TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Aug 2017

Kenapa Takaful Company Tidak Mencukupi?

Assalam wbt

Hari ini, pengisian berkaitan insurans / takaful.

Sesiapa yang tiada insurans / takaful, kenapa selalu bagi alasan ?

💮 saya sudah ada insurans majikan
💮 saya masih muda
💮 saya tidak cukup duit
💮 saya tidak percaya apa-apa berkaitan takaful / insurans (ejen, syarikat etc)
💮 saya tidak ada masa utk dapatkan
💮 saya tidak tahu / tidak mahu ambil tahu


Sengaja saya buat 3 gambar ilustrasi tentang takaful. gambar ehsan google. saya cuma edit sahaja.

Apa yang selalu orang tak sedar tentang kepentingan insurans / takaful? Kenapa Takaful Company tidak mencukupi? Jangan terlalu bergantung dengan Takaful Company okey?


KES 1


Pengamatan daripada kes 1 di atas, syarikat tempat Zulyn dan Adura berkerja mengalami kesukaran. Benefit Takaful telah dimansuhkan. Sebulan selepas itu, Zulyn dan Adura disahkan menghidap penyakit cyst. kita dapat lihat, kos rawatan Zulyn akan menggunakan Takaful personal beliau sepenuhnya, manakala Adura terpaksa berdepan dengan masalah kewangan kelak.

mahu jadi seperti Zulyn atau Adura?

KES 2

Pengamatan daripada kes ke-2 seperti di atas, semasa di syarikat lama, Zulyn dan Adura telah disahkan menghidap penyakit kanser. Ketika mula bekerja di syarikat baru, polisi takaful tidak boleh menanggung kos rawatan penyakit Zulyn dan Adura. 

Beruntung Zulyn sudah memiliki Takaful personal. Adura terpaksa berdepan dengan masalah kewangan kelak. 

mahu jadi seperti Zulyn atau Adura?

KES 3


Pengamatan daripada kes ke-3 seperti di atas, Zulyn dan Adura telah menukar kerja ke tempat lebih baik. Sebulan selepas bekerja, Zulyn dan Adura disahkan menghidap penyakit cyst. Walaupun company baru mempunyai benefit Takaful, tetapi oleh sebab mereka masih di "waiting period", kos rawatan tidak boleh ditanggung. Waiting period ialah tempoh menunggu (120 hari) sehingga polisi takaful lulus.

Jangan risau, kos rawatan Zulyn akan menggunakan Takaful personal beliau sepenuhnya, manakala Adura terpaksa berdepan dengan masalah kewangan kelak.

mahu jadi seperti Zulyn atau Adura?




watak dan nama company takaful / insurans hanyalah rekaan semata-mata
..................................................................................

Situasi begini banyak berlaku di kalangan masyarakat kita. tapi kesedarannya masih belum cukup membuatkan sesetengah orang membeli polisi insurans. sedangkan kereta juga ada takaful, lagikan kita nyawa manusia. kenapa? maybe kena kawal pembelian keperluan dan kehendak setiap bulan. 



Sekian, terima kasih... 

No comments: