TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Aug 2018

Surat Akuan Sumpah - Financial Support

Assalam wbt

Hari ini saya nak berkongsi format surat akuan berkanun untuk yang akan dibawa di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. surat ini bertujuan untuk menegaskan bahawa syarikat kita dalam keadaan kewangan yang stabil. (boleh tiru)

*******************************************************************************


AKUAN BERKANUN


Saya .............................................................................................  No K/P ............................................
Alamat ....................................................................................................................................................
dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:


(Nama Syarikat) bernombor pendaftaran syarikat (nombor pendaftaran syarikat) stabil dari segi kewangan, tidak mempunyai kes-kes ligitasi semasa atau menunggu mahkamah dan tidak disenarai hitam oleh mana-mana pihak berkuasa.


dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar, serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960. Diperbuat dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut nama di atas iaitu:-


Nama.................................................................  )
Di ……………………………………………....)
Negeri ………………………………………….)       …………………………………
Pada ……………………………………………)        (tandatangan / cap jari kanan/kiri)







di hadapan saya




………………………………………….
(tandatangan Pesuruhjaya Sumpah)



*******************************************************************************

Simple sahaja kan?

sila print di atas kertas putih yang kosong, atau letter head, bergantung kepada keperluan. kemudian, isi tempat kosong tetapi jangan tandatangan dahulu. sila tandatangan di hadapan pesuruhjaya sumpah. kosnya ialah lingkungan RM4 - RM10.



Sekian, Terima Kasih.

29 Aug 2018

Objektif MATRADE, MIDF, MARDI dan NCTTI di bawah MITI

Assalam wbt dan Hai,

Objektif MATRADE, MIDF, MARDI dan NCTTI di bawah MITI ya... Ini salah satu soalan PTD, soalan temuduga untuk kerja kerajaan di bawah kementrian MITI, Ministry of International Trade and Industry atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.



Objektif MATRADE (Malaysia External Trade Development Corporation) di bawah MITI Ministry of International Trade and Industry

1.     Menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara

2.     Menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terikini dan relevan supaya syarikat Malaysia mampu bersaing dalam pasaran asing

3.     Memperkenalkan syarikat Malaysia kepasa pengimport asing yang mencari pembekal di Malaysia

4.     Menjalankan aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara

5.   Diwakili oleh 40 pejabat perdagangan, cawangan MATRADE di pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Objektif MIDF (Malaysian Industrial Development Finance Berhad) state owned enterprise, di bawah MITI

1.     Proses dan mengesahkan permohonan bantuan kewangan di bawah dana/program bantuan kerajaan

2.     Menguruskan dana bantuan kerajaan

Objektif MARDI (Malaysian Agricultural Research and Develipment Institute) di bawah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia

1.     Menjalankan penyelidikan bidang makanan, pertanian dan asas tani

2.     Teknologi pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai produk hortikultur dan ternakan

3.     Guna teknologi ICT untuk penguran dan pengendalian ladang seperti teknologi pertanian tepat bagi tanampan padi menerusi Teknik pengimejan

4.     Khidmat teknikal, nasihat, perundingan

5.     Berdiskusi di peringkat nasional dan antarabangsa

NCCTI Jawatankuasa Kebangsaan Rundingan Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan di bawah MITI

1.     menangani isu-isu yang dibangkitkan dari Agenda
Pembangunan Doha (Doha Development Agenda–DDA)

2.     proses penggubalan pendirian bagi isu perdagangan antarabangsa, pelaburan serta isu-isu lain yang melibatkan polisi atau hala tuju negara

3.     (MITI) adalah penggerak utama jawatankuasa ini bagi mengukuh dan
menyelaras pendirian Malaysia mengenai perdagangan anatarabangsa dan
pelaburan dalam pelbagai fora seperti WTO, UNCTAD, ASEAN, OIC, APEC
dan FTAs.

4.     Terdapat 11 Kumpulan Kerja yang ditubuhkan bagi mendapatkan pendapat dan input mengenai isu-isu WTO.





Sekian, terima kasih.

28 Aug 2018

Petua Mencuci Singki Tersumbat Yang Sangat Teruk

Assalam wbt

Hari ini, aku ingin berkongsi petua membersihkan singki yang tersumbat. Tahap tersumbat yang sangat teruk! Pelbagai cara telah dibuat seperti menjirus air panas ke lubang singki, mengepam dengan kuat, menyedut air yang tersumbat sebelum dijirus dengan asid hidroklorik. 

Petua pertama, kami gunakan asid hidroklorik. Sila minta asid jenis kuat yang yang boleh hilangkan clog / sumbat. Bukan asid membersihkan ya. Beza asid kuat, harga sudah tentu mahal. RM18 utk 500g. Kalau asid tak tak, 3L hanya RM9. Beza kan? Dan, asid kuat ini kalau terkena sarung tangan boleh terlubang! Kalau kena tangan memang sakitlah! Tapi belum tahap yang berlubanglah. Kalau guna asid, pastikan tidak guna singki, iaitu biarkan kering, sekering mana yang boleh, barulah tuang dengan berhati hati. 

Petua kedua, kaedah murah gilerzzzz ! Murah sangatlah hai... Cuma guna soda bikarbonat dengan cuka saja! Jimat gila kan! 


fuh,,, sikit lagi kami nak panggil plumber. cara nak guna sangat senang kacang goreng weh!!! mula2, jerang air terlebih dahulu, panas ala-ala menggelegak tu kan? then... tuang soda bikarbonat di tempat yang tersumbat, diikuti cuka, diikuti air panas..... biarkan sementara sampai dia berbunyi bunyi meletup seolah-olah ruang sempit sudah hilang. kalau sebekas bikarbonat soda dan cuka tak cukup, sila ulang-ulang sampai berjaya. kami hari itu, beli dalam 4 bekas bikarbonat soda dan 2 bekas cuka. alhamdulillah tak perlu panggil plumber! 

tolonglah cuba petua ini dahulu sebelum panggil plumber... selamat mencuba!

27 Aug 2018

Bermain Indoor Games di Tesco Shah Alam

Assalam wbt

Alhamdulillah berpeluang juga Naqib dan Nasuha bermain indoor games di Tesco Shah Alam. Tesco di Shah Alam, dahulunya ada dua buah, tapi sekarang menjadi satu buah sahaja. Tesco ini, berdekatan dengan bulatan Kayangan.

Kos masuk ialah RM20 ketika cuti sekolah atau public holiday. Kalau hari-hari biasa, kalau tidak silap saya ialah RM17. agak mahal. tapi jika anda datang pada pukul 9 malam, harga masuk ialah RM10. Tetapi, siapa pula yang nak shopping pukul 9 malam? hihi...

Stokin bawa sendiri macam biasa okay? kalau tak, charge RM3..

luas sangat! 

yang kurang memuaskan hati mama ialah, Nasuha tidak pandai bergerak sendiri ke arah gelongsor sebab laluan dia semua macam ini. tak berani budak tu... hihi

ini dari pandangan tepi.


bahagian playground gelongsor individu atau play house ada di hadapan tv. boleh main. yang kurang memuaskan hati mama, tinggi sangat jarak sliding dan lantai. budak kecil macam Nasuha akan tergolek sedikitlah bila sliding.

ada jump! yang ini best walaupun ruangnya kecil. hihi...

ada ruangan menulis dan main lego. 

paling dinanti nantikan ialah main pasir! 



nampak tak benda kecil-kecil tu????

cerita kelakar dia, mama NN tak tahu itu apa? siap ambil gambar dan hantar kat babah. ate ke bentuk macam telur lipas kot! lepastu siap penjuru ceruk mana, semuaaaaaa ada!!! haih.. biar betik ..... risau pula mama. nak keluar, dah bayar RM20. babah kat luar siap google apakah benda ini? 

nah!!! rupa-rupanya itu ialah pasir sintetik !!!! hahahahahhahahaaa.. tergelak mama!! macam mana mama tahu? mama pergi tanya sendiri dengan adik yang jaga kaunter. hihi. dorang terkejut sebab mama NN tak tahu.. grrrr. memanglah kita tak tahu, selalu tu, kita nampak butir pasir itu saja... diorang cakap, pasir jenis ini lebih mudah dibersihkan. hihi....

apa-apa pun. terima kasih untuk hospitality di sini... oh ya, nama indoor games ini Fun Kids kot... kalau tak silaplah ya.. hehe

24 Aug 2018

Bercuti di Cameron Highland - Daun Teh Boh Sungei Palas

Assalam wbt

Minggu lepas Alhamdulillah kami berpeluang untuk bercuti ke Cameron Highland. Kami melawat ladang teh boh Sungei Palas yang terletak di Brinchang. Kami pergi pada hari Ahad cuti sekolah. Memang super jammed !

Kami tidak silap percaturan kali ini kerana kami gerak dari rumah (subang jaya) pada pukul 3 pagi, terus ke utara, exit di Simpang Pulai. jauh juga tu... tol dalam RM24.50 dari sini. masuk sahaja di Simpang Pulai, traffic light pertama, belok kanan then dalam 200meter, jumpa traffic light kedua, dan belok kanan juga. Terus sahaja sampai jumpa Cameron Highland. mudah kan?? hehe...

Kalau datang sini pada awal pagi, seriously gelap sangat!!! tiada lampu sepanjang jalan! lepastu. ramai pulak umat-umat manusia yang bangun awal, asyik nampak kelibat manusia dan motor di tepi jalan, (harap-harap memang manusia. hihi) jalan besar ya. jadi tiada masalah kalau nak drive, nak potong lane ke.... dan tidak terlalu berliku kalau nak compare dengan exit Tapah.



Kami dah hadam betul-betul peta. haaha... dari simpang pulai - kg raja - brinchang - tanah rata - ringlet - tapah. subuh di Brinchang, suhu 19 darjah celcius. sejuk jugak weyh... pekena nasik lemak panas-panas dan air kopi panas, memang sedap! air nak wudhuk jangan cakaplah, memang sejuk sampai ke tulang! 

untuk ke sini, sila google ya, waze susah nak jumpa. google map "teh boh sungei palas" mesti jumpa. dan-dan pergi terus sahaja. jalan sangat sempit, jadi ikut gut nak teruskan jalan atau tidak, yang penting jangan laju sangat pls... tiada cermin cengkung cembung untuk bagitahu ada kenderaan lain di hadapan, just tekan hon saja.

sampai di pondok security, belum buka lagi. 830pagi baru boleh masuk, jadi beratur dululah. kalau jumpa dengan orang yang berlagak, diorang suka potong barisan walaupun datang lewat. geram betul! apalah diorang ni kan? oh ya. masuk percuma tau. parking banyak! bas pun boleh park di sini. cuma siapa cepat dia dapatlah kaedahnya.


kami stop di tengah-tengah ladang teh dan bergambar. hihi

okay nampak tak ada orang jalan di belakang itu, ada dua laluan untuk ke kafe. satu, laluan jalan raya, satu lagi, laluan yang dibuat khas melalui ladang teh, saya nasihatkan, sila ikut laluan yang melalui ladang teh sebab lebih mudah. tapi, jarak dia sama sahaja. 



okay yg ini, masih di bahagian hadapan lagi, ada parking bolehlah berhenti dan bergambar. 









okay bahagian hadapan kafe. tempat yang wajib untuk ambil gambar. haha... siap ada yang lompat-lompat depan ni, tapi kami ambil gambar simple saja, itupun ada adik-adik hipster nak tolong ambilkan gambar. hihihihi....



tujuan utama datang sini adalah untuk minum teh panas di kawasan sejuk. haha.... ramai sangat orang sampai kena share meja. jangan malu bertanya dik, nanti sesat jalan! haha.... 

harga secawan teh, RM4.60. boleh pilih untuk biasa, sederhana dan pekat. rasa teh dia? sama sangatlah dengan teh boh yang korang bancuh kat rumah! hahaha serious tak tipu!!! makanan mahal-mahal sikitlah, kau bayangkan, sebungkus nasi lemak berharga RM5 ! tapi kalau tengok tu memang tempted jadi beli jugak. haha...

nah pemandangan di jendela kafe. sebab itu semua suka datang. hijau yang damai.


best kata naqib !!! hehe..... 

Ladang Teh Bharat - betul-betul ada di tepi jalan, parking pun tepi jalan. kalau nak datang sini, better gerak dari Exit Tapah (sebelah kiri). sebab akan jumpa lebih cepat. 

Ladang Teh Ringlet - jauh sikit dan perlu google map which kami tak pergi. next time lah kot. 

Ladang Teh Habu - dekat-dekat dengan stesen janakuasa Habu, juga betul-betul tepi jalan, better gerak dari Exit Tapah (sebelah kiri), sebelum Ladang Teh Bharat. 

Sebenarnya pemandangan ladang teh ini, kat mana juga, memang sama, serious! tidak kisah, di Bharat, Sungei Palas, Ringlet atau Habu. haha.... tapi yang excitednya mestilah minum teh panas! boleh datang as weekend gateway sahaja. 


Okay, jumpa lagi.... 


23 Aug 2018

Temuduga Penolong Pengarah Gred 41 di TTAC MBOT

Assalam dan Hi.


Aku ada temuduga sebagai Penolong Pengarah Gred 41 di TTAC MBOT. TTAC Technology & Technical Accreditation Secretariat / Committee. MBOT ialah Lembaga Teknologis Malaysia. Soalan temuduganya memang direct tentang apa yang korang tahu tentang MBOT. Tugas sebagai Penolong Pengarah. Kemudian, mereka mahu orang yang lancar berkata-kata. Macam aku, aku kadang aaaa eeee hmmm... Temuduga dalam bahasa Inggeris. Temuduga tak skimas. Biasa sahaja. 

Oh ya, sebelum hari temuduga, kita akan diberi dua soalan karangan. Soalan situasi, tentang surat rasmi dan sidang media. 

So tapi akhirnya aku gagal. Hehe Simple.



Sekian, terima kasih.