Alhamdulillah sudah sampai kita di tahun 2018. Semoga apa yg kita hajati akan tercapai pada tahun ini. Insha Allah. Sambungan kepada Taman Eco Rimba KL hari itu, berjalan sehingga ke hujung tower I kami tiba di Menara Kuala Lumpur. Alhamdulillah tercapai wishlist Mama.
Okay, perkongsian ini sepatutnya saya coretkan pada tahun lepas (lah sangat), tetapi oleh sebab kekakangan waktu, saya coretkan hari ini. Kami sekeluarga telah pergi ke Menara Kuala Lumpur yang terletak di ibu kota. Kalian boleh waze sahaja supaya tidak sesat. Ada tapak parking percuma tetapi tidak banyak. Saya tidak pasti parking di bahagian lain kerana kami parking kereta berdekatan dgn Taman Rimba Eco,KL dan berjalan kaki sehingga ke sini.
Nampak tak harga tiket dewasa tahun 2017 ialah RM32, Kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas, RM21. Yang lain-lain percuma. Harga tiket OKU dan warga emas tidak dinyatakan di dalam ilustrasi, jadi kami pun tidak tahu. (oh ya, dulu tahun 2004 kot, harga dia RM8).
Kami pilih observation deck sahaja. ada tingkat T1, T2, T3, (T1 - untuk observation sahaja, T3 - untuk wedding), Lif untuk observation dan wedding adalah sama, tapi tempat beratur yang berbeza. di mana nak beratur, nanti staff akan tolong tunjukkan, jangan risau.
Ada beberapa pakej.
1) Combo A : RM33 dewasa || RM23 kanak-kanak (KL Tower - observation deck & Akuarium)
2) Combo B : RM38 dewasa || RM28 kanak-kanak (KL Tower - observation deck & upside down house)
3) Combo C : RM50 dewasa || RM40 kanak-kanak (KL Tower - observation deck & mini zoo)
4) Combo Sky Deck : RM80 dewasa || RM44 kanak-kanak (Sky Deck - observation deck - pilih antara Akuarium, Mini Zoo atau Upside down House)
Kalau nak naik untuk lihat panorama yg kat bahagian luar itu, nama dia SKY DECK ya.
ini pemandangan dari bahagian atas. Lawa, nampak KL.... tetapi kalau anda kerja di KL dan berada di tingkat 45 ke atas pun sudah cukup untuk membayangkan perasaan tengok panorama seperti ini. Yang berbeza, kita naik mercu tanda negara.
Oh ya, depan Naqib ada Menara TRX tapi belum siap dibina. Kalau dah siap dibina nanti, kita cuba naik pulak ye....
Nasuha Naqib tengok jakun juga lah sebab kecil-kecil semuanya.
Ada lakaran tower yg tinggi-tinggi di serata dunia. Yang paling last, Menara Alor Setar. sama betul dengan Menara Kuala Lumpur, yang membezakan ialah ketinggian sahaja.
Sempat merakam kenangan.
Nah kami ambil Pakej Combo A. Ada GST tau.
Nampak tak?
Sekian, terima kasih. Jemputlah datang ye....
***********************************
Pesanan penaja,
Zhulian_Chua
No comments:
Post a Comment