TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

26 Sept 2019

DIY Bekas Bahan Kering di Rumah

Assalam dan Hi,



Selepas terpengaruh dengan aktiviti  tabiat adik-beradik yang suka mengemas, saya terpanggil untuk mengemaskan barang-barang di dapur. almaklumlah rumah sewa, jadi masalah mengemas itu memang malas betul tak boleh bawa bincang. haha. bukan malas kemas menyapu, memvakum tetapi malas nak susun barang. 

Kita boleh juga beli di kedai ECO sahaja di Shopee Container, container saiznya semua sama supaya nampak kemas. Yang label juga boleh beli di ECO online di Shopee Label

Hoyyeh finally kita susun dengan elok mengikut saiz yang sama. sebelum ini, ikut dan aja saiz2 balang. hehe... malas nak fikir. 


Kos yang diperlukan ialah:
1. Balang plastik beli di kedai DIY, RM0.93 setiap satu. Beli 10 pcs.
2. Sticker free sebab print kat office. 
Jumlahnya dalam RM10 sahaja.

Oh ya, nak bagitahu kat kedai Eco memang ada balang-balang warna putih tu, tapi harga dia RM2.10 sebuah. agak mahal untuk orang yang suka berjimat macam saya. jadi saya pilih untuk beli di kedai DIY sahaja. Kemudian, di kedai DIY, balang putih macam ini banyak jenis ya. ada yang 93 sen, ada yang RM1+, ada yang RM2+, ikut nasiblah. kalau dah habis, pergilah cari di kedai DIY lain hihihihi.... Sticker pula boleh dibelijuga di kedai Eco, cuma anda harus rajin mencari di mana. kadang-kadang susunan atau lay out setiap kedai Eco berbeza-beza mengikut cawangan. Kalau teringin nak print sendiri, kertas sticker ini boleh dibeli di kedai alat tulis. satu helai bersaiz A4 ialah RM2. Lastly, kalau sesiapa terfikir, di mana saya beli rak putih seperti di dalam gambar, saya beli di kedai hardware berharga bawah RM20. 



Semoga membantu. Terima kasih.

No comments: