TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

15 Aug 2017

Ujian PAC Pegawai Penerangan S41 di Politeknik Port Dickson (2017)

Assalam wbt

Alhamdulillah dapat peluang join PAC Pegawai Penerangan S41 pada bulan Mei 2017 yang lalu. entri ni lama betullah baru nak buat kan...akhirnyaaaaaa boleh tutup buku untuk tajuk ini.. nah... 

Iklan: Belilah di IG zhulian_chua


Memula ambil nombor giliran. secara rawak. beratur dan dapat nombor. depa bahagikan group ikut nombor. let say, nombor 1 - 11 satu group. nombor 12 - 24 satu group. macam tu lah. jadi in case dalam group takde perempuan atau takde lelaki,. ikut nasiblah... masa beratur tu, dia bagi borang tulis nama, name card (berdasarkan nombor) dan tajuk untuk Public Speaking dan Pengucapan Awam. kita diberi masa dalam 30 minit untuk bincang atau cari info.


nasib baik dapat tajuk senang.. kalau tak lagi nangis nak cakap apa.
 
dalam bilik, ada dua baris kerusi, sebelah pembangkang dan sebelah pencadang. rawak juga duduk mana.. tak ikut numbering....

pertama
sesi perbahasan ala-ala parlimen. satu jam 15 minit. tajuk "Kepentingan dan Peranan Kerajaan dalam Media Sosial".. sepatutnya formatnya cakap ala-ala parlimen.. "yang berhormat" etc... tapi aku tak reti. main hentam aje... kena ada sebut,

"terima kasih YB atas hujah tadi... " then baru sambung balas...

oh ya, ada masa 5 minit je nak cari isi. itu pentingnya ulang kaji.... tajuk-tajuk telah dibincangkan pada post yang lepas... Rujuk Sini

dan bila dah habis selesai tu, panel (ada dua orang) akan sebut nombor random. Nombor 20, sambung.. Nombor 11, sambung... gituuuew.. susah kau terkejut kite...



kedua
sesi pembentangan, masa diberi 30 minit untuk persediaan. ada tajuk. "Kempen Derma Darah"
perlu pilih ketua.. pastikan KETUA yang BAGUS. yang boleh bahagikan kerja dengan sebaiknya. masa group kami, ketua tak reti bahagi tugas. caca marba... kesian...

yang penting ada objektif, masa (duration), logo, maksud logo, bajet dari mana, kebaikan, kepentingan, siapa target audience, outcome nya apa... tulis semua dalam kertas mahjung.

ketiga
sesi English session. berborak sesame sendiri dalam bahasa Inggeris. masa 45 minit. tajuk "SME - small Medium Enterprise". ni aku tak baca, jadi takde idea nak borak apa. hahaha.. sayang sekali. tapi jangan tamak please. kalau kau dah cakap, bagi peluang orang lain cakap....

keempat
pengucapan awam. setiap orang akan bercakap 5 minit. bahasa Melayu. tajuk dah beri tadi kan? so kalau ada 10 orang cakap, kena focus kat semua orang... cakap slow slow biar orang faham.. jangan nak cepat siap aje. jangan aaa aaa, lambat tak boleh, jawapan berulang tak boleh (dah macam Jerat Sepahtu)  tak payah bawak kertas. kalau boleh 1 point dan kembang-kembangkan aje pun dah cukup... yg penting mesej sampai (ni adalah petua yg aku dapat drp panel juga)

oh ya, inb4, aku ni tak pernah buat pengucapan awam langsung. last aku cakap masa English session tahun 2006 sebab nak lulus subjek English.. isk isk isk.. mana tak teruk.. panel siap cakap boring kat kitorang...

kelima
public speaking. setiap orang akan bercakap 4 minit. bahasa Inggeris. format sama dengan pengucapan awam.
 
 
*****************************************************************
 
Selepas beberapa hari (1 - 2 June, baru ada Ujian Psikometrik) secara online... arahan semua akan diberi di dalam email... itu sahaja...
 
 
 


 

 
 
 

 

 Sekian, terima kasih. semoga yg Berjaya terus Berjaya...

 

 

No comments: