TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Dec 2017

Beli Pixajoy Voucher Melalui Lazada

Assalam wbt


Kalau ada orang tertanya-tanya okay tak beli voucher Pixajoy melalui Lazada?

jawapannya, okay. serius okay! chinca yeo...


aku baru saja beli voucher pixajoy semalam kat Lazada. aku mula-mula reluctant juga tapi sebab nampak review kata memang boleh dapat dalam masa sehari dua jadi aku pun mencuba, dengan harapan jangan kena tipu sudahlah. hehe...

dan, aku pun beli, dapat confirmation melalui gmail (email untuk Lazada). sehari saja, dah dapat dah voucher Pixajoy. okay dapat voucher melalui gmail juga tau... yeah... nasib baik aku dah buat photobooknya, jadi aku terus redeem. memang boleh.

ini dia, 40 pages, RM32.76, free postage. memanglah free sebab hantar evoucher je pun. kalau bayar postage memang entah apa-apa.

nah! ginilah rupa evoucher itu.. boleh apply di Pixajoy website.


Ada charge tambahan ke tak? jawapannya, ada. RM32.76 itu bersamaan kredit RM80 di Pixajoy. untuk 40 pages, plus glossy paper (wajib ada), plus postage, ialah RM92. extra RM12 diperlukan. jadi tambahan akan dibuat automatik melalui FPX (online banking) semasa nak check out order (selepas buat photobook).

Tutorial nak buat Photobook Pixajoy, boleh tengok kat sini.

Tutorial Photobook


Selamat berjaya.



Terima kasih.



***************************
Pesanan penaja,
zhulian_chua

23 Dec 2017

Jalan-Jalan di KL Rimba Eco Park atau Hutan Simpan Bukit Nenas

Assalam wbt

Hari ini hari cuti, kami merancang utk pergi ke KL Rimba Eco Park atau nama lainnya Hutam Simpan Bukit Nenas. Boleh waze kalau teringin nak ke sini. Masuk adalah percuma tapi parkingnya bayarlah RM10. Mahal juga harga parking. Nak cari parking ini, boleh waze Parking Taman Eco Park. Hehe. Kot lah tak nampak signage parking ke.

Jalan kaki ye utk canopy walk, naik tangga. Ada tower B hingga tower I. Tiada chicken exit, maksud saya, kalau tiba-tiba nak stop, kena patah balik, atau teruskan sampai hujung, tapi still kena patah balik sendiri utk ke tempat parking. Hehe 😂😂😂

Kalau dah sampai hujung tower I, boleh nampak Menara KL dah makin dekat. Bolehlah kalau nak melawat sekali. Tak banyak sangat ambil gambar sebab dukung dak kecik Nasuha. Dia penat nak jalan. Naik turun tangga...

belakang tu, tower B. kami pun tak pasti mana tower A. hehe. kami tak ambil gambar setiap tower. surprise! korang kena datang utk experience sendiri.

cubaan Nasuha untuk berjalan sendiri. Naqib jalan tengok bawah sudahnya menjerit-jerit tapi Berjaya juga sampai ke tower last, tower I.

yang belakang tu, boleh terus ke tower KL, melalui jalan hutan, tak perlu naik canopy walk.

starting canopy walk di sini. bukan senang nak ambil gambar Nasuha senyum.

Naqib cuba posing selepas bengang mama marah sebab jatuhkan topi ke bawah. Nasib baik babah tolong pungutkan.

itulah belakang tu tangga. agak sempit. kalau boleh jangan berselisih. tiada chicken exit okey?

comel tak tiger dan lion ? lion tak cukup tinggi.



ini pandangan dari hadapan (jalan utama) berdekatan dengan parking RM10 kami. berjalan dari parking mungkin mengambil masa dalam 5 minit.

ini pandangan dari hadapan KL tower.


Jemputlah datang kalau ada masa, bersenam di sini. Sekian terima kasih.

************************************************************


Pesanan penaja,
zhulian_chua

20 Dec 2017

Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu di Galeri Seni Suria KLCC Tingkat 3

Assalam wbt

Oleh sebab dapat jumpa awal dgn org petronas sebentar tadi, maka saya meluangkan masa sebentar di Galeri Seni Suria KLCC di tingkat 3. Kedudukannya di bahagian yg sama dengan pintu masuk LRT KLCC. Cuma naik eskulator ke tingkat 3, sebelah kiri anda. Masuk adalah percuma ! Kali ini temanya Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu. Pameran ini bermula dari 14 November 2017 sehingga 4 Februari 2018.

Saya share sebab bukan semua berpeluang nak datang ke sini kan? Daftar di kaunter (tulis di Ipad sahaja), simpan beg di dalam loker yang tersedia (boleh set password number sendiri - ada arahan). Tak boleh makan dan minum di sini, boleh ambil gambar banyak-banyak.



Senarai pempamer :-
1) Alwin Reamillo (Filipina)
2) Andrialis Abd Rahman, Nur Aniza M Lazim, Intan Natasha Abd Azim (Malaysia)
3) Fadzil Idris (Malaysia)
4) Htein Lin (Myanmar)
5) M Azlan M Latib (Malaysia)
6) Nasirun (Indonesia)
7) Nguyen Phuong Linh (Vietnam)
8) Samsudin Wahab (Malaysia)
9) Syafiq Ali'am (Malaysia)
10) Tita Rubi (Indonesia)


Di bawah ini, penceritaan wayang kulit. sekali tengok dah macam cerita seram, banyak sangat gambar pelik-pelik. hehe.



Ini gambar "Blind Elephant" 

Hikayat Hang Tuah, yang asal disimpan di Library KL.

Faedah Istikhodam Ayatul Qursi (Abdul Rahman Salleh) Terengganu, Abad ke 19

Pelajaran Tauhid, Haji Mat Zain, Pattani, Abad ke 19M

Azimat Memagar Diri dan Memikat Wanita, Terengganu, Abad ke 19M

Menentukan Arah Kiblat Sewaktu Dalam Pelayaran, Alhaj Che Muhammad Ibn Alhaj Jalaluddin, Kelantan, 1309H (1892M)

Adab Raja-Raja

Taj Al-Salatin



Kitab Ilmu Bedal

Kitab Ilmu Bedil, certified by UNESCO


Peti Tembaga

Syair Siti Zubaidah

Meriam Kecil

Penapis air, Negeri Sembilan, Kurun ke19. ingatkan Coway dan Cuckoo saja?

Petua Menembak

Petua Membuat Rumah. Ada video macam mana nak buat rumah, tapi sebenarnya, rumah kami memang dibina dengan cara itu, abah yg bina dulu. jadi aku tak peliklah tengok binaan rumah lama macamtu. 

Hukum Kanun Melaka

Kitab Tib

Misa Melayu, menceritakan tentang susur galur Sultan Negeri Perak.



Kenangan dgn Mak pembuat ini. 

Ini pun Orang Asam Keping. serious rasa seram mula-mula. 

Orang Asam Keping, simbol hardship dan kepayahan



Buku-buku ditulis dalam tulisan jawi, boleh dibaca, tapi aku yang malas nak baca, sebab ejaan lama tiada space. lambat nak baca. then, semua buku ini adalah photostate tempat bukaan itu saja. yang asli, saya rasa disimpan rapi di Arkib Negara atau Muzium atau Library. kalau kita selak belakang-belakang hanya buku kosong tapi versi buku lama. tapi apa-apapun menarik juga untuk dilawat. Jemput datang ! 


Sekian, Terima kasih.

.......................................................................................................................................
Pesanan penaja, 
zhulian_chua

8 Dec 2017

Mee Celup Restoran TTDI Jaya, Shah Alam

Assalam wbt

Restoran ini memang terkenal dengan mee celupnya. Restoran ini, penduduk sekitar gelarkannya sebagai "Merah" sebab bercat merah.

Harga mee celup ialah RM6. Sedap, pedas, memang tak perlu letak sambal kicap pun takpe. Cuma parking tak banyak kat sini. Jadi susah sikitlah nak makan sini. Boleh beli masa makan lunch sampai malam (dinner).

Ini alamatnya 1, Jalan Saujana Indah 4, Taman Perindustrian Saujana Indah, 40150 Shah Alam, Selangor

Gambar nanti bila aku jumpa aku update. Thanks

5 Dec 2017

Inner Nursing Selesa

Assalam wbt

Siapa tengah cari inner nursing? Inner utk breastfeed mommy. Inner ini bertujuan untuk melindungi aurat kita drp terdedah ketika sedang menyusukan anak. Kenapa nak pakai inner nursing? Sebab baju tiada nursing zip, anak-anak pulak taknak menyusu kalau kita pakai nursing cover. Itu tujuan utama kenapa kita nak beli inner nursing.

Jadi survey punya survey, jumpa dah. Harga dia RM28 untuk lengan panjang atau lengan pendek. Kira berbaloilah, sebab nak jaga aurat. Kadang2 segan bila selak baju, pastu nampak perut yg kadang2 gedebeh tu kan, ada kesan preggy dulu. Haaa inilah caranya. Hehe... Jom kita pakai inner ini supaya nampak lebih yakin bila menyusukan anak!

Boleh contact Nona.babyshop, whatsapp 0193168365. Okay saiz ada dua, S-XL atau plus size. Untuk size normal bawah 46 saya rasa muat guna. Saiz dada maybe dlm 38-40. Jadi untuk mommy yg saiz 34-36 tu mungkin besar jugalah. Walau apapun, kita rasa selesa sgt bila pakai. Kain pun jenis jersey. Takdelah panas betul. Ig shop ini pun selalu buat promo. Untung2 boleh dapat sehelai ialah RM15.

Okey, selamat membeli !!

4 Dec 2017

Ambil Gambar Saiz Passport di PKNS Shah Alam

Assalam wbt

Kepada sesiapa yang nak mencari kedai gambar yang bersaiz passport di Shah Alam, boleh singgah di PKNS Shah Alam. Kedai berada di tingkat bawah. Ada sign besar, 5 minit siap! 

Gambar glitter shimmer siap. Hehe. Ada blazer pelbagai saiz, ada cermin. Lepas ambil gambar boleh tengok dulu gambar okey ke tidak. Nah hasilnya...

10 keping RM18 termasuk CD. Okey tak?




Okey ke tidak? Okey, selamat berinterview.