Mungkin ada yang tidak tahu, Main Place terletak di USJ 21, Subang Jaya. Berdekatan dengan KFC USJ21, kalau lalu hiway PLUS, exit di USJ Hicom, senang kata sekarang semua boleh waze.
Di sini disediakan indoor games yang menarik utk anak-anak di tingkat 2.
dari kiri, Nasuha, Annisa, Naqib
Setiap 120 minit, RM10 waktu hari biasa. kalau weekends, RM12. okay ada satu lagi indoor games yg super mahal kat main place, itu lokasi di tingkat 4. tak mampu ler. haha
masuk nanti dia bagi sticker. adalah isi borang sikit, benda biasa sahaja..
nah main masak-masak
semangat tak dak kecik ni memanjat. selagi boleh!
naik turun naik turun.. macam itu saja.
mama babah duduk tepi tunggu dan lihat atau join main sekali. mama babah tak bayar pun.
nah mainan yg paling best bagi bebudak kat sini. tapi drive guna kaki sendiri. hehe...
yang paling penting, selepas bermain di kawasan indoor games macam ini, tangan dan kaki mesti dibasuh dengan bersih sebelum makan atau minum. selepas itu, balik rumah mesti mandi ! tak mandi pun, mesti tukar baju dan seluar... okay? ini adalah untuk mengelakkan apa-apa anasir jahat (read : bakteria) okay sekian, terima kasih !
No comments:
Post a Comment