang gambar.
Pada tahun 2016, aku akhirnya membeli handphone yang baru iaitu
Xiaomi Redmi 5A. Hoyyeh!!!! Seronok sangat. aku beli handphone di Direct D Subang Jaya. Handphone Xiaomi ini ada antivirus jadi aku agak yakin. Aku taknak pisang berbuah dua kali seperti handphone Lenovo S820 yang virus menjadi-jadi. Sekarang aku yakin nak buka bank online semua. Hehe. Boleh juga beli di
SHOPEE. Xiaomi ini not bad juga ya. cuma masa ini memori kecik pastu tak tahan, bateri cepat kembung kalau kau caj lama-lama.
Nafsu manusia tak pernah puas. Haha. Jadi akhirnya pada tahun 2018 aku beli lagi handphone baru iaitu
Huawei Nova 3i kerana Xiomi Redmi 5A aku RAM nya agak slow iaitu 2Gb saja dan kapasitinya hanya 32GB. Huawei Nova 3i aku mempunya RAM 4Gb dan kapasiti 128Gb! Memang berbaloi-baloi dengan harga RM1,099. Aku beli dengan harga ansuran iaitu RM92 sebulan di Digital Mall Petaling Jaya. Kamera gambar juga sangat-sangat best. Memang paling terbaik! haha. Boleh juga beli di
SHOPEE yang jenis second hand. Trusted je kot. Jujurnya handphone Huawei best, yg tak best sebab anak aku yang rosakkan. Hukhuk. Yang penting jangan caj henpon lama-lama nanti cepat kembung baterinya. cepat rosak. kesian.
Seterusnya aku beli handphone Vivo Y30 pada tahun 2021 Hahaha. Ini sebab handphone nova 3i aku dah tak boleh ON. hmmm... harganya RM899 beli kat direct-D. not bad... Bila dah asyik update aje, maka akan terus lagged. Aduhai. Nak ambil gambar pun lambat-lambat. Jadi aku perlu beli telefon baru. Ahha.
Seterusnya aku beli handphone Vivo V25 5G Pro pada tahun 2023. Hahaha. Memang berbeza pakai enfon baru yang mahal.
Nanti kalau aku beli handphone baru, bolehlah aku update.
Sekian Terima kasih.