SHOPEE KAKNA
Baru-baru ini kami membeli tiket kapal terbang di Air Asia Oleh sebab tersalah mengeja nama kawan kami, daripada Rozlan kepada Roslan, jadi kami perlu menukar nama tersebut. Kami cuba juga google tapi cuma jumpa satu je entry yang ada masalah seperti kami. Jadi kami cuba sendiri.
Kalau anda tersalah nama, contoh hendak menukar nama tiket daripada Naqib Ansari kepada Adra Nasuha, itu tidak boleh. Namun, jika anda tersalah mengeja seperti kami, boleh buat pembetulan. Suka saya ingatkan jangan pandang remeh jika tersalah mengeja nama, sebab mungkin ketika hendak naik kapal terbang nanti, nama yang terpapar di passport dan itinerary berbeza, mungkin membuatkan anda tidak boleh terbang! habis duit.
Sebelum itu, saya nasihatkan anda supaya siap sedia utk Pre Live Chat terlebih dahulu.
Klik pada "chat with AVA now"
Pastikan anda sudah bersedia dengan nombor booking ticket dan ic yang sudah di save dalam bentuk png, jpeg, pdf atau pg. Chat dengan computer jadi soalannya simple saja...
Booking Changes > Name of amendments / change > I made mistake to last name > (name?) > (email?) > Booking No > IC (sila upload pada link yang disediakan) > type "Y" (selepas dah upload)
Kemudian, tunggu sehingga AVA bagi link untuk communicate dengan staff sebenar. AVA tadi virtual customer service saja.
keluar waiting window
okay sudah selesai. tolong rate yang baik2, hehe. isinya maaf tak boleh nak share sebab ada info peribadi. saya membuat aduan dengan berbahasa inggeris. tidak pasti dia boleh berbahasa melayu atau tidak.
Mudah bukan? sebenarnya boleh juga berinteraksi dengan mereka melalui twitter atau tukar nama di kaunter air asia KLIA 2 terus, tetapi saya rasa ini lebih mudah. oh ya, kalau boleh, chat waktu office hour dan biarkan saja waiting window (seperti di dalam gambar). Dalam beberapa minit tak payah tinggalkan tempat duduk, sebab tempoh prelive chat dan actual chat tidak sampai 30 minit. chat dalam 5 minit saja sudah settle!
Air Asia Live Chat (saya tak prefer terus2 klik link ini, better buat prelive chat dengan AVA dahulu, mudah sikit rasanya), oh ya.kami ada juga cuba prelive chat di malam hari memang sampai ke sudah tak dilayan. hehe... kesian.....
Itu saja perkongsian. semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment