Kalau anda tidak mahu pergi ke Cameron Highlands untuk melawat Taman Strawberi, anda juga boleh berkunjung hanya di Genting Highlands. Untuk makluman, Genting Highlands terletak di negeri Pahang. Jika anda datang dari arah pantai barat iaitu dari arah Gombak, sila menghala ke arah lebuhraya Karak. Tol pertama di Gombak, kereta akan dicaj RM6. Kemudian terus sehingga jumpa papan tanda Genting Highlands.
Baiklah, untuk ke Taman Strawberi, boleh waze Genting Strawberry Leisure Farm. Atau jika ada tidak menjumpainya di waze, sila waze Apartment Mawar Genting Highlands. Taman Strawberi ini terletak betul-betul di hadapannya.
Anda boleh parking kereta di tepi-tepi jalan atau di tempat parking yang disediakan. Maaf sata kurang arif berapa ringgit caj kerana kami parking di kawasan rumah kawan kami. (Apartment Mawar)
Fee untuk masuk ke taman ini, dewasa RM10. Kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun, RM3. Kanak-kanak bawah umur adalah percuma. Taman ini luas. Bukan setakat strawberi, malah anda boleh lihat taman lavender, taman crisantemum, taman kaktus, taman ros dll. Agak luas juga saya kirakan. Oh ya, bayaran RM8 untuk setiap 100g straberi yang dipetik sendiri. Jika datang untuk bergambar, percuma saja. Namun, jika anda inginkan fotografer mereka untuk merakamkan detik manis di sana, anda akan dikenakan bayaran tambahan.
Di sana juga, ada juga kedai cendermata dan bilik gempa bumi (demonstrasi). Bayaran masuk RM10 jika tidak silap.
Okay, enjoy gambar kami.
Taman bunga ros di belakang kami.
Taman strawberi. Kebanyakannya masih belum terlalu masak. Jadi kena pandai memilih.
Taman pokok keladi rasanya.
Rehat sekejap. Naqib nak sangat bergambar di sini.
Okey semoga perkongsian ini bermanfaat kepada orang lain. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment