Sekarang musim anak-anak belajar berdikari, tidak memakai lampin pakai buang ketika berasa di rumah. Apa yang paling merisaukan adalah ketika mereka tidur. Ada petua yang aku pernah dengar, oleskan minyak panas seperti minyak dakam, balm tidur atau apa sahaja pada bahagian bawah pusat mereka. Ini bertujuan membantu proses perkumuhan berjalan lancar, dan tidak terbuang air kecil ketika tidur.
Namun aku tidak pasti sejauh mana keberkesanan petua ini kerana, Naqib masih juga terlepas hajatnya ketika tidur walaupun sudah dioles minyak.
Jadi, cadar kalis air perlu dipasang di atas cadar sedia ada. Sebenarnya cadar kalis air saiz single hanyalah RM50+ tetapi kami belum sempat membelinya. Jadi, apa yang aku boleh buat, aku DIY saja cadarnya seperti ini.
1. Sambungkan pembungkus lampin pakai buang mengikut saiz yang diperlukan.
2. Bentangkan di lipatan dalam kain pelekat atau kain batik.
3. Alaskan di atas cadar biasa di atas katil.
Kos adalah kosong sebab salotape pun aku dapat free daripada mak. Hihi. Okey selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment